PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Sunday, August 29, 2010

Saya katakan 'PAUSE' !!~

Assalamualaikum semua..rasanya dah lama jari ini tak menyentuh 'keyboard' dengan tujuan menulis post dalam laman ini. Oleh itu, saya minta maaf banyak-banyak kepada semua. Alhamdulillah Dia memberi lagi keizinan untuk hidup dengan tujuan memperhambakan diri kepada-Nya.



Eh, simbol apa ini? 'Pause'. Ya, benar ini ialah simbol 'pause'. Kenapa saya gunakan simbol dalam post kali ini? Inilah simbol yang saya rasa paling sesuai untuk saya letak dan persembah kepada ANDA. Sebab simbol ini ialah satu simbol yang membawa maksud 'berhenti sekejap'. Ini bukan bermakna saya tidak lagi menulis tapi hanya sekadar melapangkan fikiran dalam beberapa masa untuk tujuan lebih besar. Apa itu? Apa lagi kalau bukan SPM..

Mungkin sesetengah pihak berpendapat bahawa dengan menulis di laman blog dapat membantu dalam mengisi masa yang terluang. Betul, itu yang saya rasa. Tapi dalam memikir keutamaan yang mana perlu diutamakan, saya rasa ada perkara yang lebih besar dan utama. Lagipun saya ini bukan tergolong dalam golongan yang intelek secara azali. Jadi, saya perlulah membuat lebih persiapan untuk menghadapinya. Kadang-kadang, apabila diri ini menghadap ke komputer, ada saja perkara yang ingin dilakukan. Baca artikel, berita, menulis dan sebagainya. Aduhai diriku sering terleka ini.

Tapi apa-apa pun, saya katakan kepada ANDA saya akan terus kembali menulis selepas saja peperiksaan SPM tamat. Insya-Allah, laman ini akan berwajah baru dan lebih kehadapan. Doa-doakan saya ya. Hehe..Mudah-mudahan menjadi realiti dan kenyataan.

Dengan kesempatan bulan Barakah ini, saya ingin meminta maaf andai saya tak mampu buat yang terbaik. Rebutlah peluang yang ada dalam Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. Sekarang, kita telah masuk fasa 3. Sama-samalah kita beramal dengan penuh pengharapan. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat, maghfirah dan taqwa yang dijanjikan itu.

Akhir kalam, doa-doakan saya agar mendapat kejayaan dalam mengharungi medan perjuangan yang bakal tiba. Lebih utama untuk kejayaan dalam mengharungi ujian dunia yang penuh fana ini.

Selamat Tinggal DESTINASI BARU.

Wassalam..

Tuesday, March 16, 2010

Takdir buat mereka


Perjuangan menuntut pengorbanan

Jiwaku kembali memaksa untuk diriku ini untuk menulis semula. Walaupun sudah 3 bulan saya meninggalkan medan ini, tetapi kali saya cuba untuk menulis. Apa yang menolak untuk jariku kembali menekan ‘button keyboard’ disebabkan tentang suatu peristiwa. Sebelum itu saya ingin terlebih dahulu mengucap alhamdulillah kepada Allah kerana dengan izin Dia dapat lagi saya menghantar post ke laman ini. Tiada lagi tempat yang selayaknya saya lafaz syukur selain kepada-Nya, Pencipta Alam dan isinya. Sudah pasti, mesti ada diantara pembaca blog telah dan sudah mendengar cerita tentang peristiwa kemalangan yang menimpa dua orang sahabat kita iaitu saudara Muhammad Suhaib b Muhd Shapiee dan saudara Afdholul Rahman b Che Ani. Bagi saya inilah peristiwa yang cukup menyedihkan. Tanggal 14 Mac 2010 merupakan hari buat mereka. Dengan sedikit ruang ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita dengan anda.

Awal pagi, lingkungan jam 4 pagi di Eagle Park Resort & Spa. Masa ini kami, para peserta kem ProActive Leader Retreat atau nama ringkasnya ALERT 1 ada satu sesi yang dinamakan ‘Counter-strike’ yang telah dikendalikan oleh Akhi Suhaib Shapiee dan sahabat-sahabatnya. Ceritanya bermula di sini…

“Bangun!! Bangun!!”.

Suara memanggil untuk kami untuk melawan nafsu tidur kedengaran. Itulah suara abang-abang fasi kem kami. Mataku tetap liat untuk membuka. Kedengaran suara itu kembali memanggil. Saya duduk buat beberapa ketika sebelum berdiri dan melangkah ke bilik air. Sedang saya membersihkan diri ala P. Ramlee, satu suara memanggil. Kali ini bukan lagi ‘bangun’ tetapi kiraan. Suara itu berbunyi, “Dalam kiraan 20..19..18..17..” sehingga angka satu. Apabila saya keluar dari bilik air, suara memanggil itu ialah suara abang Suhaib Shapiee. Bagi saya, pagi itu dialah banyak memainkan peranan dalam sesi ‘conter strike’. Kelihatan wajahnya paling ceria berbanding dengan abang-abang yang lain. Beliau kelihatan bersungguh-sungguh dalam menyemarak dan membakar semangat kami semua. Entah kenapa.

Masa untuk kami dirikan solah Subuh hampir tiba. Kami diberi masa untuk persiapan diri. Selepas solah, kami ada sedikit tazkirah dari kalangan peserta. Tetapi mata peserta kem keletihan dan sebahagian sudah terpejam rapat. Dengan itu, abang Suhaib mencuri sedikit masa untuk membuat satu aktiviti bagi melawan nafsu tidur manusia. ‘Konji-konji, ca-ca’ namanya. Saya pelik. Sebelum ini sejak beberapa kem yang saya lalui tidak pernah dengar nama permainan ini. Aktiviti ini cukup menyeronokan dan berjaya melawan keinginan tidur peserta. Itulah kali terakhir saya menatap wajah dan suaranya.

Masa terus berlalu, tiba pula masa untuk kami mendengar ceramah UAHO (Us Abdul Hadi Osman) yang telah dipengerusi oleh Faizuddin dari SMAKL. Sekian lama telinga dipasang untuk mendengar, mata tidak dapat untuk bertahan. Sedikit demi sedikit mata dibuai dalam khayalan. Pabila melihat keliling, hampir semua nasib seperti saya. Mungkin disebabkan aktiviti pagi tadi yang banyak menggunakan tenaga. Saya cuba untk melawan tetapi gagal. Selepas sudah sesi tersebut, kami diberitakan tentang kemalangan telah menimpa dua orang sahabat kami. Selepas itu, ada seorang sahabat saya berkata, “tadi ana ada pi bilik air masa ceramah, ana terserempak dengan abang Afdhol dan abg Suhaib siap-siap nak naik kereta AY”. Memang betul cerita itu. Selepas itu, ada seorang abang berkata mereka keluar untuk membeli gula-gula untuk para peserta kerana peserta terlalu mengantuk. Lagipun di situ sumber air tidak cukup. Jadi, mereka dengan rasa sensitif ambil resolusi untuk keluar beli gula-gula.

Saya terus bersedih dan masing-masing terasa bersalah. Tidak siapa menyangka mereka kemalangan disebabkan pengorbanan dan niat murni mereka terhadap kami. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka dalam menempuhi ujian ini. Saudara Afdholul sekarang dalam keadaan trauma dan tertekan manakala saudara Suhaib Shapiee masih dalam keadaan cedara parah yang menyebabkan mata kirinya tidak dapat berfungsi, rahangnya rosak, wajahnya membengkak dan bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Kini ,beliau masih di dalam bilik rawatan rapi Hospital Tengku Fauziah, Kangar. Alhamdulillah kelmarin petang, ana dapat menziarahi beliau dan sungguh mengejutkan dengan perbezaan wajahnya dengan wajah asalnya. Sehingga ketika saya masuk dalam wad ICU itu untuk ziarah, saya tercari-cari dimana tempat Akhi Suhaib, rupa-rupanya disebelah saya saja. MasyaAllah saya ucapkan. Tak tergambar sampai begitu sekali. Moga Allah Rahmati dan meredhai mereka berdua.

Inilah dikatakan TAKDIR, tidak ada siapa yang menginginkan dan menghendakinya dan tidak siapa pun yang mampu menolaknya.

Akhir kata, sama-sama kita menDOAkan kepada sahabat kita agar mereka tetap tabah dalam menempuh ujian ini. Memang benar bahawa setiap perjuangan ditempuhi dengan kesusahan dan kesukaran. Dan setiap perjuangan dituntut dengan pengorbanan. Itu pengorbanan mereka dan dimanakah pula PENGORBANAN kita? Tenangkan fikiran, tanyalah iman..

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa mereka. Berikanlah kepada mereka(Akhi Suhaib dan Akhi Afdholul) ketabahan dan kekuatan untuk mereka menempuhi ujian yang berat ini. Kuatkan ketabahan dan semangat kepada ahli keluarga mereka. Semoga mereka tergolong dalam golongan orang yang beruntung dan orang yang berjuang di atas jalan-Nya...Ameen.”

Dari kiri: Akhi Suhaib dan Cikgu Saiful


Kenderaan yang mereka naiki remuk teruk


Wallahu A’lam..

untuk bacaan tambahan, klik di sini.