PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Friday, July 03, 2009

Bulan Rejab


Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah kerana masih lagi memberi kesempatan dan keizinan kepada saya untuk menambah post dalam Destinasibaru.blogspot.com ini. Sebelum saya menulis dengan lebih panjang, suka saya mengajak semua pembaca muslimin dan muslimat supaya berdoa kepada Allah sepertimana yang telah didoakan oleh Rasululllah SAW;

“Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan bulan Sya’ban dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan”

Dalam konteks doa ini, kita mengharapkan Allah sampaikan kita dalam bulan Ramadhan. Mudah-mudahan doa kita panjatkan dimakbulkan oleh Allah. Ingin saya bertanya sesuatu kepada anda, apakah yang perlu anda lakukan sebelum anda mengambil peperiksaan? Adakah anda perlu membuat persediaan terlebih dahulu atau sebaliknya? Ya. Saya yakin mesti anda akan menjawab saya akan lakukan persediaan terlebih dahulu, betul kan. Begitu juga dengan bulan Rejab dan Sya’ban. Allah telah datangkan bulan Rejab dan Sya’ban adalah untuk memberi peluang kepada hambanya dalam membuat preparation. Dua bulan ini merupakan bulan persediaan bagi orang beriman untuk memasuki satu bulan yang cukup mulia lagi barakah. Ada juga hukama berkata bulan itu(iaitu bulan Ramadhan) merupakan kekasih kepada orang beriman. Nabi SAW sendiri telah mengambil kesempatan bulan persediaan ini untuk memperbanyakan amalan-amalan soleh. Sebagai contoh, Rasulullah banyak berpuasa di bulan Rejab sehinggalah seminggu sebelum Ramadhan, Rasulullah isikan malam dengan berqiamullail dan sebagainya. Itulah contoh ikutan terbaik untul seluruh umat.

Bulan rejab merupakan salah satu bulan dalam bulan Islam. Ia juga merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh orang beriman. Di bulan inilah terjadi suatu peristiwa yang sungguh menakjubkan. Ya. Peristiwa Isra Mikraj namanya. Tetapi setakat mana kita memahami dan menghayati peristiwa yang sering diperkatakan itu? Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai peristiwa Isra Mikraj seperti firman Allah;

“Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanNya(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram(di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa(di Palestin), yang Kami berkati sekelilingya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda(kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Ayat 1, Surah Al-Isra’


Peristiwa ini merupakan satu perjalanan Nabi SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa ke ‘Sidratul Muntaha’(langit ke tujuh). Perjalanan yang cukup panjang ini telah dilalui oleh seorang kekasih Allah,Muhammad SAW dalam masa satu malam. Mengikut logikanya ia tidak masuk akal tetapi hakikatnya inilah kebesaran dan kekuasaan Allah Wbt. Dia mampu membuat segala-galanya mengikut kehendakNya. Pada malam itu Allah telah mengutuskan seekor binatang yang dikenali Buroq untuk dijadikan tunggangan kekasihNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa seterusnya menuju ke langit ke tujuh. Pergerakan binatang tersebut cukup laju. Jika ingin dibandingkan dengan kilat, buroq lebih laju.

Semasa perjalanan Baginda, Allah telah memperlihatkan kepadanya perbagai peristiwa yang mana sebelum ini tidak dapat dilihat oleh sesiapa samada nabi-nabi sebelumnya mahupun makhluknya. Di situ Baginda berjumpa dengan para Anbiya’ dan semuanya memgucap salam ke atas Baginda. Peristiwa yang penting dalam Isra’ Mikraj ialah penurunan satu kewajiban solah ke atas orang Islam. Pada awalnya Allah telah memerintah solah 50 kali dalam sehari tetapi dengan kasih sayang Baginda ke atas umatnya, Baginda memohon kepada Allah permudahkan solah sehingga dijadikan kewajiban solah dalam sehari hanya 5 kali iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’. Itulah kasih-sayangnya ke atas umatnya.

Saya rasa setakat itu dahulu dari saya, segala yang kurang itu datang dari kelemahan diri saya sendiri dan segala kebaikan datang dari Allah. Sesungguhnya Dia yang Maha segala-galanya. Akhir kalam, semoga kita dapat lakukan terbaik dalam bulan Rejab dan Sya’ban dan mudah-mudahan amalan kita diberkati oleh Allah Wbt.

Wallahua’lam.

Sunday, June 14, 2009

Riwayat Suhaib bin Sinan


Suhaib bin Sinan adalah seorang pemuda yang miskin. Ia hidup sangat sederhana. Ayahnya seorang pegawai di kerajaan Iran Mosoul yang bernama Sinan. Berbeda dengan sahabat-sahabat yang lain. Sungguhpun demikian, Suhaib dalam mencari kebenaran tidak ketinggalan. Beliau telah memeluk Islam.

Sewaktu berkecamuk perang antara Persia dan Bizantium, Suhaib masih muda belia. Ia ditawan oleh musuh dan dijadikan budak. Kemudian, beliau tinggal di Suriah. Lalu, ia tidak bisa lagi berbahasa Persia (bahasa ibunya). Karena itu, ditambahi nama di belakang namanya kata ar-rumi. Akhirnya ia dijual kepada Ibnu Jadan, salah seorang yang kaya raya di kota Mekah.

Pada permulaan agama Islam berkembang di kota Mekah, Suhaib sudah berada di kota tersebut. Beliau merasa terpanggil dengan ajaran Islam. Pada masa permulaan, kegiatan yang berkaitan dengan orang Islam dipusatkan di salah satu tempat, yaitu di Bukit Shafa (rumah Abi Arqam). Di tempat inilah, Suhaib mengucapkan ikrar menjadi seorang muslim sejati dan mendapat pelajaran dari Rasulullah saw. Kesetiaannya kepada Nabi saw. tidak mengenal batas, baik dalam keadaan perang, situasi krisis, atau dalam keadaan damai.

Dalam menjalankan perintah Allah SWT, pada mulanya Suhaib menjalankannya dengan diam-diam. Banyak tantangan orang-orang musyrikin kota Mekah. Mereka benci kepada Suhaib karena telah beriman. Walaupun demikian, beliau tetap tabah dan sabar. Tidak ada seorang pun yang mampu menggoyahkannya. Keterampilan dan kepandaian Suhaib pun sangat mengagumkan, misalnya dalam hal mempergunakan panahnya dalam perang.

Pada setiap perang, Suhaib menjaga keselamatan Rasulullah saw. dan berani mengorbankan jiwa dan raganya demi membela Rasulullah saw. Ketinggian peribadi Suhaib bin Sinan terlihat ketika akan hijrah ke Madinah. Penduduk kota Mekah tidak membolehkan Suhaib ikut serta hijrah. Karena, dulu ia datang ke kota Mekah dalam keadaan miskin, maka sekarang sudah kaya mau ikut hijrah. Tetapi, Suhaib dengan ikhlas hati menyerahkan harta kekayaannya untuk ditinggalkan ke kota Madinah.

Akhirnya, Suhaib dalam hijrah itu hanyalah membawa sehelai baju dan sehelai celana. Belaiu menjumpai Rasulullah saw. di Quba beserta golongan Ali bin Abi Thalib. Dengan peribadi dan tingkah lakunya itulah, dia terpandang dalam masyarakat, baik pada zaman Rasulullah saw. maupun sesudah wafatnya. Suhaib bin Sinan wafat di kota Madinah pada bulan Syawwal tahun 38 H, dalam usia 73 tahun, dan dikebumikan di Baqi.

Sumber: 1001 Kisah-Kisah Nyata, Achmad Sunarto

Wasiat Rasulullah kepada Saidina `Ali RA


PERTAMA
→Hai Ali ! Bagi orang yang celaka tiga alamatnya ; makanan yang haram, menjauhkan orang alim, dan menjauhkan petunjuk yang benar.

KEDUA
→Hai Ali ! Bagi orang yang rosak akalnya tiga tandanya ; meringan-ringankan yang fardhu Allah, banyak berkata-kata dalam berzikir Allah, dan mencela kepada Allah.

KETIGA
→Hai Ali ! Bagi orang yang rosak akalnya tiga alamatnya ; menyempurnakan rukuknya dan sujudnya apabila solah berserta manusia, dikurangi apabila solah sendirian, dan cergas terhadap Allah di tempat orang ramai.

KEEMPAT
→Hai Ali ! Bagi orang munafik tiga tandanya ; apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji tidak ditetapinya, apbila diamanahkan ia berkhianat, tidak bermanfaat kepadanya pengajaran dan peringatan yang diberikan.

KELIMA
→Hai Ali ! Bagi orang kafir tiga alamatnya ; ragu pada zat Allah, benci terhadap hamba Allah yang beribadah kepada Allah, dan lalai daripada taat kepada Allah.

KEENAM
→Hai Ali ! Bagi orang bertaubat tiga alamatnya ; menjauhkan yang haram, gemar menuntut ilmu agama, tidak akan kembali berbuat dosa.

7 Ganjaran Mati Syahid


Daripada Ubadah bin Shomit katanya bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud : Di sisi Allah, orang yang mati syahid itu akan mendapat 7 ganjaran iaitu :

1 Mendapat keampunan pada permulaan darahnya memancar keluar

2 Melihat tempat duduknya di Syurga

3 Dihiasi dengan hiasan iman

4 Dikahwini dengan bidadari Syurga

5 Dilindungi dari azab kubur

6 Diamankan daripada kedahsyatan hari Kiamat

7 Dipakaikan mahkota terhormat di atas kepalanya di mana satu mutiara daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta diizinkan pula memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan keluarganya

~diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tobarani