Bismillah. Alhamdulillah.
SUATU KETIKA DAHULU
Masa di sekolah menengah. Saya pernah terfikir bila masanya saya akan dapat menjelajah ke setiap negeri di Malaysia. Hitung punya hitung, tidak dapat jawapannya. Susah sebenarnya nak menghitung dan merancang semua ini. Apa tidaknya, punca atau assabab penjelajahan tidak ada. Hendak dikatakan ziarah adik-beradik atau saudara-mara, semuanya ada berada di negeri-negeri utara. Perlis-kedah-perak. Jadi, asyik-asyik main pusing dalam negeri-negeri itu sahaja. Erm. Kalau dah ada jauh sedikit, adalah di Selongor. Tu pun tidak kerap ke sana. Jika dinisbahkan dengan kesemua jari yang ada di tangan, pasti tidak penuh.
ALLAH MAHA PERANCANG
Perjalanan yang sungguh mengajar pelbagai erti. Susah senang bersama. Sebuah perjalan yang pada mulanya ada ujian dan diakhiri dengan ujian juga. MasyaAllah. Subhanallah.
Sebelum penjelajahan bermula, Allah uji dengan sedikit kemalangan jalan raya. Walaupun tidak melibatkan nyawa, tapi mempengaruhi beberapa masalah teknikal. Maksudnya dari segi masalah kewangan dalam membiayai kerosakan yang dihadapi di bahagian hadapan kereta (Unser). Itulah ujian pertama kami dapat sebelum melangkah kaki. Terpaksa kami 'delay' sehari perjalanan kerana kenderaan di masukkan ke 'wad'.
Hikmah : Mungkin hikmahnya untuk lebih bersedia membuat persediaan. Dan mungkin Allah nak mengajar kami erti Qada' dan Qadar-Nya. Walaupun baru sehari sahaja servis kereta tapi apabila kuasa Allah kata nak jadi, maka jadilah.
Itu baru sebelum perjalanan. Setiba di Johor pula, satu lagi ujian adalah dari segi kewangan. Saya selaku bendahari jaulah cukup rasa bersalah. Sedangkan duit yang dikumpul oleh setiap ahli jaulah sudah separuh habis dengan minyak dan tol. Apa yang merisaukan kami, perjalanan kami bukan sekadar itu. maksudnya pulang semula ke tempat asal melalui jalan sama tetapi 'jalan lain' dengan melalui pahang.
Hikmah : Mungkin Allah ingin mengajar erti keyakinan kepada-Nya dengan sebenar-benarnya tetapi dengan syarat berusaha.
Takdir Allah buat kami adalah di penghujung jaulah. Setiba di MATRI, Perlis. Waktu ketika itu tengah malam, tanpa memikirkan apa-apa, kami terus berehat di Musolla. Pada keesokkan harinya. Allah izin pintu kenderaan terkunci dengan kunci di dalamnya. Ikhtiar punya ikhiar tidak berjaya. Sampai 3 kedai (mekanik+kunci) telah dicari di sekitarnya. Hendak dikatakan Allah permudahkan, Allah hantar seorang ustaz di MATRI yang ada sedikit kemahiran berkaitan itu. Tidak sampai seminit telah berjaya dibuka. Alhamdulillah.
Hikmah : Mungkin Allah ingin sekali lagi mengajar erti tawakal tanpa usaha, sia-sia dan usaha tanpa tawakal, rugi. Apa yang Allah hendak kami pelajari adalah usaha + tawakal = untung.
Walaupun perjalanan itu pelbagai rintangan yang mendatang, tapi banyak pengetahuan yang ditimba. Bukan sekadar ilmu duniawi bahkan ilmu ukhrawi.
credit to : Ikhwan Nasri (Masul), Umar Hanif Jamalludin (Setiausaha), Muhamad Suhaib Ahmad Zahir (Bendahari), Ammar Abu Kasim (driver/pilot), Hasan Salimi Zarullail dan Azhar Hilmi Mohd Fadhil..
..dan semua yang turut terlibat secara tak langsung ya.
Ni antara post sahabat jaulah kami,
Kesimpulan yang dapat saya buat adalah:
- Saya secara tidak langsung berjaya memburu cita-cita duniawi ini untuk cuba menjejak kaki di seluruh Malaysia (walaupun Melaka hanya sekadar lalu sahaja namun hakikat Melaka pernah saya sampai sewakt kecil dulu tetapi tidak ingat).
- Saya dapat berjumpa dengan teman-teman se'batch' yang dahulu sama-sama belajar di MATRI. Walau tidak semua tapi cukup bermakna.
- Bukan sekadar perjalanan yang kosonng tetapi diselangi dengan Tarbiyah yang cukup indah.


































