PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Sunday, August 29, 2010

Saya katakan 'PAUSE' !!~

Assalamualaikum semua..rasanya dah lama jari ini tak menyentuh 'keyboard' dengan tujuan menulis post dalam laman ini. Oleh itu, saya minta maaf banyak-banyak kepada semua. Alhamdulillah Dia memberi lagi keizinan untuk hidup dengan tujuan memperhambakan diri kepada-Nya.



Eh, simbol apa ini? 'Pause'. Ya, benar ini ialah simbol 'pause'. Kenapa saya gunakan simbol dalam post kali ini? Inilah simbol yang saya rasa paling sesuai untuk saya letak dan persembah kepada ANDA. Sebab simbol ini ialah satu simbol yang membawa maksud 'berhenti sekejap'. Ini bukan bermakna saya tidak lagi menulis tapi hanya sekadar melapangkan fikiran dalam beberapa masa untuk tujuan lebih besar. Apa itu? Apa lagi kalau bukan SPM..

Mungkin sesetengah pihak berpendapat bahawa dengan menulis di laman blog dapat membantu dalam mengisi masa yang terluang. Betul, itu yang saya rasa. Tapi dalam memikir keutamaan yang mana perlu diutamakan, saya rasa ada perkara yang lebih besar dan utama. Lagipun saya ini bukan tergolong dalam golongan yang intelek secara azali. Jadi, saya perlulah membuat lebih persiapan untuk menghadapinya. Kadang-kadang, apabila diri ini menghadap ke komputer, ada saja perkara yang ingin dilakukan. Baca artikel, berita, menulis dan sebagainya. Aduhai diriku sering terleka ini.

Tapi apa-apa pun, saya katakan kepada ANDA saya akan terus kembali menulis selepas saja peperiksaan SPM tamat. Insya-Allah, laman ini akan berwajah baru dan lebih kehadapan. Doa-doakan saya ya. Hehe..Mudah-mudahan menjadi realiti dan kenyataan.

Dengan kesempatan bulan Barakah ini, saya ingin meminta maaf andai saya tak mampu buat yang terbaik. Rebutlah peluang yang ada dalam Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. Sekarang, kita telah masuk fasa 3. Sama-samalah kita beramal dengan penuh pengharapan. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat, maghfirah dan taqwa yang dijanjikan itu.

Akhir kalam, doa-doakan saya agar mendapat kejayaan dalam mengharungi medan perjuangan yang bakal tiba. Lebih utama untuk kejayaan dalam mengharungi ujian dunia yang penuh fana ini.

Selamat Tinggal DESTINASI BARU.

Wassalam..