PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Wednesday, January 19, 2011

Perjalanan Anak Utara ke Timur



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

sudah sekian lama blog nie aku biar terusang..
jd hari aku nak buat gotong royong skit tuk bersihkan sawang2 yg semak dalam blog nie..
dengan apa??

Hah..jom ikut...

First, nak ajak sama2 merafa' dan bersyukur kepada Allah..
sbb masih lagi Dia izinkan penulis utk menulis laman ini..memang agak berat..
diri nie bukanlah sehebat penulis blogger yang lain..just tulis utk jadikan kenangan diriku dan perkongsian buat semua (klu sudi la..)

Dengan izin kesempurnaan pancainderaan dapat lagi kita menulis, mendengar, melihat dan beramal. Mudahan amal kita dikira oleh Allah..Utama dan Sewajibnya bersyukur kerana Dia masih lagi memberi nikmat IMAN dan ISLAM..di samping nikmat penting yang lain berSAHABAT kerana-Nya dan KEFAHAMAN tentang Islam..

InsyaAllah kali ini penulis nak tulis pengalaman selama 26 hari di negeri orang. Hari Sekadar intro saja. Matlamat pengembaraan adalah untuk menyertai kursus jatidiri dan kesukarelawanan(JDK) Zon Timur pada tarikh 25 Disember 2010 - 15 Januari 2011 anjuran HALUAN dengan kerjasama JAKIM dan KTD.

24 disember 2010


Hari itu merupakan detik permulaan diri hamba mengorak langkah ke negeri orang..Hari itu juga merupakan hari ke-4 aku selepas menamatkan SPM..Perjalanan hamba yang tinggal di nun hujung utara ketika itu mula bergelar perantau bermula pada jam 9.15 pagi hari Jumaat. Bersamaku ditemani 2 orang sahabat sesekolah (Hazmin dan Safuan). Pejam celik pejam celik mata..berhenti bergerak berhenti bergerak bas dah sampai Ipoh. Jam di henset pula menunjukkan jam 3 petang. Turun saja dari bas, Syahmi telah menyambut kami(Huh..agak terharu..bertuah dapat sahabat cmni...). Tapi ada kesiannya..sahabatku, Syahmi Ibrahim tunggu kami sekian lama bermula dari selepas solah Jumaat (maaf Syahmi noh..bas sampai lambat). Kami pun dijemput oleh Pak Cik Ibrahim untuk berehat di rumahnya di Simpang Pulai. Sampai rumah dia kami pun kumpul tenaga sikit walaupun aku tahu tenaga dikeluarkan hanya sekadar bertahan dan menutup mata dalam bas. Itulah perhentian pertamaku sebelum berangkat ke negeri pantai timur, Terengganu.

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Aku dan sahabat2ku telah bersiap untuk meneruskan musafir. Kali ini telah samakin bertambah dari 3 kepada 5 orang (Syahmi dan Abd Rahman turut menyertai). Bas Persatuan dijadualkan pukul 10 malam. Driver bus menjalankan tugas seperti yang ditetapkan. Kami pun berehat dengan sepuas-puasnya (huh..nikmat) dalam bas sebelum bas berhenti di Jertih jam 4 pagi.

"Jertih..Jertih..Jertih.." kedengaran suara dari seseorang melaung menyebut satu tempat di Terengganu. Itulah tempat yang Pakcik Zukri suruh kami berhenti.

Aku pun menyelup henset dari seluar untuk hubungi Pak Cik Zukri (kata Abg Ali Irfan beliau yang incharge bahagian pengangkutan untuk kursus JDK Zon Timur..)

"Skrg dah sampai Jertih..napa nampak gelap ja..tak da tempat rehat elok skit ka.." Suara dari mulut tertanya-tanya kepada sahabat2 sekeliling.

Beberapa ketika..

"Suhaib, jom jalan2 cari port elok skit untuk kita.." Syahmi mengeluarkan cadangan untuk mencari tempat yang lebih sesuai daripada bertengek di tepi jalan.

Aku pun setuju dan ikut jalan2 dengannya di sekeliling kawasan tersebut. Sahabat2 yang lain duduk di tepi jalan menjaga beg kami semua. Bangunan di situ semuanya gah2 belaka (dari perlis la..). Tapi aku masih pelik..ada bangunan yang terpapar nama Jertih dan ada juga Besut. Fikiranku tertanya2..apa kaitan besut dan Jertih..?? Pening..(dah la datang dari pelusuk utara..huhu)..Apa yang penting tujuanku mesti sampai ILIM besut...

Tak lama kemudian tempat yang paling sesuai telah jumpa..iaitu masjid (nama diberi Masjid Hadhari). Kami pun bergerak ke situ..Selepas beberapa minit berehat bersembang di bangku batu masjid sebuah Avanza muncul. Keluar seorang pak cik datang menghadap kami. Rupa2nya itu Pak Cik Zukri yang kami selalu hubunginya.

Masa pantas berlalu..kami ditempatkan sekejap kem bina negara Kluang, Terengganu..Kata pak cik di Tganu, ILIM Besut boleh mula masuk pukul 8 pagi..jadi, terpaksa la duduk berehat di surau di situ.

"Ttrrr....Trrrrrr" getaran hensetku menandakan ada panggilan masuk. Afiq Khairuddin namanya.

"..Wslm..ang kt ne...?? Bila nak smpai..ang call Cg Zukri bg tau kata ang dah sampai.." Aku membalas.

Beberapa lama kemudian Afiq sudah bersama kami..Nampaknya bilangan dari 5 bertambah menjadi 6 orang. Maksudnya orang utara dari MATRI lelaki dah berkumpul bersama..Kami bersama solah Subuh di surau tersebut. Terkejut aku, lepas saja panggilan azan sorang demi sorang insan yang dikenali muncul...Abg Ali Irfan..Faizuddin..Abg Iqbal..dan ramai lagi(tak larat nak tulis semuanya)..Ohh..rupanya semua pakcik2 dari Kuala Terengganu dan Kelantan berkumpul di situ dulu..Selepas saja Solah Subuh berjemaah semua beransur pergi..kembalilah menjadi kami ber6..huhu..terpinga-pinga tak tau buat apa..

25 Disember 2010

Hari masih gelap..perlahan bertukar cerah..matahari mula menampakkan sinarnya..Kami masih bersendirian di surau..Selepas kemasan diri selesai..kami pun mula berjalan sekeliling surau..kedengaran angin dan bunyi ombak serpih kedengaran..tandanya kami berhampiran pantai..(semuanya seronok). Perlahan keluar pintu pagar menuju bunyi tersebut..Indah benar pantai di situ..Malang tak berbaur..Musim kengtujh katakan..kuat sungguh ombak di situ..Apa yang mampu buat sekadar bergambar..



Jam dr 8 pagi perlahan-lahan bertukar kepada 9 pagi..Perut masih kosong tak diisikan makanan sejak 12 jam lalu (akhir makan di rumah Syahmi ketika makan malam)..Dengan harapan ada rezeki..

Tiba2 muncul sebuah kereta Naza bergerak menuju ke surau kami diami..Seorang pak cik(namanya Pak Cik Muslim) keluar berjumpa kami..

"Nie nak pergi mana..??" Pak Cik Muslim bertanya.

"ILIM, Besut.."

"Jom ikut pak cik..3 orang dulu..yang lain kemudian.."

Aku, Hazmin dan Syahmi terus menawarkan diri sebagai 3 orang pertama..Alhamdulillah..kami dapat ikut pak cik yang datang dari Kelantan.

Akhirnya kakiku jejak juga di ILIM, Besut..


bersambung....(tak larat tulis dah..nanti sambung)


P/s=sekadar diari utk penulis..Maaf klu agak serabut noh..

Sunday, August 29, 2010

Saya katakan 'PAUSE' !!~

Assalamualaikum semua..rasanya dah lama jari ini tak menyentuh 'keyboard' dengan tujuan menulis post dalam laman ini. Oleh itu, saya minta maaf banyak-banyak kepada semua. Alhamdulillah Dia memberi lagi keizinan untuk hidup dengan tujuan memperhambakan diri kepada-Nya.



Eh, simbol apa ini? 'Pause'. Ya, benar ini ialah simbol 'pause'. Kenapa saya gunakan simbol dalam post kali ini? Inilah simbol yang saya rasa paling sesuai untuk saya letak dan persembah kepada ANDA. Sebab simbol ini ialah satu simbol yang membawa maksud 'berhenti sekejap'. Ini bukan bermakna saya tidak lagi menulis tapi hanya sekadar melapangkan fikiran dalam beberapa masa untuk tujuan lebih besar. Apa itu? Apa lagi kalau bukan SPM..

Mungkin sesetengah pihak berpendapat bahawa dengan menulis di laman blog dapat membantu dalam mengisi masa yang terluang. Betul, itu yang saya rasa. Tapi dalam memikir keutamaan yang mana perlu diutamakan, saya rasa ada perkara yang lebih besar dan utama. Lagipun saya ini bukan tergolong dalam golongan yang intelek secara azali. Jadi, saya perlulah membuat lebih persiapan untuk menghadapinya. Kadang-kadang, apabila diri ini menghadap ke komputer, ada saja perkara yang ingin dilakukan. Baca artikel, berita, menulis dan sebagainya. Aduhai diriku sering terleka ini.

Tapi apa-apa pun, saya katakan kepada ANDA saya akan terus kembali menulis selepas saja peperiksaan SPM tamat. Insya-Allah, laman ini akan berwajah baru dan lebih kehadapan. Doa-doakan saya ya. Hehe..Mudah-mudahan menjadi realiti dan kenyataan.

Dengan kesempatan bulan Barakah ini, saya ingin meminta maaf andai saya tak mampu buat yang terbaik. Rebutlah peluang yang ada dalam Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. Sekarang, kita telah masuk fasa 3. Sama-samalah kita beramal dengan penuh pengharapan. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat, maghfirah dan taqwa yang dijanjikan itu.

Akhir kalam, doa-doakan saya agar mendapat kejayaan dalam mengharungi medan perjuangan yang bakal tiba. Lebih utama untuk kejayaan dalam mengharungi ujian dunia yang penuh fana ini.

Selamat Tinggal DESTINASI BARU.

Wassalam..

Tuesday, March 16, 2010

Takdir buat mereka


Perjuangan menuntut pengorbanan

Jiwaku kembali memaksa untuk diriku ini untuk menulis semula. Walaupun sudah 3 bulan saya meninggalkan medan ini, tetapi kali saya cuba untuk menulis. Apa yang menolak untuk jariku kembali menekan ‘button keyboard’ disebabkan tentang suatu peristiwa. Sebelum itu saya ingin terlebih dahulu mengucap alhamdulillah kepada Allah kerana dengan izin Dia dapat lagi saya menghantar post ke laman ini. Tiada lagi tempat yang selayaknya saya lafaz syukur selain kepada-Nya, Pencipta Alam dan isinya. Sudah pasti, mesti ada diantara pembaca blog telah dan sudah mendengar cerita tentang peristiwa kemalangan yang menimpa dua orang sahabat kita iaitu saudara Muhammad Suhaib b Muhd Shapiee dan saudara Afdholul Rahman b Che Ani. Bagi saya inilah peristiwa yang cukup menyedihkan. Tanggal 14 Mac 2010 merupakan hari buat mereka. Dengan sedikit ruang ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita dengan anda.

Awal pagi, lingkungan jam 4 pagi di Eagle Park Resort & Spa. Masa ini kami, para peserta kem ProActive Leader Retreat atau nama ringkasnya ALERT 1 ada satu sesi yang dinamakan ‘Counter-strike’ yang telah dikendalikan oleh Akhi Suhaib Shapiee dan sahabat-sahabatnya. Ceritanya bermula di sini…

“Bangun!! Bangun!!”.

Suara memanggil untuk kami untuk melawan nafsu tidur kedengaran. Itulah suara abang-abang fasi kem kami. Mataku tetap liat untuk membuka. Kedengaran suara itu kembali memanggil. Saya duduk buat beberapa ketika sebelum berdiri dan melangkah ke bilik air. Sedang saya membersihkan diri ala P. Ramlee, satu suara memanggil. Kali ini bukan lagi ‘bangun’ tetapi kiraan. Suara itu berbunyi, “Dalam kiraan 20..19..18..17..” sehingga angka satu. Apabila saya keluar dari bilik air, suara memanggil itu ialah suara abang Suhaib Shapiee. Bagi saya, pagi itu dialah banyak memainkan peranan dalam sesi ‘conter strike’. Kelihatan wajahnya paling ceria berbanding dengan abang-abang yang lain. Beliau kelihatan bersungguh-sungguh dalam menyemarak dan membakar semangat kami semua. Entah kenapa.

Masa untuk kami dirikan solah Subuh hampir tiba. Kami diberi masa untuk persiapan diri. Selepas solah, kami ada sedikit tazkirah dari kalangan peserta. Tetapi mata peserta kem keletihan dan sebahagian sudah terpejam rapat. Dengan itu, abang Suhaib mencuri sedikit masa untuk membuat satu aktiviti bagi melawan nafsu tidur manusia. ‘Konji-konji, ca-ca’ namanya. Saya pelik. Sebelum ini sejak beberapa kem yang saya lalui tidak pernah dengar nama permainan ini. Aktiviti ini cukup menyeronokan dan berjaya melawan keinginan tidur peserta. Itulah kali terakhir saya menatap wajah dan suaranya.

Masa terus berlalu, tiba pula masa untuk kami mendengar ceramah UAHO (Us Abdul Hadi Osman) yang telah dipengerusi oleh Faizuddin dari SMAKL. Sekian lama telinga dipasang untuk mendengar, mata tidak dapat untuk bertahan. Sedikit demi sedikit mata dibuai dalam khayalan. Pabila melihat keliling, hampir semua nasib seperti saya. Mungkin disebabkan aktiviti pagi tadi yang banyak menggunakan tenaga. Saya cuba untk melawan tetapi gagal. Selepas sudah sesi tersebut, kami diberitakan tentang kemalangan telah menimpa dua orang sahabat kami. Selepas itu, ada seorang sahabat saya berkata, “tadi ana ada pi bilik air masa ceramah, ana terserempak dengan abang Afdhol dan abg Suhaib siap-siap nak naik kereta AY”. Memang betul cerita itu. Selepas itu, ada seorang abang berkata mereka keluar untuk membeli gula-gula untuk para peserta kerana peserta terlalu mengantuk. Lagipun di situ sumber air tidak cukup. Jadi, mereka dengan rasa sensitif ambil resolusi untuk keluar beli gula-gula.

Saya terus bersedih dan masing-masing terasa bersalah. Tidak siapa menyangka mereka kemalangan disebabkan pengorbanan dan niat murni mereka terhadap kami. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka dalam menempuhi ujian ini. Saudara Afdholul sekarang dalam keadaan trauma dan tertekan manakala saudara Suhaib Shapiee masih dalam keadaan cedara parah yang menyebabkan mata kirinya tidak dapat berfungsi, rahangnya rosak, wajahnya membengkak dan bernafas dengan alat bantuan pernafasan. Kini ,beliau masih di dalam bilik rawatan rapi Hospital Tengku Fauziah, Kangar. Alhamdulillah kelmarin petang, ana dapat menziarahi beliau dan sungguh mengejutkan dengan perbezaan wajahnya dengan wajah asalnya. Sehingga ketika saya masuk dalam wad ICU itu untuk ziarah, saya tercari-cari dimana tempat Akhi Suhaib, rupa-rupanya disebelah saya saja. MasyaAllah saya ucapkan. Tak tergambar sampai begitu sekali. Moga Allah Rahmati dan meredhai mereka berdua.

Inilah dikatakan TAKDIR, tidak ada siapa yang menginginkan dan menghendakinya dan tidak siapa pun yang mampu menolaknya.

Akhir kata, sama-sama kita menDOAkan kepada sahabat kita agar mereka tetap tabah dalam menempuh ujian ini. Memang benar bahawa setiap perjuangan ditempuhi dengan kesusahan dan kesukaran. Dan setiap perjuangan dituntut dengan pengorbanan. Itu pengorbanan mereka dan dimanakah pula PENGORBANAN kita? Tenangkan fikiran, tanyalah iman..

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa mereka. Berikanlah kepada mereka(Akhi Suhaib dan Akhi Afdholul) ketabahan dan kekuatan untuk mereka menempuhi ujian yang berat ini. Kuatkan ketabahan dan semangat kepada ahli keluarga mereka. Semoga mereka tergolong dalam golongan orang yang beruntung dan orang yang berjuang di atas jalan-Nya...Ameen.”

Dari kiri: Akhi Suhaib dan Cikgu Saiful


Kenderaan yang mereka naiki remuk teruk


Wallahu A’lam..

untuk bacaan tambahan, klik di sini.

Sunday, December 20, 2009

Begitukah?

Menjelang abad ke-21, masyarakat dunia makin sibuk dengan kerjaya masing-masing. Bagi remajanya pula sibuk dengan mencari kenalan di laman sesawang yang pelbagai jenis dan bentuk seperti Facebook, Myspace, Friendster, Tagged dan sebagainya. Buat mereka yang dirasuk dengan laman seperti ini, sudah pasti memberi alasan untuk memudahkan berhubung, berkenalan dan sebagainya. Tapi ada kalanya ia boleh disifatkan sebagai satu perkara yang tidak berfaedah. Semuanya bergantung pada tuan punya badan itu sendiri. Masalah yang timbul sekarang, bolehkah bagi seseorang individu Muslim berhubung dengan bukan muhrimnya tanpa sebab? Berapa banyak lagi yang ingin diketahui buatnya akan orang dalam kenalan? Sehingga soal peribadi pun diluahkan begitu saja. Inilah persoalan-persoalan yang perlu kita tanya pada benak fikiran kita.

“Hang tak buat ………(mana-mana laman) ke?”
“Buat apa nak buat?”

“Boleh berhubung dengan kenalan baru..”

“Kenalan baru sama spesies(jenis) ke tak?”

“Dua-dua pun boleh..”
(Fenomena 1)

“Hang tak buat ni rugi oww..boleh kita tahu dia ni sapa..”-menunjuk kepada bukan muhrim.
“Bukan tak boleh ka kita berhubung?”
“Alaa..bukan lebih-lebih pon..sembang besa-besa ja..tak dak apa-apa la..”
(Fenomena 2)

Berdasarkan kedua-dua fenomena di atas, ia menunjukkan seorang individu ingin mempromosikan laman sesawang untuk kenalan kepada kawannya. Mungkin kawannya itu seorang yang berhati-hati dan tidak mengikut secara terburu-buru. Apa yang boleh kita lihat, masyarakat sekarang hanya mengetepikan soal agama iaitu berhubung dengan lain muhrim (jantina). Inilah yang terjadi pada era globalisasi ini. Tidak mustahil ada juga yang memahami agama yang mengikuti laman sesawang seperti ini. Tetapi bagi mereka, tujuan menyertai laman sesawang seperti ini adalah untuk memudahkan interaksi dan komunikasi sesama kawan atau kenalan terhadap sesuatu perkara sambil tidak mengetepikan soal muhrim ini. Cuba anda baca ayat Allah ini;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah, 216

Apa yang anda dapat? Jika tanya pada saya jawapannya ialah tidak semua perkara yang kita suka Dia (Allah) suka. Samalah dengan berhubung dengan bukan muhrim tidak kira di laman sesawang atau di ym. Semua perkara itu seronok buat kita tetapi adakah Allah sukakannya? Tepuk dada tanya iman.

Habis itu, dalam Islam berhubung (berinteraksi) dengan lain jantina tidak dibenarkan? Ya, tidak dibenarkan. Mengapa? Kita berbalik kepada ayat al-Quran:

“..Janganlah kamu mendekati zina..”

Cuba kita hayati sedalam-dalamnya, sungguh kasih Dia kepada hambaNya sehingga memberi nasihat dan peringatan akan perkara yang boleh membinasakan kehidupan kita. Dimanakah berlaku perzinaan melainkan dengan perhubungan terlebih dahulu. Fikir-fikirkanlah! Oleh itu, untuk mengelakkan daripada sebarangan perkara yang disifatkan haram dalam Islam maka syara’ telah meletakkan bahawa hukumnya haram untuk berkenalan dengan bukan muhrim. Ia berdasarkan dalil yang mengatakan pembuat arak akan berdosa sama dengan peminum arak. Dengan itu, bertepatanlah bahawa berhubung, berinteraksi atau berkomunikasi dengan bukan muhrim dikategorikan sebagai zina hati.

Susah la jika begitu seorang ustazah yang ingin mengajar anak muridnya lelaki. Tetapi Islam itu mudah, maka Syara’(syariat Islam) telah meletakkan beberapa masa sahaja untuk berinteraksi antaranya;
• Semasa belajar dan mengajar antara murid dan guru
• Semasa berurus niaga antara sang pembeli dan penjual
• Urusan berkahwin
• Semasa penyelarasan maklumat semasa perbincangan tentang program
Dan sebagainya.

Insya Allah setakat inilah perkongsian dari saya.
Mudahan anda mendapat sesuatu darinya.
Wallahua’lam..