PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Thursday, December 11, 2008

Bersama Halaqah


Terkenangku sejenak. Aku seperti biasa berada berhadapan dengan komputer. Ketika aku mencari satu folder di dalam komputer, aku terbuka satu folder yang di dalamnya merupakan gambar-gambar. Padahal aku tidak berniat untuk membukanya. Gambar itu adalah satu kenangan (rehlah tarbawi) sewaktu dia belum pergi meninggalkan bumi Malaysia. Ini adalah kenangan bersama Halaqah Akhi Ammar Ismail. Selama aku bersama halaqah itu, tidak tersangka dia mampu membuatkan adik halaqahnya mendapat satu kenangan. Entah bulan berapa rehlah tiu diadakan. Agaknya terlupa sudah aku mengenai tarikhnya. Kisah pengembaraan bermula di sini..(mudahan tidak terlupa).


Pada suatu pagi, aku bersama sahabat-sahabat(adik halaqah) bersiap untuk untuk berangkat ke suatu tempat biasa yang tidak asing lagi buat orang Perlis iaitu Gua Kelam(maklumlah sekolahku berada di negeri tu juga). Kami bersama menungu di stage dataran Matri. Kami kalut mencari barang-barang untuk dimasak di sana. Takut terlambat(he..he..). Salah seorang dari kami (entah siapa..) pergi mencari Mas'ul kami. Kami pening pergi naik apa. Nak kata kereta Sir Nasir(kereta Saga hijau) ntah boleh muat tak dengan bilangan yang ramai(8 orang semua). Tunggu punya tunggu, Abg Ammar pon datang ke tempat kami berkumpul. kami bertanya kereta apa yang akan digunakan. Dia menjawab kereta Sir Nasir. Hah..Sir Nasir...Lantas kereta hijau terus ke stage parking keretanya. Sir Nasir dengan Abg Ammar berbual seketika(serahkan kunci kot). Kunci pun dpat ditagan kami. Apa lagi rancangan sudah dirancang. Kereta mula bergerak, ria dan gembira terasa di hatiku.


Pada awal perjalanan, kedengaran suara berpetah. Berbual berbagai tajuk. Lama kelamaan, mata seorang demi seorang mula tertutup (letih bersembang terus tidur). Setibanya di sana kami berasa satu kepuasan. Tahu puas apa? Puas la sebab dalam kereta terpaksa bersempit(he..he..). Huh belakang lima orang depan tiga orang. Padat tu. Sambung balik..Kami masing-masing bersiap dengan pakaian riadhah untuk treking. Nak tahu sebab apa buat seperti itu? Petamanya ada program tazkirah di atas sana (best..). Tazkirah itu adalah tugasan yang telah diberi oleh mas'ul untuk berkongsi. Di samping itu juga, kami boleh melalui gua apabila keluar nanti(cukup sekali jadilah..). Mmm..rancangan yang menarik!!..



Mata yang gelap kembali cerah. Kelawar bergantung dalam gua sudah hilang. Kami bergegas ke kereta untuk mengambil persiapan untuk memasak seperti dapur gas, talam dan sebagainya. Ini juga pengalaman. Nak cerita susah sikit. Ketika sedang, kami bahagi orang untuk memasak dan mandi(siapa yang tak mandi kena la masak). Setelah chef semuanya habis memasak, tibalah masa untuk makan pula. Waktu ni perut pun mula meminta makanan. Biar la makanan itu tidak sehebat di rumah atau hotel yang pasti dapat makan rezeki Allah itu. Sesudah makan, kami pun mencuci barang-barang yang telah digunakan. Dah habis semua, kami pun bersama mas'ul pun mandi bersama. Semua orang mandi dengan begitu seronok tetapi aku hanya memerhati saja. Sudah badan sejuk susah nak masuk air(he..he).
Sekian..

Baru sampai


Bergambar seketika


Semoga perpisahan kami dengannya akan mendapat keberkatan dariNYA

Wednesday, December 10, 2008

Riwayat Syeikh Ahmad Yaasin

Pengasas Pergerakan Hamas, Sheikh Ahmad Yassin juga merupakan salah seorang daripada lulusan Al-Azhar yang giat memperjuangkan agama, negara dan bangsa, Sheikh Ahmad Yassin dilahirkan pada tahun 1937 di perkampungan Al-Jura berdekatan bandar Majdal yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Mandat British Palestin sebelum berpindah ke Gaza selepas kampung tersebut musnah dalam Perang Israel 1948. Mengalami kecederaan ketika bersukan pada usia 12 tahun yang membawa kepada kecacatan anggota sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda sepanjang hayat.

Ia bagaimanapun tidak menghalang beliau dari melanjutkan pelajaran di Al-Azhar selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, ketika pergerakan Islam dan perjuangan nasionalis Arab sedang berkembang pesat. Yassin kemudian menyertai Ikhwanul Muslimin ketika pengajian beliau di Al-Azhar dan seterusnya terus melibatkan diri dengan cawangan kumpulan tersebut di Palestin.

Semasa Intifada pertama pada tahun 1987, Yassin dan rakan baiknya Abdel Aziz Al-Rantissi menubuhkan Hamas dan menjadi pemimpin kerohanian kumpulan tersebut yang menekankan perjuangan menentang Israel. Ditangkap dua tahun kemudian bersama hampir 200 anggota Hamas dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana menyerang askar Israel dan penduduk Palestin yang disyaki bersubahat namun Hassan dibebaskan pada tahun 1997 selepas campur tangan arwah Raja Hussein dari Jordan. Setibanya di Gaza pada 6 Oktober 1997, Yassin mengisytiharkan bahawa sekiranya Israel berundur dari Tebing Barat dan Gaza serta menutup kesemua penempatannya, maka Hamas bersedia berdamai dengan Israel.

Pada September 2003, tiga tahun selepas kebangkitan Intifada kedua di Palestin, Israel gagal dalam cubaan membunuh Yassin namun beliau terkorban pada tahun berikutnya apabila peluru berpandu mengenai keretanya ketika dia baru keluar dari sebuah masjid di Gaza.

Wallahualam..