PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Monday, March 28, 2011

Hidup umpama handset

Mencari jalan selamat
Bismillahirahmannirahim..

Mudahan Dia akan terima segala amalanku..

Sudah seminggu tak sempat update laman ini. Ya la, pelbagai urusan perlu diutamakan. Tambahan sekarang semua orang lepasan SPM 2010 kalut dan bimbang mencari pengajian mana yang perlu disambung. Termasuklah saya. Siapa yang tak mahu sambung pengajian kan. Nak bawa Islam kenalah buktikan Islam itu tertinggi dari segi semua aspek termasuklah akademik.

Dengan kesempatan yang terluang ini, walaupun dihimpit dengan masa. Saya cuba untuk kongsikan atu benda. Apa benda itu? Mm..Ia merupakan satu analogi. Khas untuk makhluk yang bernama manusia. Tambahan yang berpegang kepada visi untuk menjadikan kehidupan sebagai ibadah. Firman Allah;

"tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"
(Surah Adz-Dzariyat, 56)

Kita sebagai seorang muslim yang sedang berusaha menjadi mukmin sejati tentu mengidamkan syurga Allah SWT. Satu tempat yang sungguh indah dan abadi yang tak mampu digmbarkan dengan manusia. Oleh itu, perlulah kita berusaha mengejar syurga Allah itu. Jadi, tindakan perlu ada untuk dapatkannya. Memang bukan kuasa kita untuk tentukan kita dapat ke sana atau tidak. Tetapi perlu kita yakin, usaha yang baik pasti mendapat hasil yang baik juga. Oleh itu perlunya untuk kita terus-menerus berusaha.

hidup umpama handset

Apa key-pointnya? Apa lagi jika bukan IMAN dan HDA (hubungan dengan Allah). Jagalah kedua-duanya. Insya Allah kita mendapat ganjarannya. Sekarang kita mula perumpamaan. IMAN itu bateri dan HDA adalah gelombang dan kita sebagai HANDSET.

BATERI

Bateri jika tidak dicas apa hasilnya? Bolehkah kita menghantar SMS atau menggunakan kemudahan handset kita? Mm.. tidak kan. Sebab itu bateri perlu dicas untuk ia sentiasa boleh diguna. Bukan habis baru dicas tetapi tidak sempat habis pun kita dah mula mengecasnya.


GELOMBANG

Jika sesuatu SMS itu ingin hantar ke rakan tetapi pada masanya yang sama tidak ada line, sampaikah maklumat kita untuknya? Tentunya tidak bukan.

Kesimpulan

Jadi, perlunya kita kepada kedua benda ini barulah matlamat untuk menghantar maklumat sampai kepada orang yang kita tujukan. Di sini, kita dapat lihat kedua-duannya saling berkaiatan antara satu sama lain. Begitulah dengan kehidupan kita, untuk mendapatkan matlamat syurga yang abadi perlu kepada IMAN dan HDA. Baru kehidupan sentiasa berada dalam landasan yang benar. Apa guna hidup tanpa IMAN dan HDA. Oleh itu, perlu untuk kita sama-sama menjaga kedua-duanya.

Ingat, iman perlu dicas dan HDA sentiasa perlu dijaga, barulah kehidupan kita bererti.

"Iman perlu sentiasa dicas, jangan tunggu sampai habis. Nanti sangkut(terganggu) dipertengahan.."
-Sir Nasir Salleh-

Wallahu a'lam..sedikit perkongsian dari saya

Thursday, March 17, 2011

REDHA ALLAH idaman kita

Bismillah..

Pendahuluan
Alhamdulillah, hari Dia masih diberi peluang untuk terus menjalani kehidupan di dunia ini. InsyaAllah pada hari tidaklah mahu saya bercoret terlalu panjang. Cukup sekadar ada peringatan untuk saya.

Tsunami jepun tiada siapa yang menyangkanya berlaku

Dunia hari kian tiada haluan. Pelbagai kejadian sana dan sini berlaku tanpa henti. Baru-baru ini, tsunami Jepun telah melanda yang memakan beribu-ribu orang. Tidak kurang pula dengan gempa bumi dan letusan gunung berapi. Semua adalah peringatan dari Dia yang Maha Esa. Tapi malangnya, sedikit sahaja manusia yang berfikir dan mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa sebegitu.

Itu baru sedikit sahaja peringatan dari Allah, bukan lagi Hari Kebangkitan atau Kiamat. Dan kita pun tidak tahu bila ia akan berlaku. Mungkin tahun depan atau 10 tahun lagi atau 100 tahun lagi atau 1000 tahun lagi atau beribu-ribu tahun lagi. Semuanya tidak ada dalam genggaman kita. Bila sampai masa dan ditakdirkan berlaku maka berlakulah ia. Tiada lagi taubat dan kompromi untuk kita. Penyesalan pada masa itu hanya tinggal penyesalan.

Dengan kesempatan diberi oleh Allah kepada kita. Ayuhlah sama-sama kita renung kembali diri kita. Adakah kita selama ini telah dan sedang mengumpul bekalan untuk menghadap-Nya? Jika ya, apakah ia bertepatan apa yang dikehendaki oleh-Nya?

Jawapannya tentu mencari MARDHOTILLAH (redha Allah). Bagaimana hendak mendapat redha Alah itu? Ya, lakukanlah apa yang dikendaki-nya dan tinggal apa yang dilarangi-Nya, ikut apa yang disyariatkan oleh-Nya dan lakukanlah amal-amal hanya kerana Allah. InsyaAllah kita mendapat redha Allah.

Sebab apa perlunya kita kepada Allah?

Kerana dengan kita mencari mardhotillah kita akan diberi oleh Allah rahmat dan barakah. Rahmat adalah kunci kepada kita untuk masuk ke syurga-Nya dan barakah adalah nikmat yang cukup dicari oleh manusia. Tida semestinya umur kita panjang kita boleh masuk syurga dengan amalan murni kita. Hanya dengan kita mendapat rahmat dari Allahlah kita mampu masuk syurga-Nya. Jadi, rugilah kalau kita lakukan segala kerja tetapi tiada redha Allah yang kita dapat.

Pastikan kita berada dalam genggaman-Nya

Akhir kalam, sama-samalah kita berdoa dan harapkan agar redha Allah bersama-sama dengan kita dan dengannyalah Allah benarkan kita memasuki syurga. Jadikanlah mardhotillah idaman kita. Carilah ia bukan hanya sekadar menanti.

Carilah ia bukan menanti

Walahu a'lam..

p/s - sekadar perkongsian untuk diri ini bila ia terasa kosong dan dikelilingi Jahiliyah

Sunday, March 06, 2011

KEDAH SEJAHTERA 2011

Assalamualaikum semua..

Dengan kesempatan ini dan masa yang ada, saya nak promosi sedikit tentang satu program iaitu program Kedah Sejahtera 2011 anjuran kerajaan Kedah. Bukan apa, memandangkan sekarang jadi orang Kedah sementara. Jom pergi ramai-ramai ke sana. Banyak aktiviti-aktiviti yang disediakan. Bermula 10-14 April 2011.



Tuesday, March 01, 2011

3 pesanan Imam Al-Ghazali untuk PEMUDA

Bismillah..dengan nama-Mu saya cuba untuk menulis..

Sedikit Pendahuluan

Gambar kenangan di Ipoh

Alhamdulillah, baru-baru ini (dalam seminggu yang lalu) saya dan beberapa sorang sahabat saya (Azhar, Ikhwan, Fitri, Ammar, Shatibi dan Bashir) baru sahaja pulang sebagai perantau di negeri orang dan kini selamat sampai di negeri masing-masing. Setelah beberapa hari merantau ke negeri orang, banyak pengalaman, pengisian dan input yang kami timba di sana.

Perancangan asal hanya meneman 4 orang sahabat kami bertukar menjadi suatu program yang menarik. Begitulah kehendak Allah Yang Maha Perancang, Dia telah menyusun kami dengan pelbagai perancangan yang sungguh bermakna. Walaupun sahabat-sahabat kami di sana (perak) cuba merancang untuk kami aktiviti-aktiviti, tetapi semuanya berlawan arah. Hampir kesemua perancangan tidak menjadi dan digantikan pula dengan program yang lain. Dan itu yang saya rasa lebih baik dan bermakna untuk kami.

Apa yang membuat hati saya tetarik adalah semasa hari terakhir saya di sana. Ketika itu kami mengadakan sedikit program santai di Gunung Lang Perak. Sedikit perkongsian telah dikongsikan oleh pengerusi KBHI sendiri (Abang Fadhli Razali) tentang pesanan Imam Al-Ghazali kepada pemuda.

Apa yang dibicara..

Pemuda sebenarnya memerlukan 3 perkara, dan ketiga-tiga ini sungguh berat untuk pemuda jika ia benar-benar hayati dan amalkan. 3 perkara yang perlu pemuda ada ialah:

1. Hati yang bersyukur.


Firman-Nya dalam Al-Quran,

"..jika kamu bersyuur nescaya Kami(Allah) akan tambah nikmat untuk kamu dan jika kamu kufur azab-Ku amat pedih"

Bertepatanlah dengan diri kita. Bersyukur senang disebut tapi susah diamalkan. Fiil manusia yang ego dan kekadang lupa akan nikmat sering memahami erti syukur ketika masa yang senang, lapang dan tenang. Susah untuk kita aplikasikan semasa sedikit ujian menimpa.


2. Lidah yang berzikir.


"..dengan mengingati Allah jiwa-jiwa akan menjadi tenang"

Begitulah firman Allah. Sering didengar tetapi sukar untuk diamalkan. Bila ujian mendatang bermacam-macam perkara yang negatif terkeluar daripada mulut kita. Semuanya gara-gara perasaan amarah yang kuat dan dibelakakangi nafsu yang terus menyokong perasaan tersebut sehingga meninggalkan iman.

3. Jasad yang bersabar.


Sama juga seperti 2 perkara diatas. Susah diamalkan ketika diri diuji. Mampu bersabar ketika ujian yang datang mudah. Tetapi ujian yang sukar ditempuh menyukarkan jasad untuk bersabar. Firman Allah,

"..sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bersabar"

Penutup

Itulah 3 perkara yang perlu bekalkan oleh kita sebagai remaja dan pemuda. Ayuh sama-sama kita perlahan-perlahan mengamalkan 3 perkara tersebut dan berusaha untuk jadikan ia malaqah dalam diri kita. InsyaAllah apabila kesemua perkara yang dipesankan olah Imam Al-Ghazali itu diamalkan dalam kehidupan, kita akan menjadi seorang pemuda yang sejati. Pemuda yang mampu memikul amanah dan melaksanakan syariat Allah di muka bumi.Dan pemuda beginilah yang ditunggu-tunggu oleh ummah untuk kita memimpin.

Wallahu a'lam..