PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Monday, November 30, 2009

GEJALA SOSIAL KINI KIAN MENJADI - Apakah puncanya?

Gejala sosial sekarang sedap dan hangat diperkatakan. Apabila diperkatakan sedemikian, kebiasaan masyarakat akan lebih melihat kepada masalah yang berlaku. Sebagai contoh, kes anak luar nikah, hubungan luar tabi’in, kaum hawa tergadai maruah dan sebagainya. Ini adalah satu masalah yang sangat kritikal dan kian menjadi di zaman dunia mula canggih ini. Hal ini bermula daripada pergaulan bebas yang tidak terkawal. Ramai yang terlibat merupkan anak melayu yang beragama Islam dan berumur remaja. Tetapi, setakat manakah perspektif kita terhadap masalah ini? Apakah puncanya berlakunya sedemikian rupa? Adakah agama dipersalahkan?

Setiap masalah yang timbul pasti ada puncanya dan jalan penyelesaian. Sudah tahu punca baru mudah menyelesaikan. Berbalik kepada masalah ini, bagi pandangan saya terdapat punca utama iaitu:

KEIMANAN TIDAK MENGAWAL

Mengapakah saya mengatakan iman sebagai masalah pusat kepada masalah ini. Kita renung kembali hadis Rasulullah yang bermaksud;
“IMAN bukanlah angan-angan, dan bukan juga omong-omong kosong. Tetapi IMAN adalah sesuatu yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan amalan”

Kita renung hadis ini pula;
“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.”

Daripada kedua-dua hadis kita dapat menyimpulkan bahawa apabila iman merasuk jiwa kita dan mengawal setiap perilaku kita, saya yakin masalah yang dihadapi dunia kini dapat ditangani. Apa yang perlu kita lakukan, kita fahami definisi IMAN dengan sedalam-dalamnya dan lakukan proses yang mendekatkan diri dengan Allah dan sucikan hati daripada karat-karat jahiliyah. Kenapa saya kaitkan dengan hati?

Firman Allah dalam kitabNya, Al-Quran;
“..sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka..”
Surah Ar-Ra’du, 11

Dan para ulama telah mentafsirkan “..apa pada diri mereka..” ini berbalik pada perubahan hati kita. Dan perlu kita ketahui bahawa hatilah merupakan raja kepada anggota badan. Sabda Rasulullah ada menyebut yang bermaksud;

“Dalam jasad terdapat sekutul daging, jika baik seketul daging itu maka baiklah seluruh badanya dan buruk seketul daging itu maka buruklah seluruh badannya, dan ketahuilah bahawa seketul daging itu ialah HATI”
(Au kama qala Rasulullah)

Apabila disebut HATI maka secara tidak langsung berkait dengan KEIMANAN. Jika HATI tidak dikawal oleh IMAN maka NAFSU yang bermahkota pula. Oleh itu, pastikan sesuatu perkara yang dilakukan KEIMANAN yang mengawalnya.

Renung-renungkanlah!
Wallahua’lam..

Sunday, November 29, 2009

Kenangan di malam persembahan PJDI '09

Apabila menjelang Aidil Adha, teringat pula saya pada malam persembahan Program Jati Diri Insan '09 buat julung kalinya diadakan di sekolahku. Pada malam itu, semua platun (rumah kumpulan) diwajibkan untuk membuat dua persembahan (satu persembahan dikir dan satu lagi persembahan bebas). Apa yang membuatku terkenang ialah pada malam itu juga pelajar daripada tingkatan 4 telah meminta membuat satu persembahan buat adik-adik. Macam mana entah terdetik untuk membuat persembahan tu, apa-apa pun saya bersyukur kepada Allah kerana memberi keizinan untuk kami. Memang rasa kelainan sungguh pada malam itu, walaupun suara tidak semerdu artis, tapi rasa untuk mempamerkan persembahan kepada adik-adik jitu kuat sekali (mungkin ini dari pandangan saya).

Antara lagu yang telah didendangkan ialah Lagu Aidilfitri ayahanda & bonda daripada kumpulan Hujan feat dengan Raihan yang telah digubal oleh 16th Nation kepada Salam Aidadha dan Akrab Persahabatan daripada kumpulan In-team.

SALAM AIDILADHA

Terkenang

Di ketika itu

Ku di manja

Dan di sayang selalu

Apa saja kemahuan diri

Akan cuba di penuhi

Walau hidup

Dalam kesukaran

Kan ku cuba untuk membahagiakan

Demi adik-adik yang tersayang

Kami semua kan berkorban



Tetapi baru ku sedari

Tidak mungkin kan terbalas budi

Pengorbanan mu tiada ternilai

Hanya Tuhan kan membalasnya



Salam… Aidil Adha

Adik-adik yang di cintai

Maafkanlah abangmu ini

Kerana belum cukup berbakti



Pabila menjelang lebaran

Lagu baru kan disediakan

Walau mungkin kami tak mengerti

Perkataan lagu ini

Namun wajah mu terus bercahaya

Oh sucinya kasih sayang itu

Di bibir mu kan menutur senyum

Andainya adik-adik ku bahagia


Salam… Aidil Adha
Adik-adik yang di cintai

Maafkanlah abangmu ini

Kerana belum cukup berbakti



Di Aidil Adha x2

Kumpulan : Hujan ft Raihan
Lirik asal : Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda
Digubal oleh : 16th Nation MATRI


AKRAB PERSAHABATAN

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Kumpulan : In-team

Thursday, November 26, 2009

Salam AIDIL ADHA 1430 H

Assalamualaikum..
Sedia maklum esok hari, semua muslim akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SALAM AIDIL ADHA atau Selamat Hari Raya Qorban kepada semua pengunjung laman ini. Semoga hari raya ini menjadi iktibar akan kisah Nabi Allah Ibrahim AS menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS lalu Allah telah menukarkan anaknya dengan seekor kibas. Kepada yang berpuasa sunat wukuf pada hari ini, saya mengucapkan Selamat Berpuasa dan kepada sesiapa yang ingin beraya di kampung yang perjalanannya masih jauh saya doakan semoga selamat sampai dengan selamat. Dan tidak lupa kepada semua saudara kita yang pergi menunaikan haji, saya doakan mereka mendapat haji yang mabrur. Akhir kata, jika ada sebarang kesalahan, kesilapan, kekurangan atau kelemahan dari saya harap dimaafkan.
Wassalam..
SELAMAT MENYAMBUT AID ADHA 1430H
Minta maaf zahir & batin
Selamat Menjalani Ibadah Haji & Qorban

Rehlah Tarbawi bersama sahabat #3

HARI KETIGA REHLAH

Mengikut plan kami mula bergerak ke Kepala Batas pukul 9.00 pagi. Dengan izin Allah pagi itu rezeki banyak sungguh. Pukul 9.15 pg tok chik Azhar ingin menjamu sarapan di warung berdekatan. Katanya sebelum berangkat makanlah dahulu. Dalam pukul 10.00 pagi, kami perlu ke restoran Salsabil kerana Ikhwan diminta oleh bapanya melakukan kerja sedikit. Dah di restoran kami dijemput untuk sekali lagi untuk breakfast. Kenyang juga perut kami pagi tu. Alhamdulillah kami ucapkan. Matahari pun mula mempamerkan cahayanya yang terang bagi menandakan masa sudah tengah hari, kami bertolak ke Kepala Batas singgah di rumah Syari’ati Ibrahim.

Dalam waktu zohor kami tiba di sana. Hajat ingin singgah sebentar tapi lain pula yang berlaku. Tuan rumah, Pakcik Ibrahim jamu buah betiknya pula. Seketika berubah menjadi lama. Rasa betik yang manis telah pun dirasa, kami pun minta diri untuk ke destinasi seterusnya iaitu mandi di Sg Sidim, Kulim. Jauh juga perjalanan ke sana. Fikiran saya dekat tapi yang terjadi sebaliknya. Tiba di sana satu kelaianan buat saya berlaku. Kenangan di sana sukar untuk dilupakan oleh saya. Dengan suasana yang tenang dan cantik membuat saya tidak sabar ingin merasai air di situ.

Mesra berbual bersama Pakcik Ibrahim

Berhenti seketika di stesen minyak sebelum meneruskan perjalanan

Bergambar di Sg Sidim

Keindahan memukau jiwa

Bergambar sebelum kaki jejak ke daratan


Letih benar membuatkan kami beransur naik ke daratan. Sudah tenaga habis diguna, kami pun top up dengan makan di gerai makanan yang telah disediakan di situ. Selepas itu, kami berangkat keluar balik ke Kepala Batas untuk hantar Syaria’ati. Sudah Syari’ati diturunkan, kami ke Sg Dua untuk menghantar Asnawi Shukri. Tibanya kami di rumah Asnawi, kami dijemput untuk menggunakan rumahnya sebagai tempat solah dan makan malam. Dalam jam hampir kepada 9.00 malam, kami berangkat keluar dari rumahnya untuk pulang ke MATRI semula. Untuk samapi ke Perlis, kami telah mengambil jalan Changlun dan terus ke MATRI. Kami tiba di MATRI dalam lingkungan pukul 11.00 malam dan terus ke Simpang Empat demi hajat bermalam di rumah Afif Zaki. Malang tidak berbau, telefon Afif tidak diangkat. Kami pun ambil keputusan untuk bermalam di MATRI dengan alasan tidak sesuai ganggu rumah orang tengah malam.

Hantar Syari'ati pulang ke rumahnya

HARI KEEMPAT REHLAH

Bagi rutin pelajar MATRI yang pulang lewat, gerai Tampang Jaya telah menjadi tumpuan dengan roti canainya. Kami juga tidak terlepas peluang dengan bersarapan di sana. dalam pukul 9-10 pg kami bertolak ke rumah Afif sekali lagi. Tujuan pertama ingin berjumpanya sebelum dia bertolak ke kampungnya di Kelantan esok hari. Selain itu, saya ingin beri barang-barangnya yang tertinggal. Sudah lama di situ, tetiba terdetik untuk mandi di Bukit Ayer. Dengan kelapangan dada kami mengajak Afif untuk mengikuti kami sekali. Tanpa berlengah masa lagi, kami mula menuju ke destinasi seterusnya iaitu hantar Ikhwan di stesyen bas dan terus ke MATRI untuk ambil pakaian basah untuk mandi di Bukit Ayer. Sesudah habis puas mandi, kami pun mula berangkat pulang.



Hantar Ikhwan di Stesyen Bas Ekspres di Kangar

Singgah di rumah Afif

Bergambar di Bukit Ayer , Perlis

Bersama dengan Afif

Sekian sahaja dari saya..
Semoga rehlah kami mendapat redha dan rahmat dariNya.
Ucapan ribuan terima kasih kepada Abg Firdaus kerana sudi turut serta dalam rehlah ini.
Dan tidak lupa juga kepada semua yang hadir dalam rehlah ini.


Kata Us Muhtad;
" Kita perlu rasa bersyukur kerana musafir kita tidak seperti musafirnya Rasulullah dan para sahabat..Musafir mereka dilalui dengan pelbagai rintangan dan cabaran..Oleh itu, gunakan kesempatan masa musafir kita untuk kita kaitkan hati ini dengan Allah, Pencipta kita.."

Rehlah Tarbawi bersama sahabat #2

HARI KEDUA REHLAH

Seusai solah Subuh berjemaah di Musolla, seperti biasa kami isikan pagi kami dengan perkara yang mengikatkan hati ini dengan Penciptanya. Dalam pukul 9.00 pg, tetiba dengar satu panggilan salam. Bila dilihat dari tabir jendela, pelajar SMAKL yang datang ke mari. Walaupun dalam keadaan hujan begitu lebat, mereka tetap ingin datang bertemu juga. Terpaksalah kami menyambut tetamu jauh yang datang.

Ikhwan layan tetamu jauh yang datang menziarah


Dalam pukul 9.45 pg kami mula berangkat keluar dari bumi wakafan buat beberapa hari. Sebelum bertolak ke Jitra, sahabat saya telah menjemput kami ke rumahnya untuk sarapan pagi (jimat lagi duit..hehe). Dalam pukul 10.30 pg kami mula bermusafir ke Jitra untuk menghadiri majils walimatul urus Abg Fadhli Md Diah. Sebelum tiba di destinasi tersebut, kami berhenti seketika di rumah murabbi iaitu Us Muhtad Yusoff. Sudah sekian lama tak bertemu dengannya. Hampir jam menjangkau 12.15 tgh hari, kami menyambung pengembaraan. Mengantuk yang telah membuatkan saya tertidur dalam kereta telah memendekkan perjalanan. Buka mata sudah sampai di dewan di mana berlangsungnya majlis tersebut. Rasanya lama sungguh berada di sana kerana salah satu sahabat saya terlibat nasyid. Agak exclusive juga majlis tu. Makanan yang dihidangkan pelbagai jenis termasuklah pencuci mulut iaitu mutabak dan laicikang.

Singgah di rumah Hazmin

Singgah rumah Us Muhtad Yusoff

Asnawi sedap menjamu selera

Dari kanan: Abg Akhyar, Abg Hafiz dan Azhar Hilmi

Abg Fadhli dengan zaujahnya, Husni Zaim


Dalam pukul 2@3 ptg, kami bertolak ke homestay tok chik Azhar di Alor Star. Sesampainya di sana kami terus berehat kumpul tenaga untuk program petang iaitu bermain bowling di City Plaza. Tetiba saya terjaga dari mimpi, terlihat Asnawi masih belum memejamkan matanya. Pada masa itu, jam menunjukkan 5 ptg, kami terus bersiap ke City Plaza. Walaupun kami bermain hanya 1 pusingan sahaja tapi ia telah membuatkan 1001 kenangan dan pengalaman buat diri saya. Di situ Abg Firdaus telah mengutip mata tertinggi dan telah berjaya melakukan strike beberapa kali. Biar tubuh kecil tapi keyakinan untuk menjatuhkan semua pin-pin berjaya dilakukannya. Berseronok seronoklah juga, perintah Allah jangan dilupa. Untuk menunaikan kewajipan, kami singgah di Masjid Zahir, Alor Star. Seusai keperluan rohani dilakukan, kami berangkat ke RFC di Shahab Perdana. Disinilah tempat makan malam kami buat hari itu. Bulan mula menunjukkan hari sudah melangkau ke tengah malam. Kami pun berangkat pulang ke homestay . Sebelum tidur, telah diadakan satu refleksi buat kami dimana peringatan telah dicurahkan. Inilah membuatkan jiwa kami terisi dengan bahan tarbawi.

Bergambar sejenak seusainya bermain bowling

Di Masjid Zahir, Alor Star

Di RFC di Shahab Perdana

Bergambar di luar RFC


Wednesday, November 25, 2009

Rehlah Tarbawi bersama sahabat #1

“Azhar, macam mana nih? Driver sapa nak jadi?”

“Tak tau la..tapi Abg Abu Zar kata dia boleh mai hujung minggu ni”

“mm..klu dia x leh macam mana? First kita dah ajak Abg Ali, lps tu dapat tau dia x boleh..kita ajak Abg Iyad pula tapi respon sama juga dgn Abg Ali..Tak boleh”

“Tak pa..kita tengok dulu..”

Perbualan ini berlaku pada tanggal 19/11/2009 bersamaan hari khamis. Perancangan demi perancangan telah pun disusun. Pada cuti kali ini, saya bersama sahabat saya, Azhar telah merancang satu rehlah. Kali ini lebih sistematik daripada tahun lepas. Tahun lepas hanya ke Gua Kelam, tapi kali ini meliputi Perlis, Kedah dan Seberang Prai. Ujian tetap menimpa kami iaitu ketika mencari driver yang mana dia berfungsi sebagai ketua Rehlah. Asalnya kami rancang ajak Abg Ali sebagai leader tapi ada masalah sedikit. Terpaksalah kami guna plan B. Plan B kami ajak Abg Iyad(Akhyar). Tapi last minute dapat tahu dia ada kerja lain. Saya time tu hampir give up ja. Alhamdulillah hari Jumaat time semua orang balik Abg Firdaus Hashim pergi MATRI. Kami pun terus minta dia jadi driver dan leader kami. Walaupun agak keberatan, inilah satu-satunya harapan untuk jadikan Rehlah kami berjalan lancar. Transport utama kami ialah kereta Saga Pak Cik Zakaria(tu pun ambil hari Sabtu sebab PZ nak tukar tayar). Memandangkan kami nak ajak ramai orang pada keesokan hari, kami pun ambil keputusan untuk pinjam satu Van dan kami dapatkannya dari seorang sahabat kami, Hazmin. Alhamdulillah petang tu juga kenderaan tersebut dapat dan semuanya berjalan lancar.

HARI PERTAMA REHLAH

Hari Sabtu bermulalah rehlah kami, mengikut perancangan kami akan mula bergerak selepas makan kenduri Abg Fadhli Md Diah di Taman Melati. Sebelum tu mestilah ada persiapan, Lebih kurang jam 9.30 kami pun bergerak ke Kangar. First station kami ialah stokis HPA di Taman Sena untuk dapatkan ayam organic. Lepas tu ke rumah saya untuk ambil tempat bakar ayam dan arang (maklumlah kat rumah dah ada x payah nak beli jimat sikit kos). Alang-alang di rumah, kami pun guna kesempatan untuk kupas bawang dan seterusnya kisarkan. Agak pukul 12 kami pun pulang ke MATRI. Sesampainya di sana kami pun buat persiapan yang berbaki. Selepas solah Zohor dan pergi kenduri (dalam pukul 4.00 ptg), kami pun berangkat keluar dari MATRI untuk ambil Hazmin dan terus ke Gua Kelam. Dalam lingkungan 5.15 ptg kami pun tiba di sana. Tanpa berlengah masa lagi kami terus ke belakang gua untuk buat BBQ ayam. Tapi satu perkara yang tak beberapa menyenangkan iaitu tak dapat mandi-manda sebab air pada hari itu deras dan laju dan boleh mengaikbatkan perkara yang tak diingini berlaku. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah time kami pergi sana tak ada orang pun sebab kami masuk time orang dah keluar dan counter pun nak tutup.

Ikhwan di barisan hadapan van

Dari kanan: Hazmin, Asnawi dan Utbah

Dari kanan: Nafis Akhtiar dan Asnawi

Perjalanan dituruti dengan hujan

Abg Firdaus sedang memandu

Tengah bina bara api

Bersama membakar ayam

Ikhwan tengah kalih ayam

Inilah hasilnya


Habis sudah perut diisi dengan kekenyangan kami berangkat pulang, Memandangkan 7.40 mlm kami belum solah Maghrib, kami singgah di masjid untuk mengerjakan kewajipanNya. Dalam pukul 8.00 mlm lebih kami tiba di MATRI. Dalam keletihan masih terasa kami pun terdengar azan Isya’ menandakan panggilanNya sudah memanggil kami. Lantas kami ke Musolla untuk menunaikan solah. Selepas saja kewajipanNya telah tertunai, saya pulang ke asrama untuk beristirehat.

Pengalamanku ke negeri T'ganu & Kelantan

Gambar di Terengganu..

Singgah di masjid Jertih, Terengganu

Humaidi bersama juadah pagi

Perbincangan bersama SMAKL

Humaidi di hadapan asrama SMAKL

Bergambar bersama pengawas SMAKL

Bergambar di Bukit Puteri, Kuala Terengganu

Bergambar di Bukit Puteri, Kuala Terengganu

Bergambar di Bukit Puteri, Kuala Terengganu

Bergambar di Bukit Puteri, Kuala Terengganu

Bergambar di Bukit Puteri, Kuala Terengganu

Dibelakangi dengan keindahan alam



Gambar di Kelantan..


Gambar di dalam bas ketika sedang menuju ke Kelantan

Slot bersama Sir Rosdi

Warga KTD menjamu selera

Bersiar-siar di Kota Bharu

Menuju ke Pasar Siti Khadijah

Di Kota Bharu, Kelantan

Makan bersama Syahmi

Bergambar seketika

Bergambar bersama meriam

Semasa bersiar-siar

Bergambar seketika sebagai tanda kenangan

Makan malam sambil menghayati keindahan malam

Tibanya di MATRI jam 4.30 pagi

Mencari beg masing-masing