PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Tuesday, May 15, 2012

15 Mei - Tanah Palestin kita dicabul


Sekadar info buat teman/rakan/sahabatku sekalian.. Jom cakna Palestin!

Hari ini mungkin kita seronok bergembira tapi kita lupa mereka di sana.

Hari ini mungkin kita seronok senda sendawa tapi mereka di sana senyum pasrah..

Hari ini mungkin kita sekadar tahu nasib kita tetapi tidak tahu apa itu nasib yang mereka timpa..

Sedar atau tidak hari ini 15 Mei. Tanggal yang sangat mempengaruhi pelbagai perubahan. Nasib, hak dan kemanusiaan mereke telah dicabul. Itulah Nakhbah Palestin. Tahun ini, tanggal 15 Mei 2012 telah menjangkau 64 tahun tanah kita dirampas. Pelbagai rusuhan dan kekejaman telah melanda nasib saudara kita di Palestin.

Tanggal inilah, sebuah rejim Zionis telah merampas dan mengisytihar negara Palestin kita sebagai negara haram Israel. Mungkin ramai yang tidak tahu dan kini cubalah kita mengambil tahu.

Mereka bukanlah orang asing, tetapi saudara seaqidah kita. Ya. Mereka tidak berkata apa-apa tetapi tidakkah malu kita sebagai saudara mereka tidak mengendahkan nasib di sana. Kalau saya cukup malu, anda?

Monday, May 14, 2012

TRAVELku di cuti sem

Cepat masa berlalu, Dulu cangan-angan, kini kenyataan..

Bismillah. Alhamdulillah.

Tak sangka, cepat masa berlalu. Pejam celik dah hari baru. Cuti yang dulunya apabila dikira 2-3 bulan dan tinggal seminggu. Memang pantas. Kalah kereta f1 di sepang. Erm.. Apa yang penting sama-sama kita doakan moga Allah terima segala amal kita selama ini. Amin.

SUATU KETIKA DAHULU

Masa di sekolah menengah. Saya pernah terfikir bila masanya saya akan dapat menjelajah ke setiap negeri di Malaysia. Hitung punya hitung, tidak dapat jawapannya. Susah sebenarnya nak menghitung dan merancang semua ini. Apa tidaknya, punca atau assabab penjelajahan tidak ada. Hendak dikatakan ziarah adik-beradik atau saudara-mara, semuanya ada berada di negeri-negeri utara. Perlis-kedah-perak. Jadi, asyik-asyik main pusing dalam negeri-negeri itu sahaja. Erm. Kalau dah ada jauh sedikit, adalah di Selongor. Tu pun tidak kerap ke sana. Jika dinisbahkan dengan kesemua jari yang ada di tangan, pasti tidak penuh.

Dengan izin Allah, saya telah ditempatkan belajar di negeri Terengganu. Secara tidak langsung, hajat saya untuk menjejak kaki di situ telah tercapai. Dengan izin Allah juga, cuti sem yang ada dalam masa beberapa bulan saya telah berjaya menghabiskan 'tawanan'. 

Dalam beberapa minggu saya berada di rumah, saya dapat panggilan.

"Suhaib, jom p kelantan?"

"buat apa?"

"jalan-jalan.. kita pegi naik kereta"

Terkedu kejap. Betul ka? Selalunya pergi jalan-jalan dengan famili. Tetapi, kali ini hanya dengan sahabat-sahabat sebaya. Erm, pengalaman baru.

credit to: Abdul Salam Abd Wahab dan Mohamad Akmal bin Abd Hamid (teman sekereta)

GAMBAR KENANGAN 










ALLAH MAHA PERANCANG
Tidak sangka buat kali kedua, di hujung cuti Allah izin dapat bersama dengan sahabat-sahabat untuk merantau jauh sedikit dari itu. Johor. Itulah negeri kemuncaknya. Awal perancangan hendak pergi johor untuk ziarah seorang sahabat se'batch' yang sedang sakit. Hendak dikatakan perancangan Allah sungguh cantik, perjalanan itu disusun dengan mampu 'menjajah' kesemua negeri-negeri di semenanjung.

Pendek kata, Perjelajahan kami ini bermula dari Alor Setar (Kedah)- Ipoh (Perak)- Bangi (Selongor)- Pedas (Negeri Sembilan)- Ulu tiram-Skudai-Simpang Renggam (Johor)- Kuantan (Pahang)- Gombak-Shah Alam (Selangor)- Kuala Kangsar (Perak)- Nibong Tebal (Penang)- Merbok (Kedah)- Perlis..

Perjalanan yang sungguh mengajar pelbagai erti. Susah senang bersama. Sebuah perjalan yang pada mulanya ada ujian dan diakhiri dengan ujian juga. MasyaAllah. Subhanallah.

Sebelum penjelajahan bermula, Allah uji dengan sedikit kemalangan jalan raya. Walaupun tidak melibatkan nyawa, tapi mempengaruhi beberapa masalah teknikal. Maksudnya dari segi masalah kewangan dalam membiayai kerosakan yang dihadapi di bahagian hadapan kereta (Unser). Itulah ujian pertama kami dapat sebelum melangkah kaki. Terpaksa kami 'delay' sehari perjalanan kerana kenderaan di masukkan ke 'wad'.

Hikmah : Mungkin hikmahnya untuk lebih bersedia membuat persediaan. Dan mungkin Allah nak mengajar kami erti Qada' dan Qadar-Nya. Walaupun baru sehari sahaja servis kereta tapi apabila kuasa Allah kata nak jadi, maka jadilah.

Itu baru sebelum perjalanan. Setiba di Johor pula, satu lagi ujian adalah dari segi kewangan. Saya selaku bendahari jaulah cukup rasa bersalah. Sedangkan duit yang dikumpul oleh setiap ahli jaulah sudah separuh habis dengan minyak dan tol. Apa yang merisaukan kami, perjalanan kami bukan sekadar itu. maksudnya pulang semula ke tempat asal melalui jalan sama tetapi 'jalan lain' dengan melalui pahang.

Hikmah : Mungkin Allah ingin mengajar erti keyakinan kepada-Nya dengan sebenar-benarnya tetapi dengan syarat berusaha.

Takdir Allah buat kami adalah di penghujung jaulah. Setiba di MATRI, Perlis. Waktu ketika itu tengah malam, tanpa memikirkan apa-apa, kami terus berehat di Musolla. Pada keesokkan harinya. Allah izin pintu kenderaan terkunci dengan kunci di dalamnya. Ikhtiar punya ikhiar tidak berjaya. Sampai 3 kedai (mekanik+kunci) telah dicari di sekitarnya. Hendak dikatakan Allah permudahkan, Allah hantar seorang ustaz di MATRI yang ada sedikit kemahiran berkaitan itu. Tidak sampai seminit telah berjaya dibuka. Alhamdulillah.

Hikmah : Mungkin Allah ingin sekali lagi mengajar erti tawakal tanpa usaha, sia-sia dan usaha tanpa tawakal, rugi. Apa yang Allah hendak kami pelajari adalah usaha + tawakal = untung.

Walaupun perjalanan itu pelbagai rintangan yang mendatang, tapi banyak pengetahuan yang ditimba. Bukan sekadar ilmu duniawi bahkan ilmu ukhrawi.

credit to : Ikhwan Nasri (Masul), Umar Hanif Jamalludin (Setiausaha), Muhamad Suhaib Ahmad Zahir (Bendahari), Ammar Abu Kasim (driver/pilot), Hasan Salimi Zarullail dan Azhar Hilmi Mohd Fadhil..

..dan semua yang turut terlibat secara tak langsung ya.

Ni antara post sahabat jaulah kami,
Alhamdulillah. Selesai program jaulah kami "Le Tour de Malaysia". Bermula dari Kedah berakhir di Perlis. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat.

- Pakcik Nasri [Kedah] -Penginapan dan makanan
- Pakcik Abu Kassim [Kedah] - Kenderaan
- Pakcik Radhuan [Kedah] - Perancang aktiviti dan sumbangan
- Abg Muhammad Fadhli [Ipoh] - Sarapan dan pengisian
- Amirul Hakeem AC [Bangi] - Makan tengah hari
- Dr Arba'ai [Johor] - Penginapan, makanan dan pengisian
- Naim Arba'ai [Johor] - Luangkan masa bersama kami
- Dr Baharudin [Johor] - Pengisian dan minum petang
- Muhd Aiman [Johor] - makan malam
- Pakcik Bashir dan Abdul Muizz [Kuantan] - Makan tengah hari dan pengisian
- Wan Omar Mokhtar [Selangor] - Makan malam
- SMIK [Selangor] - Penginapan
- Pakcik Amran [Kuala Kangsar] - Makan tengah hari dan pengisian
- Pakcik Zarullail [Kedah] - Pengisian
- MATRI [Kedah] - Penginapan
- Pakcik Zahir [Perlis] - Sarapan

JAZAKALLAHUKHAIRAN KATHIIRA.
Semoga Allah redha dengan segala pekerjaan yang telah kita lakukan.

//Satu dugaan, 1001 pengajaran a.k.a pengetahuan. Kadang-kadang terasa seronok pula bila dapat dugaan. (tapi selepas jumpa solusinya.. ^_^)


GAMBAR KENANGAN














AKHIR KATA

Kesimpulan yang dapat saya buat adalah:
  1. Saya secara tidak langsung berjaya memburu cita-cita duniawi ini untuk cuba menjejak kaki di seluruh Malaysia (walaupun Melaka hanya sekadar lalu sahaja namun hakikat Melaka pernah saya sampai sewakt kecil dulu tetapi tidak ingat).
  2. Saya dapat berjumpa dengan teman-teman se'batch' yang dahulu sama-sama belajar di MATRI. Walau tidak semua tapi cukup bermakna.
  3. Bukan sekadar perjalanan yang kosonng tetapi diselangi dengan Tarbiyah yang cukup indah.
(banyak yang hendak dikongsi lagi tetapi disebabkan terlalu banyak sehingga buntu nak tulis apa.. erm..)

Moga Allah redha.. Amin..

Wallahu a'lam..

Monday, April 23, 2012

Nafsu dan diri pendosa

Memadam 'dosa' pensil

Bismillah. Alhamdulillah.

Pagi ini rasa sedikit ketenangan untuk menulis. (Mungkin baru bangun dari tidur..) Menulis apa yang terbuku dihati untuk diri sendiri. Itulah sebabnya kenapa saya terus menulis. Biar tak sehebat si penulis professional di luar sana, tetapi yakin dengan kuasa menulis ini. Kuasanya sungguh mengasyikkan.

"Kita ini dosa banyak. Jadi, bila ada yang terkesan dengan penulisan kita lalu berubah, moga-moga kita juga turut mendapat kebaikannya." pernah ditulis di laman saudara Qawiem Khairi via saudara Hilal Asyraf. Ya. Itulah kuasanya.

Kali ini suka untuk saya lebih kepada muhasabah diri sendiri. Bukan apa cuma kekadang risau akan penulisan yang terlalu tinggi sehingga lupa diri ini pendosa. Sebab itulah pentingnya untuk bermuhasabah.

Melalui hari-hari yang dilalui, saya cuba membuat satu nilaian untuk saya berfikir. Saya pernah berfikir, kenapa kitaa pernah bertaubat tetapi diri ini tetap sama. Apakah dosa kita itu besar? Atau mungkinkah kita ini hanya sekadar lafaz dan bersolat taubat sahaja? Atau bagaimana?

Apa yang saya fikir, ada beberapa perkara yang perlu kita tahu hakikat diri kita sebagai manusia dan hamba. 

Sebelum itu, analogi yang mudah untuk dinisbahkan dengan diri dan dosa seperti memadam titik yang dilakukan oleh si pensil. Walaupun berjaya untuk memadamkan, tetapi kesan pudar hitam masih ada di kertas tersebut.

1. Nafsu tidak pernah puas

Ini perkara pertama. Tidak cukup dengan itu. Tidak cukup dengan ini. Sudah satu, nak yang kedua. Sudah kedua, masih ingin cuba yang ketiga. Dan begitulah kesudahannya. Apa itu dan ini, tanyalah diri sendiri. Hanya kita dan Allah yang mengetahui.

Jika direnung semula, memang amat malu untuk menyata diri ini siapa. Malu dengan dosa yang dilalui. Malu siapa diri ini dengan Dia Sang Pencipta.

Moga keaiban diri terus dipeliharanya dan jangan sesekali dibuka dengan nafsu yang tidak pernah puas ini.

2. Nafsu bukan untuk dihalang

Sudah mengetahui hakikat nafsu. Dapat disimpulkan nafsu bukanlah untuk dihalang. Jika dihalang makin parah jadinya. Tetapi, pendekatan yang baik adalah dengan kita mendidik. Ya. Mendidik dengan cahaya Allah.

Tidak mungkin sesuatu yang sudah ditunangi dapat dipisahkan. Cuma tunang kita ini tidak pernah kita nikahi sehingga diri kita dinikahi oleh ajal.

(Jap, tunang di sini bukan dengan manusia ya. Sekadar teringat kata-kata murabbi saya - Cg Osman Aarof, manusia semua sudah bertunang. Tunang dengan nafsu/qarin.)

Sebab itu perlu untuk kita mendidik nafsu agar tunduk akur dengan hakikat sebenar. Dan fikirlah apa yang akan terjadi pada diri kalau nafsu dihilangkan begitu sahaja.

3. Bertaubat jangan ditinggal

Hakikat nafsu dan pendekatan nafsu sudah diketahui. Tapi, masih melakukannya?

Berusahalah untuk bertaubat. Sudah lalui, lakukalah sekali lagi. Tidak cukup dengan itu, bertaubatlah dan terus bertaubat. Pohonlah ampun dari Dia Yang Pemurah dan Maha Pengampun. Mudahan taubat hamba diterimanya.

Pandanglah dosa dengan pandangan iman, bukannya pandangan mata. InsyaAllah kita dapat merasai hinanya kita dihadapannya.

PENUTUP

Jangan sesekali offline dengan Allah. Sebab dia tidak pernah offline dengan kita. Walau Dia tidak ada fb seperti kita tetapi itulah hakikatnya. Kalau kita dengan fb pun asyik-asyik online. Bukan dengan Dia tak boleh kan?

Wallahu a'lam..
*tidak berhajat untuk menulis panjang kerana tidak begitu mahir dalam bab-bab begini untuk berkarya. Sekadar saling ingat-mengingati.. ^^

Friday, April 20, 2012

Apabila saya fikir tentang DUIT

Duit oh duit. Ingat duit bukan bermakna 'mata duitan'

Bismillah. Alhamdulillah.

Ayuh kita mengatur syukur pada Dia sekali lagi. Tanpa Dia siapalah kita. 

Buat pembaca budiman, apa khabar? Jarang benar tak bertanya khabar anda. Erm.. (Ya ka. Rasanya x pernah tanya khabar pun). Apa-apa pun saya tetap berdoa agar kita semua dalam keadaan sihat wal afiat dan dalam peliharaan dan penjagaan Allah. Amiin.

Kali ini, suka untuk kongsi tentang satu topik bila saya fikir tentangnya. Dengannya kita dapat meneruskan kehidupan. Kerana dengannya sebagai assabab (penyebab) kita dapat 'servive' dalam dunia yang kita berada sekarang. Amat sukar sekali andai kita hidup tanpanya kecuali dengan izin Allah.

Duit. Antara satu perkara yang amat saya suka titikberatkan. Bukan apa cuma ya lah. Kalau difikirkan balik, apa yang boleh kita dapat tanpa duit. Makan, minum, penginapan, barang asasi, hatta tandas awam pun kena duit. Belum kira lagi pergerakan kita ke satu tempat ke tempat yang lain. Dengan tolnya lagi, minyaknya lagi, 'service' itu dan ini la dan banyak lagi. Semuanya memerlukan duit, bukan?

Sebelum itu, suka untuk saya ingatkan, "ingat duit, bukan bermakna orang itu mata duitan". Harap maklum..

1. PENDIDIKAN

Bila saya fikir tentang duit. Saya akan fikir tentang pendidikan. Kenapa?

Bukankah ada biasiswa? Pinjaman? At least pun ada dalam kalangan famili yang sangup taja?

Ya betul. Tapi, yang saya fikir kita sekarang belajar semua dalam keadaan hutang. Betulkan? Tak dengan mana-mana agensi pinjaman pun, harap simpati ibu bapa sahaja. Itulah jawapannya. Amat menakutkan saya lagi bila hutang, saya senantiasa dan mudah untuk ingat mati. Sebabnya mati itu tiada alamat dan petanda. Bila-bila masa pun boleh mucul. (semoga kita semua mati dalam keadaan husnul khatimah)

Ingat tak sabda nabi kita,

Dari Abu Hurairah, nabi bersabda, "Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi". (riwayat At-Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi)

Sanggupkah berlaku sedemikan kepada kita. Itu yang pertama. yang kedua saya akan fikir sapa yang sanggup untuk lunaskan. Andai kata jumlah kesuluruhan untuk pengajian kita selama diploma adalah RM 15 000 (berdasarkan RM2000/ setiap semester). Tiba-tiba kita mati, apa kata kita. Sudahlah ibu bapa kita sederhana saja.Itu baru diploma, bukannya degree, master dan phD.

Sekadar ajak fikir bersama cari penyelesaian. :)

2. BAITULLAH

Bila saya fikir duit, saya akan fikir ini - menuju ke sana. Ya, ramai yang bercita-cita akan ke sana tapi dalam keadaan sekadar angan-angan dan ada jalan tindak usaha. Bagi saya yang keluarga bersederhana sahaja, saya amat bercita-cita untuk ke sana tapi tidak semudah yang diimpikan. Kekadang jeles melihat ada kalangan ibu bapa mereka dan mereka sendiri yang sudah berjaya sampai ke sana. Tapi , saya tidak. Saya tetap berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan ibu bapa saya dahulu kemudian baru saya dan adik-adik.

Berbalik pada pointnya. Baitullah. Mudah dinisbahkan sebagai buat haji di sana. Hukum hampir semua yang sudah mengetahuinya kan? Jadi saya sekadar tulis apa yang saya fikir berkaitan dengannya.


Apa yang dapat anda perhati? Semakin meningkat bukan. Saya pernah dinasihatkan oleh kenalan ibu bapa saya. Ayatnya lebih kurang begini,

"Masa kamu nanti kena ingat, kalau dulu nak pegi buat haji murah ja. Masa 10 tahun dulu, pakcik buat haji lebih kurang RM 5 000 seorang. Sekarang? Dah nak dekat RM 10 000 kan? Masa kamu nanti, 10 tahun lagi macam mana?"


Tersentak jugalah dengan kata-kata itu. Dan termenung jauh la juga. Ada betulnya dan memang betul. Macam mana saya nak dapatkan duit sejumlah itu dalam keadaan saya sekarang begini? Pendidikan pun entah macam mana, apatah lagi yang ini. Semoga Allah permudah segala urusan.

Sekadar ajak fikir bersama cari penyelesaian. :)

3. SELEPAS BELAJAR

Yang ini juga antara yang cuba saya fikirkan apabila dikaitkan dengan duit. Erm.. setiap orang ada cita-citanya tersendiri, kan? Ada minat-minat tertentu yang digemari, kan? Dan itu adalah normal bagi manusia.

Tetapi, paling utama adalah benda asas - kereta, motosikal, rumah dan sebagainya. Nak dapatkan semua itu tapi tak ada usaha ke arah itu memang sukar. Bukanlah sampai besar hidup nak tambahkan hutang tanpa berniat nak kurang hutang?

Sekadar ajak fikir bersama cari penyelesaian. :)

4. KAHWIN

Err. Ini bukan nak bergatai ya.  Bukankah itu fitrah. Sapa-sapa rasa pelik ni kena cek balik diri. Ya. selain daripada persediaannya, ilmunya, agamanya, fikrahnya dan sebagainya, kena fikir juga bab-babyang berupa kemampuan fizikal. Bagaimana dengan mas kahwin, duit hantaran, barang kemas, upah juru nikah dan saksi, dan bla.. bla.. bla...

Itu baru nikah dan tidak lagi nak buat kenduri. Kad jemputannya, sewa khemah, makan kenduri, cenderamata untuk tetamu dan bla.. bla.. bla.. Semua itu gunakan duit, bukan? Kecualilah pada keluarga yang berada di sana. Tidak punya masalah akan perkara itu.

Pernah juga ada orang berpesan,

"Zaman pak cik dulu kos kawen dalam RM 10 000 tu dah banyak syukur. Tapi sekarang, RM 20 000 tu baru nak selesa. Masa kamu nanti fikir-fikir kan lah ya.."

Tapi bagi saya, sebolehnya nak me'manima'kan perbelanjaan keluarga. Tidak kisahlah sederhana saja. Dan memang islam mengajak kita bersederhana kan?

Sekadar ajak fikir bersama cari penyelesaian. :)

5. EMAS


Lagi, bila disebut pasal duit saya bercita-cita untuk meng'transfer'kan duit kepada emas. Bukanlah saya ini 'mata belian' atau sebgainya. Tapi sekadar membuat persediaan untuk masa hadapan. Ya, nilai mata wang akan jatuh dan emas tidak akan jatuh. Jadi, terpulang pada diri sendiri untuk jawapannya.

6. D&T

Walau sudah banyak ter'list' di atas perkara-perkara yang akan saya fikir bila berbicara tentang duit, tidak ketinggalan yang paling utama matlamat utama kita - beribadah kepada Allah dan mencari redha-Nya. Dengan apa lagi jika bukan Dakwah dan Tarbiyah (D&T). Usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar tetap menjadi kerja utama kita bagi sesiapa yang mengaku dan berikrar kepada Allah dengan lafaz 'La ilahaillallah, muhammadur rasulullah'.

Jadi, nak buat kerja-kerja begini bukanlah percuma sahaja. Ada usrah di sana, ada penggilan di sini, perlu buat kerja itu, perlu gerak ke sini. Dan macam-macam lagi. Perlu ada pengorbanan harta benda dan wang ringgit. Kalau itu pun sukar untuk berkorban. Erm.. payah lah. Dan memang itulah hakikat perjuangan. Walau berbeza jalan tapi ingat, matlamat pastikan sama! Mencari redha Allah dan ingin melihat dunia disinari dengan cahaya Islam.

PENUTUP


Amboi, banyak betul 'tapi'nya dalam entry kali ini. Apa-apapun semoga anda dapat manfaat segalanya.

Sekadar untuk mengulangi kata-kata 'langit',

Firman Allah, “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” (Ali-'Imran, 54)

Sekadar pesanan dari saya pula, pastikan hidup kita ada 'aulawiyat' iaitu ada perkara-perkara yang perlu diutamakan dan ada perkara yang perlu dilewatkan. Dan perkara utama tidak semestinya akan jadi yang pertama selamanya.


Wallahu a'lam..
Moga Allah redha kita!