PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Tuesday, June 14, 2011

PENGABDIAN yang abadi


Terus menjadi hamba kepada yang abadi

Bismillah..Dengan nama Allah saya terus gagah menulis..

Alhamdulillah saya rafa'kan ke hadrat Ilahi. Sebab apa? Mengikut tafsiran Ustaz Syed Qutb dalam penulisannya Fi Zilalil Quran ada menyebut tentang ayat kedua surah Al-Fatihah iaitu Alhamdulillahi rabbil 'alamin dan menghuraikan mengenai 'alhamdulillah'. Alhamdulillah adalah satu kesyukuran yang amat besar kepada Allah kerana tanpa-Nya tiadalah kewujudan segala makhluk di muka bumi atau di langit termasuklah kita, hamba yang lemah ini - manusia.

Jadi, perlu untuk kita merasainya dengan benar-benar kefahaman bagi membuktikan dalam kehidupan. Tidak ada lagi yang diminta-Nya sebagai pembuktian terima kasih melainkan untuk mengabdikan atau memperhambakan diri kepada-Nya Yang Maha Kuasa ke atas segala-galanya.

Seperti biasa, laman ini akan berkongsi dengan anda tentang satu perkara. Hari ini, saya cuba kongsi mengenai 'pengabdian yang abadi'. Mungkin ramai dan tahu tentangnya. Tetapi, ini adalah perkongsian dari saya. Andai ada sebarang pandangan boleh kongsikan bersama.

MUQADDIMAH

Pengabdian. Berasal dari 'abd' yang bermaksud hamba. Jadi, pengbdian ialah penghambaan kepada sesuatu. Yang dikatakan tempat penghambaan ialah sesuatu yang kita berharap, meminta, bekerja dan memberi khidmat kepadanya dengan nilai kita menjadikannya ia tempat segala-galanya kerana keberadaan tahap disisinya adalah rendah.

Dalam konteks ini, seorang yang dijadikan hamba kepada majikannya. Itu juga dipanggil penghambaan. Tetapi ia berbentuk kepada penghambaan kepada manusia. Kita boleh ambil contoh dari seorang hamba semasa zaman dahulu. Sebab apa dia perlu ada penghambaan kepada manusia sedangkan dia juga berupa manusia?

Ya. Kerana keberadaan kedudukannya yang rendah -miskin, susah dan sebagainya. Inilah sebabnya terjadi sedemikian. Dia memerlukan harta dan tempat berlindung. Dengan menjadi hamba kepada majikan dia beroleh harta yang dihajati. Bukan banyak tetapi sekadar mampu meneruskan kehidupan dengan ada pengharapan. Majikan pula tidak akan beri kepada hamba tersebut tanpa apa-apa khidmat atau sumbangan kepadanya. Jadi, hamba itu perlu bekerja terhadap majikan tersebut dengan harapan diberi sedikit ganjaran. Terpulang kepada majikan mahu memberi ganjaran dengan kuatiti yang bagaimana atau tidak.

REALITI
Realiti sekarang telah diwarnai oleh Jahiliyah

Ok. Sekarang kita boleh kaitkan dengan realiti sekarang. Zaman sekarang, apa yang manusia tergila-gilakan atau melabelkan dalam kehidupan mereka sebagai idola? Artis, pelakon, pemain bola, barat's style dan apa-apa. Apa yang manusia kehendaki dengan mereka sehingga menobatkan mereka sebagai ikutan atau inspirasi? Mungkin inginkan ketenangan, kepuasan, tanpanya terasa keresahan dan sebagainya. Betulkah? Jom kita lihat situasi.

Perlawanan bola contohnya. Adakah satu kesalahan bagi menyaksikan perlawan tersebut dan hukumnya? Tidak kan dan hukumnya harus. Tetapi andai dengannya kita meninggalkan yang wajib, bagimana pula? Sudah pasti ia mampu jatuh kepada hukum haram. Sebabnya? Mengutamakan yang harus daripada wajib. Apa pula puncanya? Mungkin kerana tergila-gilakannya atau penyerahan jiwa pada ketika itu adalah kepadanya. Jadi, boleh tidak kita takrifkan dia menjadikan bola itu idola kerana memperhambakan diri kepada bola.

Kenapa jadi sedemikian, saya hanya melihat saja. Sekarang kita balik kepada maksud idola. Ada berpendapat idola membawa erti kepada tempat serahan dan pujaan. Ertinya di situ, kita mengutamakannya lebih daripada yang lain. Sama tidak dengan situasi tadi. Mm, fikir sendiri.

Sama juga dengan mengidolakan pemain, artis, penyanyi, pelakon atau sebagainya. Ada hadis yang mafhumnya berbunyi,

"Barangsiapa mengikut sesuatu kaum (golongan) maka di akhirat dia tergolong daripada golongan tersebut"


PENGABDIAN YANG ABADI

Jadilah hamba yang Rabbani

Abadi. Membawa erti satu jangka masa yang kekal tiada penghujungnya. Jadi, untuk menjadikan pengabdian kita abadi perlu untuk kita tahu apa yang abadi atau kekal. Siapa lagi jika buka pencipta kita, betul? Allah jawapannya.

Bagaimana caranya?

1. Jadikan Allah tempat penyerahan

Serahlah segala jiwa raga kita kepada-Nya tanpa ada penyerahan kepada yang lain. Allah yang menjadikan makhluk sudah pasti tahu apa yang terbaik. Jadikan Allah sebagai "ilah" kita - Dialah segala-galanya.

2. Berilah khidmat kepada-Nya dengan pengharapan

Dia Allah memberi kita macam-macam nikmat. Semua yang ada merupakan nikmat daripadanya. Ingin berkata kasih dan sayangnya Allah kepada hamba-Nya, Dia tidak meminta apa-apa melainkan jadikan Allah sebagai "ilah" dan tempat pengabdian makhluk kepada-Nya.

Jadi, itulah khidmat kita kepada-Nya. Berilah khidmat dengan mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Guide line pun telah disediakan - Al-Quran dan As-Sunnah.

Ingat! Tidak cukup sekadar tahu apa yang diperintahkan tanpa amalan, tahu tentang segala larangan dengan perbuatan dan jadikan ia sebagai teori dan pelajaran. Tetapi ikutlah syariat-Nya dengan penuh kefahaman, amalan dan pengharapan. InsyaAllah ia dikira 'ibadah. Mudahan redha Allah bersama.

AKHIR KATA

Mungkin sekadar itu dahulu dari saya. Ayuh sama-sama kita jadikan Allah tempat pengabdian abadi. Mudahan Syurga yang dijanjikan Allah itu idaman kita.

Wallahu a'lam..

No comments: