PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Sunday, December 20, 2009

Begitukah?

Menjelang abad ke-21, masyarakat dunia makin sibuk dengan kerjaya masing-masing. Bagi remajanya pula sibuk dengan mencari kenalan di laman sesawang yang pelbagai jenis dan bentuk seperti Facebook, Myspace, Friendster, Tagged dan sebagainya. Buat mereka yang dirasuk dengan laman seperti ini, sudah pasti memberi alasan untuk memudahkan berhubung, berkenalan dan sebagainya. Tapi ada kalanya ia boleh disifatkan sebagai satu perkara yang tidak berfaedah. Semuanya bergantung pada tuan punya badan itu sendiri. Masalah yang timbul sekarang, bolehkah bagi seseorang individu Muslim berhubung dengan bukan muhrimnya tanpa sebab? Berapa banyak lagi yang ingin diketahui buatnya akan orang dalam kenalan? Sehingga soal peribadi pun diluahkan begitu saja. Inilah persoalan-persoalan yang perlu kita tanya pada benak fikiran kita.

“Hang tak buat ………(mana-mana laman) ke?”
“Buat apa nak buat?”

“Boleh berhubung dengan kenalan baru..”

“Kenalan baru sama spesies(jenis) ke tak?”

“Dua-dua pun boleh..”
(Fenomena 1)

“Hang tak buat ni rugi oww..boleh kita tahu dia ni sapa..”-menunjuk kepada bukan muhrim.
“Bukan tak boleh ka kita berhubung?”
“Alaa..bukan lebih-lebih pon..sembang besa-besa ja..tak dak apa-apa la..”
(Fenomena 2)

Berdasarkan kedua-dua fenomena di atas, ia menunjukkan seorang individu ingin mempromosikan laman sesawang untuk kenalan kepada kawannya. Mungkin kawannya itu seorang yang berhati-hati dan tidak mengikut secara terburu-buru. Apa yang boleh kita lihat, masyarakat sekarang hanya mengetepikan soal agama iaitu berhubung dengan lain muhrim (jantina). Inilah yang terjadi pada era globalisasi ini. Tidak mustahil ada juga yang memahami agama yang mengikuti laman sesawang seperti ini. Tetapi bagi mereka, tujuan menyertai laman sesawang seperti ini adalah untuk memudahkan interaksi dan komunikasi sesama kawan atau kenalan terhadap sesuatu perkara sambil tidak mengetepikan soal muhrim ini. Cuba anda baca ayat Allah ini;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah, 216

Apa yang anda dapat? Jika tanya pada saya jawapannya ialah tidak semua perkara yang kita suka Dia (Allah) suka. Samalah dengan berhubung dengan bukan muhrim tidak kira di laman sesawang atau di ym. Semua perkara itu seronok buat kita tetapi adakah Allah sukakannya? Tepuk dada tanya iman.

Habis itu, dalam Islam berhubung (berinteraksi) dengan lain jantina tidak dibenarkan? Ya, tidak dibenarkan. Mengapa? Kita berbalik kepada ayat al-Quran:

“..Janganlah kamu mendekati zina..”

Cuba kita hayati sedalam-dalamnya, sungguh kasih Dia kepada hambaNya sehingga memberi nasihat dan peringatan akan perkara yang boleh membinasakan kehidupan kita. Dimanakah berlaku perzinaan melainkan dengan perhubungan terlebih dahulu. Fikir-fikirkanlah! Oleh itu, untuk mengelakkan daripada sebarangan perkara yang disifatkan haram dalam Islam maka syara’ telah meletakkan bahawa hukumnya haram untuk berkenalan dengan bukan muhrim. Ia berdasarkan dalil yang mengatakan pembuat arak akan berdosa sama dengan peminum arak. Dengan itu, bertepatanlah bahawa berhubung, berinteraksi atau berkomunikasi dengan bukan muhrim dikategorikan sebagai zina hati.

Susah la jika begitu seorang ustazah yang ingin mengajar anak muridnya lelaki. Tetapi Islam itu mudah, maka Syara’(syariat Islam) telah meletakkan beberapa masa sahaja untuk berinteraksi antaranya;
• Semasa belajar dan mengajar antara murid dan guru
• Semasa berurus niaga antara sang pembeli dan penjual
• Urusan berkahwin
• Semasa penyelarasan maklumat semasa perbincangan tentang program
Dan sebagainya.

Insya Allah setakat inilah perkongsian dari saya.
Mudahan anda mendapat sesuatu darinya.
Wallahua’lam..

Hati oh Hati!

Hati? Adakah anda mengetahui hati kita terdapat 3 jenis? Kepada siapa yang pernah dengar mungkin sebagai rivision baginya tetapi kepada sesiapa yang belum mendengar, kali ini saya ingin berkongsi mengenainya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam hati yang selayaknya hati ditempatkan.

Hati yang dikurniakan oleh Allah kepada kita sangat unik. Ia adalah boss kepada setiap anak buahnya (anggota badan). Kata lain pula ia merupakan raja kepada setiap rakyatnya. Tetapi kita harus sedar bahawa hati wujud dalam 3 keadaan iaitu:

• Hati yang HIDUP
• Hati yang MATI
• Hati yang SAKIT

HATI HIDUP

Apakah itu hati hidup? Hati hidup adalah hati yang sentiasa memastikan setiap gerak-geri anak buahnya berhubung dengan Penciptanya, Allah Swt. Hati jenis ini sentiasa mudah dan senang dalam mengerjakan segala amalan yang disuruh oleh Allah dan segala perkara yang dilarang oleh Allah. Dari segi kata lain, hati ini lebih tertarik dengan tarikkan graviti Ukhrawi dari tarikkan graviti Duniawi. Hati jenis inilah yang mampu mengimbangi perkara di dunia dan di akhirat. Kesannya, hati ini dapat membentuk seseorang itu menjadi hamba Rabbani yang tunduk patuh kepada Rabbnya. Mudahan kita tergolong dalam kumpulan ini.

HATI MATI

Hati yang mati? Adakah hati ini boleh mati? Nyata boleh. Yang menyebabkan hati ini berkeadaan sedemikian kerana hati jenis ini tidak menundukkan anak buahnya dari menyembah Allah Swt malah ia mengajak buat yang berlawanan dengan fitrah yang diberi oleh Pencipta. Hati ini terpengaruh dengan tarikkan Duniawi yang berlebihan dan mengakibatkan ia lupa dari tugasnya yang asal iaitu tunduk patuh kepada Allah. Apabila teguran dan peringatan yang baik dilontarkan kepadanya, ia tidak mengambil malah ia membantah. Maka hati jenis inilah yang membentuk dan menjadikan seseorang itu berlari daripada fitrah asalnya. Na`uzubillah.

HATI SAKIT

Hati yang seterusnya ialah Hati Sakit. Dimaksudkan sakit di sini bukanlah sakit barah hati atau sebagainya. Tetapi sakit di sini kerana kedudukannya kekadang terjatuh dan kekadang stabil. Mudah kata, ia berada di tengah-tengah antara tarikan graviti Duniawi dengan tarikan graviti Ukhrawi. Yang bahayanya di sini kerana apabila daya tarikan Duniawi kuat lantas memaut hati jenis ini. Secara tidak sedar ia telah terjatuh ke lubuk yang tidak diiginkan. Begitu keadaan hati-hati kita yang mempunyai pelbagai kriteria masing-masing.

Wallahua'lam..

Pakaian Buatmu Muslimah

Pada masa kini, memang terlalu banyak jenis fesyen buat wanita tambahan lagi wanita muslimah. Kali ini saya ingin berkongsi sahaja buat pakaian muslimah walaupun saya daripada kaum Adam.

Andai lebih molek jika kalian memakai seperti di bawah;


*p/s: Klik di gambar untuk jelaskan dan mudahkan bacaan anda.

Tujuan Hidup Manusia


Setiap hari, kita diberi nikmat dari Allah dengan kita dihidupkan kembali selepas daripada dimatikan sementara (tidur). Tidak pula dengan itu, Dia telah menambah dengan nikmat untuk bernafas dan menghirup oksigen. Tetapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu nikmat Iman dan Islam. Dengan kasih sayangNya, Dia telah memberikan kita nikmat-nikmat yang tidak terhitung buat kita semua. Begitulah pemurah dan penyayangnya Allah buat hambaNya. Apa yang dimintaNya dengan Dia memberi semua nikmat sehingga semua anggota badan kita diberi pinjaman dariNya? Adakah Dia ingin meminta ganti dengan nilai nikmat-nikmat tersebut?

1. BERIBADAH KEPADA ALLAH

Tidak sama sekali jawapan itu. Yang dimintanya ialah menyuruh kita berubudiyah (beribadah) kepadaNya. Sebab itulah harus kita jadikan setiap masa kita sebagai Ibadah. Ternyata dalam KitabNya telah menyebut;

“Dan tidak Aku(Allah) ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka berubudiyah(beribadah) kepadaKu”
Surah Adz-Dzariyat, 56

Secara tidak langsung atau tidak sedar inilah tujuan hidup kita di atas muka bumi Allah. Apa yang berlaku setiap masa pada diri, semestinya kita jadikannya Ibadah. Nak tak nak, niat perlu dijaga supaya tujuan hidup kita tidak tergelincir dari landasannya. Bagaimana pula hendak menjadi segala amalan atau perbuatan kita Ibadah? Jawapannya ialah pastikan semua amalan atau perbuatan kita seharian;

~ Ikhlas keranaNya (Allah).
~ Menepati ketetapan Syara’ (Syariat Islam).

2. MENJADI KHALIFAH

Selain itu, apa lagi? Apa lagi jika bukan untuk menjadi khalifah (pemimpin) di muka bumiNya. Inilah tujuan Allah menciptakan Jin dan Manusia dan semestinya menjadi tuuan hidup kita. Memang besar mas’uliyah (tanggungjawab) yang diberi kepada kita sehingga jika diletakkan di atas bukit sudah pasti hancur kerana tidak mampu memikulnya. Cuba kita berbalik kepada KalamNya kembali;

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku(Allah) hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi”…..”
Surah Al-Baqarah, 30

Lihat! Inilah tujuan-tujuan utama kita dihidupkan oleh Allah. Tetapi pada hari ini berapa ramai yang tidak mengambil dan mengetahui akan tujuan kewujudan mereka di muka bumi ini.

Renung-renungkanlah, sesungguhnya peringatan ini buat diri saya terlebih dahalu dan selebihnya anda. Semoga peringatan yang ringkas ini dapat memberi faedah kepada anda!

Wallahua’lam..

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431



SALAM MAAL HIJRAH 1431
kepada semua pengujung

Hari semalam sudah berlalu, Hari ini baru ditempuh, Hari esok belum tentu..
Semoga tahun yang berlalu Dia Rahmati dan Redhai.

Tanamkan tekad, kuat keazaman, jadikan ia detik permulaan untuk penghijrahan dari buruk kepada baik dan yang baik kepada yang lebih baik sehingga menjadi terbaik.