PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Wednesday, January 26, 2011

Hari pertamaku mengajar


Hari pertamaku menjadi guru

Dengan nama-Mu saya menulis..

Hari ini, 26 Januari 2011. Saya mula mengajar di sebuah sekolah agama di Changlun, Kedah. Memang benar penat hati ini rasa. Apatah lagi tubuh badan, letih yang mampu diungkapkan. Bukan apa, melayan karenah pelajar sekolah rendah yang bersifat keanak-anakan. Mengawal suasana kelas, menahan karenah pelajar, berinteraksi dengan mereka, menyerasikan diri dan sebagainya perlu dititikberkan. Jika tidak harulah pelajarnya. Bukan mudah sebenarnya menjadi guru. Memang saya benar-benar respect bagi mereka yang sanggup korban kehidupan demi menjadi guru. Bayangkanlah, pelajarnya yang sukar 'duduk diam'. Sebentar ke sana, sebentar ke sini. Tambahan pelajar rendah bawah atau digelar tahap satu. Aduh, letih dan penat. Tapi alhamdulillah, saya hari ini hanya diberi tugasan mengajar pelajar rendah atas (tahap dua). Jika diperhati. nampaknya pelajar perempuan lebih matag daripada pelajar lelaki. Bukan perlekehkan lelaki tetapi realiti. Walaupun diberi tugas untuk mengantikan guru bagi rendah atas, saya juga diminta untuk menolong mengajar pelajar yang 'lambat' dalam mempelajari Al-Quran. Yang itu, saya letih sedikit kerana dapat pelajar tahap satu. Faham-fahamlah dengan karenah mereka.

Tetapi, sedikit kekuatan dan himmah terasa apabila seorang murabbiku berpesan, Ustaz Muhtad selaku mudir di situ memberi kata-kata semangat. Antara kata-katanya,

"Ana teringat kata-kata bekas mudir kita (MATRI), Almarhum Al-Fadzil Ustaz Dahlan Mohd Zain, Jadikanlah sekolah sebagai Mehrab dan mengajar dan belajar sebagai Ibadah.."

Sekolah sebagai Mehrab

Jika direnung dengan benar-benar faham, terdapat seribu satu makna tersirat. Jadikan sekolah atau tempat mengajar sebagai Mehrab Ya, kita haruskan jadikan ia sebagai tempat Ibadah (Mehrab). Di situlah peluang yang cukup banyak untuk kita jadikan segala amalan sebagai amal kebaikan yang diredhai oleh Allah.

"Di situlah (sekolah) kita jadi ayah dalam merungkai masalah hati, di situ juga kita jadi mu'alim dalam mencurahkan ilmu, di situ juga kita jadi murabbi dalam memberikan didikan dan di situ juga kita menjadi qa'id dalam melaksanakan rancangan tarbiyah.."
-Ustaz Muhtad Yusoff-

Mengajar dan belajar sebagai Ibadah

Menurut katanya lagi, jika ingin kerja kita mengajar dan belajar sebagai Ibadah mestilah memenuhi perkara tersebut:

1. Menutup pintu fitnah.

Maksudnya di sini, dalam konteks kita sebagai guru, tatatertib dan perspektif orang terhadap guru harus diambil berat. Apakah terjadi jika kita sedang kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar sama dengan kawan atau rakan sebaya? Sudah tentu para pelajar mudah memainkan dan tidak menghiraukan kita.

2. Menyelitkan dalam pengajaran dengan unsur tarbiyah.

Ini juga perkara yang tidak mudah untuk kita sebagai guru aplikasikan dalam masa pengajarannya. Tetapi perlu disedari bahawa inilah elemen yang terpenting dalam membentuk manusia yang berkeperibadian mukmin muslim yang sebenar. Dalam pengajaran seharusnya kita menyelitkan juga tentang kefahaman Islam yang syumul. Dalam aktiviti yang dilakukan misalnya harus diselitkan dengan pengajaran yang boleh dikatkan dengan Islam. Biarpun aktivitu itu kelihatan simle dan 'kosong' tetapi tersirat dengan 1001 pengajaran bermakna yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Begitu juga dalam mengejar silibus pengajaran yang bertimbul. Cuba selitkan dengan Rabb Yang Maha Kuasa.

Mungkin sekadar itu dahulu saya coretkan dalam post ini. Mudah-mudahan mendapat pengajaran yang bermakna buat pembaca dapat sama-sama praktikkan dalam kehidupan..

Semasa pembarisan dan perhimpunan sebentar di waktu pagi

Pertandingan kuiz Al-Quran

Fitri yang sedanag mengajar pelajar permulihan

Di dalam kelas Al-Quran

Turut mengajar di Sekolah Agama Attoyyibah: Azhar hilmi, Syahmi Ibrahim, Al-Bashir dan Fitri Zakwan.

Wallahu a'lam..

Maafkan aku ummi ayah


Kemaafan dipintu

Bismilahirrahmanirrahim..

Dengan nama-Mu saya menulis

Alhamdulillah, Allah masih lagi mengizinkan lagi saya untuk menulis di laman yan tidak seberapa ini. Hari ini, saya tidak lagi berada di rumah. Jika di sana, saya sering bermain, mengusik, melawak dengan adik-beradikku. Tapi hari ini semua tidak bisa lagi. Saya telah berada di tempat yang lain buat diriku. Sebuah sekolah di Changlon, Alor Star, Kedah Darul Aman. Saya telah dicadangkan untuk berkhidmat di situ oleh sahabat saya. Walaupun ia hanya sekolah agama sahaja, ia pasti membawa kesan kepada diriku. Sekarang, saya tidak lagi bersama keluarga tercinta dan adik-beradik yang dirindui. Semuanya di sana dan saya di sini.Dan saya tidak lama lagi akan memulakan hari pertamaku untuk berkhidmat.

Bersama teman-teman

Setiap yang berlalu pasti membawa kenangan masa lalu. Suka duka telah diharungi. Indah, ceria, masam dan manis sudah pun dirasa. Dan situlah terletak kenangan, pengalaman dan coretan kehidupan diukir. Setibanya saya di sekolah ini, saya teringat dan terimbau kebersamaan bersama keluarga terutamanya ummi dan ayah. Mungkin itu adalah lumrah kehidupan. Bersyukur terasa pada yang tiada dan penyesalan pada yang ada.

Kadang-kadang, saya menyepi keseorangan di sini. Teringat perbuatanku yang dahulu kepada mereka yang bergelar ummi dan ayahku. Rupa-rupanya, pelbagai kesilapan dan kesalahan telah saya buat kepada mereka. Kenapakah kerana amarah dan perasaanku itu mengikut nafsu, aku tidak dapat mengawal perbuatan mulut kepada mereka? Kenapakah kerana sedikit kesalahan mereka bagi pandangan, aku melontarkan tuduhan? Apakah benar aku lakukan itu? - Ya, itulah persoalan yang kini aku rasakan. Nafsu tidak pernah berhenti mendidik ke arah kepuasan. Hanya jasad dan roh manusia sahaja yang tidak dan sukar mengawalkan nafsu untuk ditunduk. Tidak dinafikan, ada antara perbuatan kita benar tapi sering dipersalahkan jua. Jiwa kita mahu kebebasan dan kebenaran. Tapi apakah yang mereka lakukan juga salah? - Terdetik hati ini dalam memperihalkan persoalan tersebut. Tidak, bagiku mereka pasti ingin yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sebenarnya mereka pandang kita lebih mendalam dan jauh. Mereka tidak mahu anak-anak merka kecundang di tengah perjalanan kehidupan yang penuh fana dan halangan ini. Kerana itulah mereka sanggup menegur, menasihati, memarahi dan mengisyaratkan larangan dalam mendidik anak-anaknya. Cuma anak-anak sedar ataupun tidak.

Sekarang, diri ini menyepi. Barulah saya mengetahui. Apa yang telah mereka lontarkan dan berikan kepada saya -nasihat, teguran dan pelbagai lagi cara adalah untuk mendidik saya. Dan saya yakin, begitu juga dengan anda. Memang sebelum ini saya memahami hakikat tersebut, tapi kali ini lebih mendalam dan menjiwai. Semuanya yang mereka lakukan merupakan mutiara kasih buat diriku. Walaupun saya memarahi dan menengking mereka, sesekali tidak mereka membalasi perbuatanku itu. Kesabaran sahaja yang kelihatan. Sukar untuk mereka menggambarkan perasaan yang sedang mereka rasai. Hanya hati dalaman mereka yang mencoretkan luahan perasaan yang terpendam buat mereka yang bergelar ummi dan ayah. Mereka bersabar melihat karenah anak-anak termasuk saya. Disebabkan itu saya sering mempersalahkan mereka. Hakikatnya diri inilah yang sebenarnya harus dipersalahkan.

Maafkan aku UMMI AYAH...

Ummiku tercinta

Ayahku dirindui

Wallahu A'lam

Coretan hati dari anakmu.

Sunday, January 23, 2011

Seketika bersama

Hari yang indah

HARI ini, aku seketika bersama sahabat2..Alhamdulillah aku lafazkan..Walaupun pelbagai rancangan yang dirancang tak dapat dilaksanakan..Aku merasakan satu pengalaman yang agak mentertawakan diri dan mencuit hati aku keseorangan..

Jam 8.30 pagi hari ini..entah bagaimana aku terdetik mengajak sahabat2 aku yang tinggal luar Perlis dan kini mereka sudah berada di Perlis untuk berjumpa seketika..Aku pun telefon salah satu sahabat aku..

"Aslm Ikhwan..nta kt mana?? Free tak?? Nak g MATRI tak?? Kalau nak g MATRI boleh la ikut ayah ana..dia ada kerja sikit kat sana..anta try tanya sahabat2 yang lain..ok" antara permulaan persoalan aku lafazkan semasa perbualan telefon dengannya.

Pada mulanya..Aku suggest kat dia samada nak gi MATRI atau Bt Pahat (macam besa la..hajat aku yang terpendam nak gi mandi)..Tapi macam mana..Pendek cerita..dia kata, sahabat2 setuju nak gi MATRI..Aku pun ikut..yang penting aku dapat bersama mereka..Aku merasaukhuwah itu lebih penting buat diriku..

Lingkungan 9.30 pagi, aku singgah di rumah Wan Afiq untuk ambik mereka..Alhamdulillah..Sekali lagi aku dapat bersama mereka..Kami pun bertolak ke MATRI..Pelik..semua dah pakai seluar trek..cuma 2 orang saja tak pakai trek tapi bawa bekalan pakaian ganti..macam mereka ada plan lain je..mungkin nak mandi kot..aku terkejut..mereka setuju ke nak pergi mandi..

Setiba aku di MATRI

"macam mana skrg? Nak buat pe?" satu pertanya yang terkeluar dari bibir aku..

Kami masing2 pandang antara satu sama lain..blur..seolah-olah tak tau nak buat apa..Aku pun cadang nak pergi Bukit Jernih untuk mandi (jauh la sikit dari MATRI..tapi selalu juga pergi..lebih kurang 5@6 km..) Aku pun seronok bila nampak muka depa macam setuju je..tak beberapa lama kemudian..ada antara kami yang tak beberapa respon nak pergi..kami pun berlepak sambil bincang apa program nak buat..sembang-senda..gurau ketawa jalan hulu hilir..dan macam2 lagi perkara kami buat di MATRI..Sepanjang perjalanan tanpa tujuan tu maam2 insan kami jumpa..Cg Saiful..Cg Norizan..pelajar2 lama dan baru..dll..Dok tak sedar dah hampir pukul 11 pagi. ..Dapat juga Bashir(SMIK) jalan2 di persekitaran MATRI..

"macam mana sekarang?" salah seorang kami bertanya..

"nak pergi mandi mana? Bukit Jernih..Batu Pahat..Bukit Ayer..??"

Bila fikirkan..Paling dekat Bukit Jernih..tapi masalah kena jalan kaki yang panjang dan jauh..Jika Batu Pahat dan Bukit Ayer..kena guna perkhidmatan teksi sebagai transport..duit pasti guna..semuanya ada saja halangan..uhh..letih sungguh fikir..tak beberapa lama..keputusan nak pergi mana dapat..Bukit Ayer..

Teksi pun dihubungi..Tak berapa lama lagi teksi datang..masalah lain pula timbul..bilangan kami semua 6 orang..sebuah teksi mampu memuatkan 5 orang saja..maknanya salah seorang kena guna transport lain dan terpaksa dikorbankan dirinya untuk sahabat2 yang lain..tapi..kami nak semua juga ikut..cadangan untuk hubungi sahabat kami yang boleh bawa moto dipersetujui..boleh la diboncengkan seorang sahabat kami di sini..

Perancangan Allah sungguh baik..sahabat kami boleh datang ambil..Kami pun nak mula bergerak..Driver teksi pun bertanya..

"ni dik nak pegi mana?"

"Bukit Ayer.."

"ada air ka..bukan tengah pembinaan..?"

"kalau Batu Pahat?"

"ada tempat mandi ka?"

Kami masing2 tertanya..betul ka macam pak cik tu kata..kami semuanya baru seminggu balik dari kursus di negeri orang..termasuklah aku..tentang tempat2 di Perlis kemungkinan berubah..tapi samada pasti atau tidak saja..

"Kalau Bukit Jernih macam mana? tak silap pak cik tak boleh mandi.."

Jawapan yang diberi sama saja..ada tempat mandi?..Kami pun ubah jawapan..pergi balim pada jawapan tadi Bukit Ayer..Tak silap aku proses pembikinan dah lama siap..kami sama2 pening..aduh..macam mana nih..

"Dik..macam mana ni..nak pergi mana?"

"Bukit Ayer"

Masa terus berlalu..Tengah perjalanan tukar pandangan..nak pergi Batu Pahat..Setiba di sana..Kami pun turun dari teksi..Mata pun mencari punca air untuk kami basah badan..Tapi..Macam tak berapa sesuai la untuk kami mandi..Kami pun ambil semula teksi tu untuk terus perjalan ke Bukit Ayer..

Dalam teksi

Sampai di Bukit Ayer..

Berjalan menuju ke kawasan mandi


Muka pun kembali ceria..badan yang lesu sudah segar..kaki pun melangkah ke kawasan mandi..Aduh..ceteknya..tak best la macam ni..resah..kecewa..penat..kembali terasa..nak buat macam mana..duit tambang dah bayar..Semua pergi mandi dengan gitu2 saja..Aku duduk di atas..tak mandi..Hajat aku hanya terpahat..Semua kecewa dengan apa yang dilalui..

Muka pasrah


Memerhati air yang sama paras dengan pinggang..kecewa..

"tak pa..satu hari nanti aku pasti dapat mandi air sungai juga..Insya Allah" Suara hatiku yang terpedam lama untuk mandi..

Aku yakin..setiap sesuatu pasti ada hikmahnya..Antara hikmah yang aku rasa..

1. Allah nak kami lebih kenal-mengenali lagi antara satu sama lain dengan kebersamaan ini.

2. Allah nak kami dapat berkongsi pengalaman JDK di zon masing2 dengan masa yang ada yang sepatutnya kami mandi.. (kalau mandi mesti susah nak bersembang lama)

3. Dia nak mendidik erti kesabaran, ketabahan dan persahabatan dalam kehidupan.

Dan banyak lagi aku rasa..

Penutup

Semuanya yang aku lalui hari ini macam telah dirancang..Siapa lagi jika bukan Dia yang Maha Kuasa. Benar kata-Nya dalam Al-Quran..

"Kamu merancang dan Allah juga merancang. Sungguh perancangan Allah itu yang lebih baik"

..dan benar juga kata papatah..

"Kamu hanya berusaha dan natijah milik-Nya.."

Oleh itu, merancanglah dengan teliti dan baik. Mudahan perancangan kita menjadi baik juga. Jika apa perancangan kita tak menjadi atau berhasil..Ketahuilah..Sesungguhnya kita itu berada dalam perancangan Allah dan sudah pasti ia lebih baik..

Moga apa yang aku lalui menjadi satu amalan yang diterima oleh-Nya dan dijadikan amal ibadah..dan ukhuwah antara kami akan terus berkekalan..Amin

Wallahu A'lam

Saturday, January 22, 2011

Tapisan membawa Syukur

Assalamualaikum warahmatullah..

Dengan nama-Mu aku menulis..

Alhamdulillah..Tanpa henti-henti masih lagi Dia beri nikmat untuk aku dan kita..Kadang-kadang diri manusia yang alpa ini melakukan dosa..Tapi..Sifat Pemurah dan Kasih-Nya pada hamba-Nya sentiasa beri peluang untuk kita bersama bertaubat..Alhamdulillah aku ucapkan pada-Mu Ya Allah..

Masa pantas bergerak

Tanpa dirasa sudah 7 hari aku pergi meninggal mereka di sana..

"Cepat sungguh yer masa berlalu..bagaikan ia berlari meninggalkan aku.." Detik hati yang terasa kekosongan saat itu..

Hari ini aku rasa satu kekosongan di jiwa..ntah kenapa?? Namun aku cuba meneruskan kehidupan ini..Saat ini, aku merenung sendirian..berfikir..menyepi..

Tiba-tiba..satu kata2 terkeluar dari benak fikiran..Tapisan demi tapisan..Aku merenung lagi..aku cuba fahami..ohh..rupanya Allah ingin mendidik aku erti kesyukuran daripada tapisan yang sedang aku lalui..

Aku cuba mengimbau dan mengingatkan saat pengalaman aku bersama teman..sudah sebulan aku meninggalkan alam persekolahan..seterusnya aku ditempatkan pula di satu kursus..sukar aku lupakan detik bersama mereka..Sehari demi sehari...detik demi detik masa berlalu..cepat benar ia pergi..bagaikan semalam aku bersama mereka..

Sahabat satu tingkatanku

Tapi..apa terdaya...aku hanya mampu mengimbau saat kenangan bersama mereka..Sukar untuk menyatakan hati ini ingin bersama setiap masa..Segala-galanya terukir di hati aku..erti persahabatan..erti kehidupan..erti ketabahan..erti pengorbanan..dan perlbagai ertilah yang aku rasai dan pelajari..Alhamdulillah...

Terima kasih Sahabat semua..Aku syukur kpd-Mu Allah..

Tempat ini aku dipertemukan dengan mereka

Kini..barulah aku merasai bahawa Dia telah mengadakan tapisan demi tapisan untuk aku tanpa disedari..Bila aku perhati dan menyepi seketika..Benar..tapisan demi tapisan sedang berlaku..Pada mulanya..aku hanya bertemankan dua..dan meningkat kepada lima..dan terus kepada enam..dan bertambah pula kepada 38..kemudian aku kesepian..yang ramai berkurang kepada lingkungan 20 orang..kemudian 5 orang dan..4 orang..akhir aku bertemankan seseorang..dan kini aku bersendirian jasad dengan mereka semua..mudahan roh aku tetap barsama mereka..

Moga ukhuwah terus disulami dengan keimanan

Sahabat-sahabat yang dirindui

Pengajaran yang mendidik

Di situ aku dapat pelajari..kehidupan yang aku sedang lalui perlu aku bersyukur..Pertamanya aku telah dipilih oleh-Nya digelar sebagai manusia yang diberikan roh dan fikiran..kemudian dipilih pula untuk berada dalam pelbagai nikmat..dan kemudian dipilih untuk berada keluarga yang memahami erti kehidupan kemudian............dan kemudian...........dan pelbagai lagi kemudian.....tapisan sedang ditempuhi..cuma antara sedar atau tidak saja yang menyebabkan diri kadang-kadang terasa tidak keberuntungan...hakikatnya..Andai semua manusia sedar tentang tapisan ini sudah pasti akan sentiasa bersyukur kepada Allah...

Akhirnya..


Aku mengharap doa untuk aku terus dan sentiasa berada dalam golongan yang sentiasa bersyukur..dan Aku tahu.."Dengan merasai dan menjiwai tapisan membuat aku lebih bersyukur.."

"Ya Allah..Tetapkanlah aku dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur atas kurniaan-Mu...Ameen"