PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Tuesday, November 18, 2008

Bertemu Kembali

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dengan izinNya dapat lagi bertemu sesudah beberapa bulan tidak menjenguk blog ini. Kini, hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah sudah pun tiba. Apa lagi kalau bukan cuti sekolah. Diingatkan bahawa isilah masa kamu itu dengan program dan aktiviti yang sihat dan berfaedah. Andai masa itu tidak diisi dengan sebaik-baiknya sedarlah kamu telah rugi satu nikmat iaitu nikmat kekosongan masa.


Ya..satu lagi hari yang paling mulia bagi kaum muslim sedunia pula ialah Hari Raya `Eidul-Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban. Disunatkan pada hari itu untuk mengadakan korban untuk mengingati kita korban yang telah dilakukan oleh Nabi Allah, Ibrahim A.S ke atas anak kesayangannya Ismail A.S. Di situlah Allah mengantikan anaknya kepada seekor kibas. Masya Allah.


Setakat itu dari saya untuk berkongsi dengan kamu semua..


Salam diakhiri untuk semua.


-Editor