PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Friday, September 25, 2009

Hari Pertama Menyambut `Eid Fitr

“sesungguhnya perayaan buat umat Islam terdapat dua iaitu `Eid Fitr dan `Eid Adha”



Sebelum berangkat ke MATRI

Alhamdullah raya tahun ini aku diberi kesempatan oleh Allah untuk bersolah sunat `Eid Fitr di Ma’hadku(MATRI). Walaupun kehampaan kerana tidak ramai sahabat-sahabatku beraya di situ tetapi terasa satu kelainan buatku. Aku tiba di sana lebih kurang 8.20 pagi. Aku bersama keluargaku melangkah kaki ke atas Musolla bagi melaungkan takbir `Eid Fitr bersama-sama bagi menandakan kegembiraan. Hampir jam 8.40 pagi, al-Fadhil Ustaz Dahlan berdiri untuk memberi pengumuman solah sunat `Eid Fitr sebentar sahaja lagi akan ditunaikan. Solah sunat `Eid Fitr diimamkan oleh al-Fadhil Ustaz Abd Hadi dan diteruskan dengan khutbah `Eid Fitr yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Omar. Seusainya khutbah `Eid Fitr, semua hadirin akan bersalam-salaman bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka. Aku juga tidak ketinggalan untuk bersalam-salaman dengan sahabat-sahabat, pakcik-pakcik dan murabbi-murabbiku.


Selepas penat bersalam, semua hadirin termaksuk aku turun ke dataran. Di sana terdapat sedikit juadah buat hadirin dan hadirat. Habis sudah makan di sana, aku sekeluarga berangkat pulang ke rumah. Kami singgah ke rumah bagi membuat persiapan untuk pulang ke kampung di Kedah.

Lewat tengah hari, kami pun sampai di kampung. Seperti biasa aku sekeluarga akan menzaiarahi rumah-rumah sekeliling rumah wanku. Lagipun semua itu merupakan rumah tok saudaraku. Tetapi kali ini tok cikku tidak terdapat di rumahnya kerana beliau tinggal sementara di rumah anaknya di Jitra. Pada malam itu kami(keluargaku dan keluarga pak longku) ke rumah pak longku(anak kepada tok cikku) di Jitra bagi menziarahi tok cikku yang sedang sakit. Apabila menatap wajahnya teringatku wanku yang sudah pergi. Alhamdulillah tok cikku masih boleh bercakap tidak seperti wanku 3 tahun tidak boleh buat apa-apa kerana beliau mengalami lumpuh kedua-dua belah badannya. Walau apa pun terjadi ia membuatkanku lebih tabah untuk meneruskan kehidupan yang fanah ini. Agak lewat malam, kami berangkat ke kampung semula. Keletihan pada malam itu membuatkan ku nyenyak tidur.

Tok cikku hanya terbaring di katil

kenangan sebelum pulang


Setakat ini saya coretkan buat semua pembaca. Sekian wassalam.

Minta maaf semua!

Agak lama tidak menulis post..Dengan kesempatan ini saya ingin meminta maaf kepada semua kerana tidak dapat berISTIQOMAH di atas jalan(menulis menerusi media massa). Pertamanya kerana saya masih jinak dalam penulisan. Selain itu, masa yang sangat menceburi saya untuk menulis artikel-artikel. Secara terus terang saya memang tidak banyak masa untuk menggunakan internet rumah kerana saya menetap di asrama. Apa yang termampu saya lakukan yang terbaik. Mudah-mudahan Dia meredhai saya. Dengan kesempatan ini, saya meminta maaf zahir dan batin kepada semua pihak sama ada sahabat yang mengenali mahupun sebaliknya. Walaupun Hari `Eid bagi ummat Islam sudah 6 hari berlalu, saya rasa tidak ketinggalan untuk memperingati diri saya dan semua bahawa jadikan Bulan Ramadhan yang telah dilalui sebagai bekalan kita untuk menempuh 11 bulan berikutnya. Mudah-mudahan amalan-amalan yang biasa dilakukan dalam bulan Barakah seperti perbanyak membaca al-Quran, solah sunat dan sebagainya diteruskan. Janganlah jadi hamba Ramadhani tetapi jadilah hamba Rabbani.. Wallahua'lam