PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Saturday, April 30, 2011

Manusia mudah PERASAN

Berdirilah dengan diri anda sebenar. Tidak perlu watak kedua atau ketiga.

Bismillah..dengan nama-Mu saya terus menulis..

Salam pertemuan di laman mudahan ia berkekalan..

InsyaAllah kali ini saya akan kongsikan mengenai PERASAN. ada satu ungkapan, "Orang tidak ada perasan dipanggil orang ramai tidak ada perasaan". Betul atau tidak bergantung pada anda untuk memilihnya.

Bila kita meneliti satu persatu gerak geri kita dalam kehidupan, kadang-kadang ada sifat tidak bertempat datang menyusuri kita ketika kita hendak melakukan sesuatu - malu, riak, seronok, segan dan sebagainya. Apa maksudnya? Tak faham. Sabar sebentar.


Perasan antara manusia dengan manusia

Ok. Saya suka tujukan kepada lelaki sebab saya juga seorang lelaki. Apabila anda hendak membeli minuman di sebuah gerai kemudiannya anda ternampak seorang perempuan yang anda kenal. Apa perasaan kamu?

Mungkin jawapan anda terungkai dalam beberapa keadaan:

bentuk bicara,

"Segan la..dia tu budak sekolah aku doh.."

"Aduh, perempuan ni pula di depan.."

bentuk perlakuan,

(membiarkan perempuan itu membeli dulu dengan alasan ladies first)

(membatalkan niat untuk membeli air tersebut)

(control macho dalam keadaan tangan sedang memperbaiki rambut dan pakaian)

(buat biasa sahaja)

Macam mana nak tangani semua itu berlaku?

Bagi pandangan berdasarkan pengalaman dan kajian saya melihat, ada beberapa faktor antaranya sebab perasan. Bila kita renungi semula, ia satu perkara yang biasa tetapi dilebih-lebihkan sehingga ia dilihat sesuatu yang susah untuk lakukannya. Tetapi, perasaan itu berlebihan sehingga bertukar kepada perasan yang kita ini sekian sekian, itu la dan ini la telah menyebabkan keadaan yang biasa bertukar sukar. Itu yang dimaksudkan perkaran biasa yang diekori sifat-sifat yang tidak sepatutnya berlebih-lebih ada pada ketika itu.

Semua orang pernah jadi sedemikian termasuk saya ketika di sekolah dahulu. Kemudian saya bawa berbincang dengan beberapa orang sahabat saya yang lain. Pabila berlaku sedemikian ada beberapa kaedah boleh kita lakukan antaranya:

1. Diri anda tidaklah cantik dan rupawan.
2. Rasailah diri anda tidak ada yang meminati.

(ini statement sahaja tau)

InsyaAllah ada dua perkara itu, anda akan jalani kehidupan seperti biasa. Tetapi ingat, hakikatnya NIAT yang penting. Ini sebagat supporter sahaja untuk anda. Sebab itulah Islam mengajar ummatnya setiasa menjaga niat lakukan seseuatu bukan kerana yang lain kecuali Dia Allah.

Letakkan Ikhlas dalam diri ANDA

Perasan dengan natijah daripada kelebihan pemberian Allah kepada kita

Ini satu perkara yang penting. Manusia sering tersilap dan terlepas pandang. Perasan dengan natijah daripada kelebihan pemberian Allah kepada kita atau istilah lain suka nisbahkan diri kita dengan hasil daripada kelebihan yang ada. Murabbi saya, Ustaz Muhtad Yusuf ada berpesan kepada saya dan ini sedikit perkongsian beliau dengan saya.

Sebagai satu contoh, anda telah mengadakan satu program motivasi dan ada satu sesi bersama dengan anda. Anda pun mula berkongsi dengan penuh perasaan dari hati ke hati. Sampai satu tahap para peserta ada sebak dan perlahan-lahan mengalirkan air mata. Asal niat memang melalui hati tetapi beberapa minggu kemudian bagaimana? Adakah anda ingin menyimpan pengalaman itu atau cuba mengeluarkan sedikit sebanyak kepada orang ramai (sebagai teladan)?

(Tetapi, bukan bermakna Islam tidak memerlukan orang sedemikian. Islam perlu orang yang mahir bertutur kata. Jadi, jangan pandang enteng kepada mereka yang mempunyai kelebihan sedemikian cuma sekadar contoh).

Ketika itu, kebanyakan manusia sering menisbahkan dirinya dengan kelebihan yang ada padanya. Mungkin pandai bercakap, bertutur melalui penuh perasaan, pergerakan dan gaya penyampaian yang membuatkan para peserta tersebak dan sebagainya. Sedarkah itu semua adalah nikmat daripada Allah kepada kita untuk kita hadapi ujian keikhlasan?

Itu baru sat contoh. Bukan bermakna melalui penyamaian sahaja manusia sering menisbahkan dirinya. Ada banyak lagi jalan manusia mudah perasan dengan pemberian sedikit kelebihan daripada Allah antaranya dan contoh:

1. melalui kebaikan kepada orang ramai (lihat tu, semua itu sebab aku buat ...)
2. melalui kecemerlangan akademik (biasalah, orang rajin usaha dapat la macam aku ni)
3. melalui kejayaan sesuatu perlaksaan (hebat juga aku ni, peserta semua boleh ikut arahan aku)
4. melalui peribadi (buat macam mana aku ni dah hensem, tak hairan la orang ramai nak bergambar dan minta sign dengan aku)

Ingat!

Bila berlakunya perkara-perkara yang setaraf dengannya, checklah diri anda. Hubungan dengan Allah diletak di mana. Perkara-perkara itu tidak dapat dinafikan boleh berlaku dala kehidupan seharian kita. Selitkan sedikit semua itu pemberian daripada Allah. Walaupun pendek sahaja ungkapan tersebut, tetapi ia sedikit sebanyak mengingatkan kita dengan pemberian daripada Allah kepada kita. Kesimpulannya, rasailah pandangan Dia Allah lebih bernilai daripada pandangan makhluk-Nya.

Pandangan manakah yang anda kejar?

Wallahu a'lam..
Sekadar perkongsian melalui pengalaman dan perbincangan.

Tuesday, April 26, 2011

Jadilah 'ALIM MUJAHID

Bismillah daku mula menulis..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

InsyaAllah pada kali ini saya cuba untuk kongsikan satu perkara berkaitan dengan kita sebagai pemuda. Alhamdulillah, dengan izin Allah baru-baru ini saya telah menghadiri satu program yang telah berlangsung di UIAM yang diberi nama Hijrah Menara Gading 2011 (HIMEGA '11). Banyak input yang saya dapat di sana. Walaupun ia dijalankan dalam keadaan tidak begitu lama tetapi dapat memberi 1001 manfaat yang begitu banyak dan bererti bagi saya sebagai satu persiapan untuk meneruskan pengajian ke peringkat berikutnya.


Bermotokan "nurturing 'Alim Mujahid" atau melyunya kearah pembentukan 'Alim Mujahid memberi penekanan kepada kami semua sebagi peserta pentingnya untuk mahasiswa menjadi 'alim mujahid.

APA ITU 'ALIM MUJAHID?


'Alim dalam bahasa arabnya bererti orang yang berpengetahuan dalam bidang ilmu manakala mujahid pula orang yang bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu. Pendek kata, 'alim mujahid membawa pengertian orang yang berpengetahuan luas dalam aspek ilmu dan bersungguh melaksanakan kerja-kerja untuk Deen-Nya.

Dalam mengharungi dunia IPT yang bakal setiap insan harungi perlu kepada persiapan. Kita tidaklah mahu orang yang hanya menumpu sepenuhnya kepada akademik mahupun peribadi sahaja. Itu adalah penumpuan sessuatu aspek sahaja. Sebagai orang muslim yang beriman kepada Allah perlu untuk mengimbngi segala aspek kehidupan dengan cara menterbilangkan kesemuanya - aqidah, intelek, sahsiah, kerja dan sebagainya.
Dan itulah yang dikatakan 'alim mujahid, cemerlang dunia, gemilang akhirat dan terbilang kedua-duanya.

SEBAB APA PERLU MENJADI 'ALIM MUJAHID?

Tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mendapat redha Allah SWT. Tidak nilai bagi kita jika hidup kita di "R&R" dunia ini tidak mendapat mardhotillah. Kita mahukan Allah redha segala usaha dan kerja-kerja yang kita lakukan walaupun ia dianggap tidak relevan bagi masyarakat. Jadi, inilah tujuan kita menjadi 'Alim Mujahid.


CIRI-CIRI 'ALIM MUJAHID:

Untuk menjadi 'Alim Mujahid perlu untuk kita persiapkan diri bagi memenuhi tuntutan yang digariskan sebagai seorang 'Alim Mujahid.

1. Aqidah yang sohih (sejahtera)

Ini bermaksud Allah sahaja yang layak diabdikan dan tiada penyekutuan terhadap-Nya. Bebas daripada segala kesyirikan sama ada besar mahupun kecil.

2. Kefahaman yang jernih

Tiada kefahaman yang layak untuk kita pegangi melainkan bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis. Rujukan yang dipegang adalah berdasarkan rujukan ulama'-ulama' muktabar.

3. Cemerlang akademik

Bergiat besungguh-sungguh dalam kerja islami tanpa menjadikan akademik nombor 2 dalam kutamaan kehidupan walaupun Tarbiyak yang utama. Ia perlu diimbangi kerana ia boleh menjadi fitnah kepada Islam jika ia diabaikan.

4. Aktif berdakwah

Tidak hanya tertumpu kepada akademik semata-mata. Sentiasa mencari peluang untuk berdakwah dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Tidak kira berada di mana-mana - kampus, kampung halaman, tempat kerja dan sebagainya.

"Selagi ada manusia di situ ada dakwah, di mana ada dakwah di situ ada Tarbiyah"

-sir Abdoh Zainal Abidin

5. Kerjaya sebagai method Dakwah

Walaupun bekerja apa sekalipun, 'Alim Mujahid sentiasa menjadikan kerjaya sebagai wasilah (jalan) untuk mengajak pengabdian kepada Sang Pencipta yang hakiki. Berpangkat besar, harta yang banyak dan segala pemberian manusia kepadanya disumbangkan kepada Islam. Tidak hairan dengan pujian dan sanjungan manusia kerana segalanya itu adalah pemberian daripada Allah sebagai pinjaman.

KESIMPULAN

Berusahalah untuk menjadi 'ALIM MUJAHID mudahan redha Allah diterima. Kekalkan JIDDIYAH dan ILTIZAM kita dengan kerja-kerja Islami dalam menegakkan Deen-Nya dimuka bumi ini. Banyakkan berdoa dan berusaha agar Allah kekalkan diri kita pada jalan-Nya yang benar.

Wallahu a'lam..

Thursday, April 21, 2011

IKHLASlah seperti penjaga parking

Dunia yang fana boleh membawa kehancuran keikhlasan kita


Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam bersua kembali..

Sudah lama tidak menambah post yang baru. Tapi, apa-apa pun saya bersyukur pada-Nya kerna masih beri kepada saya peluang pada kali ini. Dalam merendah dunia yang begitu fana ini, perlu untuk kita mempersiapkan diri dalam pelbagai perkara terutamanya niat. Yalah, buat baik orang puji atau perli, buat perkara buruk orang suka atau keji. Jadi dalam berhadapan situasi begini tidak kira dalam respons yang positif atau negatif perlu untuk kita persiapkan diri.

Setiap yang berlaku bermula dengan niat. Dan setiap niat itu pasti ada halangan. Begitulah hakikatnya. Sebab itulah NIAT KEIKHLASAN perlu dijaga. Senang atau susah untuk menjaganya perlu kita berhadapan. Nak tak nak sahaja jawapannya. Jika kita berasa bekalan untuk berjumpa ALLAH itu hanya dikira pabila amal kita yang ikhlas, maka jagalah NIAT. tapi jika sebaliknya, wajib untuk jita fikir -fikir kembali dengan sedalam-dalamnya.

Macam mana hendak jaga niat?

Jadilah seperti penjaga parking atau orang kita panggil guard. Sebab apa dengan dia pula? Tidak semua penjaga parking itu beriman?


Sentiasa bersederhana dalam mengerjakan tugas

Itu bukan satu persoalan unutk kita cuma analogi untuk kita ambil. Penjaga parking - setiap hari berpuluh-puluh kereta akan masuk ke kawasan penjagaannya dan dia dapat menikmati adanya kereta yang banyak sama ada besar, kecil, berjenama atau tidak. Tidak ada padanya ketika itu riak, takbur, bongkak dan angkuh tetapi terasa zuhud, rendah hati dan bersederhana. Dan setiap hari juga berpuluh-puluh kereta akan pergi meninggalkannya tetapi tidak ada kecewa untuknya. dan dikala itu dia tidak pula berasa susah hati, gelisah dan kecewa. Itulah perasaan seorang penjaga parking yang setiap hati bertempuh dengan keadaan yang sama.

Kita, adakah berkeadaan sepertinya - sentiasa berada dalam keadaan yang sama walau ada halangan menimpa? Pabila dipuji kita bersyukur dan bersenang hati, pabila teruji kita bersabar dan berlapang dada. Pabila mempunyai rezeki yang melimpah kita bersederhana dan tidak bongkak. Dan pabila mendapat kesenangan kita mendamba kasih-Nya lagi. Untuk mencapai kesemua itu bermula dengan niat yang IKHLAS.

Apa itu niat IKHLAS?

Ikhlas merangkumi maksud membuat sesuatu tindakan hanya kerana-Nya yang Satu. Seseorang yang mempunyainya tidak akan terasa susah hati jika tidak mendapat pujian daripada manusia. Dia tetap terus lakukannya seperti kebiasaannya. Orang seperti ini tidak mendahagakan harta, pangkat, nilai dan darjat. Tetapi pabila mendapat salah satu daripada nikmat Allah, dia berasa itu rezeki dan ada ujian disebaliknya.

Hati yang ikhlas sahaja Allah akan mengira amal baiknya

Akhir kalam, sama-samalah kita menjaga NIAT hati kita supaya IKHLAS itu terjaga.

Wallahu a'lam..setakat itu perkongsian dari saya moga terisi

Saturday, April 09, 2011

Sukar untuk kekalkan niat walaupun sebatang kayu di jalanan


Bismillah..saya mula menulis..

Alhamdulillah, bersyukur kepada-Nya kerana sekali lagi memberi nikmat kehidupan pada saya dan anda. Tidak sekadar itu, Dia memberi kepada kita nikmat kefahaman tentang Deen-Nya yang mulia dan dicampakkan keimanan kepada kita. Mudahan iman kita adalah iman yang benar kepada-Nya. Pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu perkara iaitu sukar untuk kekalkan niat baik.

PENDAHULUAN

Permulaan amalan adalah dengan niat

Setiap insan yang mempunyai sekeping hati dan sekeping hati itulah tempat tersimpannya niat. Niat kadang-kadang mampu dikotakan dan kadang-kadang niat terbabas. Dan ada juga niat berlaku kemalangan. Apa maksud semua itu? Sebenarnya sukar untuk dikupaskan kerana ia satu perkara yang berkaitan dengan diri termasuk penulis ini.

Niat satu perkara yang cukup luas maksudnya, banyak pengertiannya dan berat dikatakan. Kerana itulah Islam sangat mengambil berat tentang niat. Bermula dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Semuanya berkaitan dengan niat. Bahkan penentu amal seseorang itu sama ada dikira atau tidak adalah bergantung pada niatnya.

Niat adalah satu perkara yang terdetik dalam hati sama ada baik atau buruk. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang pasti berlaku dan perlu kepada usaha menjayakannya. Jika sekada hanya niat sahaja tanpa sebarang perilaku kearahnya maka ia dikira niat yang terbabas.

NIAT KITA

Dalam mengejar dan merebut nilaian Allah, niat kebaikan kita perlu dijaga. Walaupun kebajikan kita hanya membuang halanagan di jalanan. Tetapi perkara itu yang sukar dijaga. Sedang berjalan ternampak halangan yang berupa sebatang kayu yang sepanjang lengan terdampar di tengah jalan yang sibuk di sebuah pekan. Dan pada masa yang sama orang ramai berpusu-pusu keluar masuk bandar. Apakah yang terdetik di hati kita. Mudah kata apa niat kita?

1. Membuang halangan di jalan tersebut.

Dengan niat membuang halangan di jalanan adalah selemah-lemah iman. Dengan harapan Allah masih mengekalkan iman kita. Satu lagi mungkin dia fikir panjang. Andai tidak buang halangan tersebut, mungkin ada kecederaan pada orang lain dan boleh mengakibat kesusuhan pada diri saudara yang lain. Mungkin satu lagi perkara yang penyebab dia buang halangan tersebut adalah keyakinan yang tinggi kepada Allah bahawa suatu hari pasti Allah akan balas kebaikan kepadanya pula.

Inilah yang dipanggil mengkotakan niat.

2. Sekadar melihat dan tinggal pergi.

Perkara ini sering berlaku pada diri masyarakat kita. Terutamanya semasa melalui sebuah jalan-raya kemudiannya terdapaat kemalangan di tepian. Semua orang pakat memelahankan kenderaan masing-masing dan sebahagian yang lain berhenti dan mengelinggi tempat kejadian. Seolah seperti mahu menolong tetapi malang sekadar melihat. Itu baru kemalangan yang senang dilihat dan dijadikan perhatian. Jika sebatang kayu tadi bagaimana?

Tentu membiarkan sahaja. pa sebabnya? Kerana dia berasa ada orang yang akan melakukan untuk membuang halangan terssebut. Tetapi, cuba bayangkan jika semua orang bersikap sedemikian, apa yang akan terjadi? sebatang kayu itu terus berada di situ tanpa pengakhiran.

Kelompok yang kedua ini dipanggil niat terbabas dari landasan. Ada niat tetapi niat yang hanya mengharap orang lain lakukan.

3. Hampir membuang halangan.

Yang ini adalah kelompok yang satu pertengahan. Dia mempunyai niat sama seperti kelompok pertama tetapi pancit dipertengahan. Dalam melangkah ke arah halangan tiba-tiba datang satu lagi bisikan - "kalau kamu buang ini kamu dapat kepujian manusia sebab manusia melihat..". Kemudian, terus terbatal niat baiknya kerana bimbang dan takut amal yang dibuat itu adalah kerana manusia.

Ini kelompok yang ketiga iaitu kelompok niat kemalangan diperjalanan. Ada niat tetapi kerana kefahaman tidak ccukup berlakulah sedemikian. Yang sebenarnya terus membuang bukan membiarkan. Jika tidak, takut-takut dia dikira riak.

Kenapa riak?

..kerana riak adalah melakukan sesuatu bukan kerana Allah (ini seperti yang selalu kita faham) dan satu lagi pengertiannya bimbang manusia melihat amalannya. Contohnya, seorang yang rajin bangun malam di masjid tetapi pada suatu hari masjid itu didatangi orang dan dia tidak melakukan amalan bangun malam kerana bimbang orang melihatnya.

KESIMPULAN

Di mana ada niat di situ ada halangan

Perkara niat amat perlu dititikberatkan setiap antara kita. Sebentar tadi hanya sekadar pembuka minda dan sebahagian daripada dugaan hidup kita. Banyak lagi sketsa yang bakal kita hadapi berkaitan dengan niat ini. Jadi, sama-samalah kita berdoa agar Allah kekalkan niat kita dan terima segala amal kita sebelum ini.

Wallahu a'lam..

Saturday, April 02, 2011

Seminggu Kangar berendam air


Bismillahirahmanirrahim..dengan ilham dari-Mu saya menulis..

PENDAHULUAN

Hari ini. Sudah hampir seminggu pekan kangar berendam dalam air. Tidak diduga hujan turun tanpa henti bermula hari isnin petang sehingga rabu pagi. Kemudiannya cuaca tidak menentu. Adakala hujan renyai, lebat dan mendung. Sekali dua sahaja langit menampakkan kebiruannya (cuaca cerah tanpa hujan). Walaubagaimanapun saya rasa syukur kerana pada kali ini tidaklah seteruk banjir tahun lepas.

Kangar berendam

Masjid Alwi antara tempat ketara banjir


Sebelum ini..

"datang perlis je panas..dah la tak hujan.."

"mai peghelih ja panas.."

"Perlis tempat paling panas.."

dan macam-macam lagi kata orang.

Bila terkeluar sahaja kata-kata sedemikan dari mulut sahabat saya, terasa benar. Sudah la tingggal di Perlis. Aduh, nak jawab susah sebab ia merupakan satu realiti - Perlis negeri panas dan kerap tidak hujan. Yang mampu terjawab hanyalah - "itu kuasa Allah nak buat camna.."

Tapi, bila hujan turun pula..

"Perlis nie kalau dah hujan tak berhenti pula..."

"susahla camni, bila baju nak kering kalau hujan tak berhenti.."

"Peghelih ni kalau dah panas, panas betul tapi bila hujan tak berhenti pula.."

Itulah sedikit lontaran orang ramai. Kuasa Allah sapa nak diduga. Tapi itulah mulut manusia, tidak pernah berasa syukur apa yang berlaku.

PENGALAMAN MENARIK

(guna loghat perlis sikit noh)..

Kesempatan. Itulah perkataan yang paling sesuai diungkapkan bila ayaq naik. Pakat habih semua keluar rumah pi tengok bah. Tak kira la mangsa ka, orang muda ka, orang tua ka pakat habih keluar rumah. Tapi cara ja berlain. Mangsa keluar rumah ada sebab. Sebabnya memang terpaksa keluar rumah. Tapi orang lain yang tak kena mengena jadi mangsa juga teringin nak keluaq rumah. Termasuklah saya. Yang peliknya bah Kangaq kali ni walau tak teruk macam tahun lepas, ayaq lambat surut berbanding tempat lain kat Perlis ni. Sikit, sikit tapi mai hari ni, cepat pula surut. Banyak pula surutnya. Memang ujian katakan.

Daripada banyak-banyak pengalaman yang seronok ialah pada hari jumaat - hari ke-3 tak silap kangaq tengelam. Fuh, pi kayuh basikal 3-4 jam. Mula dari pukul 8.30 sampai la 12 tengah hari baru sampai rumah balik. Letih, penat, lesu semua ada. Trek perjalanan pun agak jauh - padang katong-jalan sek derma-sek syed hasan-raunbot besaq kangaq-behor pulai(mak cik madziah's house)-seriab-pengkalan asam-hospital-padang katong. Jauh betul. Dah la pertama kali buat camni. Memang pengalaman.

tempat bermulanya jelajah ayaq bah

Bergambar seketika

berehat sebentar kumpul tenaga

Dah 3/4 berkayuh gerek, tetiba tayar belakang pancit pula. Jenuh berjalan kaki sementara belum jumpa kedai gerek di hadapan. Yang tu pengalaman agak terasa. Walaupun satu gerek ja rosak tapi semua pakat nk merasa jalan kaki bersama.

PENGAJARAN

Bagi saya, apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Janganlah kita berasa syukur pabila tiada ujian menimpa. Biarlah syukur terus dipanjangkan tanpa berhenti sekejapp. Satu lagi, pengalaman lebih bernilai daripada wang ringgit. Sukar untuk menilainya. Sekali dapat sukar dibuang dan dijual beli.

Dengan kesempatan ini juga saya merakamkan terima kasih kepada Akhi Salman Sukri yang sudi datang join jelajah ini. Tak lupa juga Akhi Hazmin Zolkapli yang sudi bersama. Dan semua ahli-ahli jelajah bah perlis bermula hari khamis-sabtu (haha..buat sendiri ja nama ni) :Amin, Nabil Nordin, Salman Sukri, Suhaib Zahir, Hazmin Zolkapli, Muaz Kadir, Muhaimin Abrar dan Danial (Enon). Kepada keluarga Pak cik Hamid juga tidak lupa kerana sudi bersembang sejenak (Pak cik Hamid, Mak cik Madziah, Hazwan dan Hamdi)

Ziarah akhi Solihin hari ini

Sekian saya sudahi dengan satu persoalan untuk kita bersama..Banjir perlis - Bala atau Bencana?

Kegembiraan dalam kekhilafan..Maaf SAAT tak dapat berkhidmat lagi..


Wassalam..