PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Wednesday, June 15, 2011

ISTIQOMAH dan kita


Terus melangkah menuju tempat abadi

Bismillah..Dengan nama Allah sekali lagi saya menulis..

Seperti biasa, sama-sama kita merafa' syukur dengan kalimah 'alhamdulillah'. Tidak putus-putus Dia memberi peluang dan nikmat kepada seluruh makhluk secara adil dengan penuh kebijaksanaan.

Alhamdulillah..

MUQADDIMAH


Pernahkah kita merasai ada sesetengah masa kita bersemangat dan sebahagian masa lain kita rasa luntur? Mungkin ada yang berkata 'ya' dan mungkin juga berkata 'mm..entah la, tak rasa apa-apa pun'. Itu adalah sebahagian yang berkaitan dengan perkongsian kita pada kali ini.

Istiqomah. Itulah ia. Satu perkara yang sangat penting tetapi sukar dituruti dan diamalkan. Mahu atau tidak perlu kepadanya. Sebabnya kehidupan kita di stesen dunia yang bersifat sementara ini menghajati keredhaan Allah dan keterimaan segala amalan supaya dikira 'ibadah kepada-Nya.

JENIS

Istiqomah boleh membawa maksud terus-menerus atau penerusan. Erti saya kali ini ialah seseuatu perkara yang mampu dilakukan secara berterusan. Untuk itu, ada dua jenis:

1. Istiqomah dengan kemungkaran dan kemaksiatan
2. Istiqomah dengan kemakrufan dan kebaikan

Sebab apa jenis itu didahului dengan kemungkaran berbanding kemakrufan? Ya, Istiqomah dengan perkara yang mungkar lebih mudah dan senang. Tidak dapat dinafikan lagi, ramai yang tergolong golongan pertama tadi. Na'uzubillah. Minta jauh dari perkara tersebut.

PUNCA SUKAR ISTIQOMAH

Sukar istiqomah di sini membawa erti kepada sukarnya untuk istiqomah dengan kemakrufan atau kebaikan. Bukan sukar jenis pertama. Apabila sukar, tentu ada punca dan faktor yang menyebabkan ianya terjadi.

1. Ikhlas

Ini merupakan faktor yang pertama. Ikhlas bukanlah sekadar satu perkara yang kita terima dan redha dengan seadanya tetapi mencangkupi Allah juga terima dan redha.

2. Iman

Ini bermaksud keyakinan dan kepercayaan yang benar-benar dengan Allah dan perkara-perkara ghaib yang lain -malaikat, kitab dan sebagainya. Ini termasuk dengan keyakinan dan kepercayaan kepada janji-janji Allah - dosa, pahala, syurrga, neraka dan sebagainya.

3. Manusia dijadikan robot

Apa itu? Manusia dan robot berbeza. Ya, benar. Tetapi boleh dikaitkan manusia itu robot sekiranya kehidupan sehariannya dirutinkan. Maksudnya, setiap hari dia akan buat perkara yang sama berulang-ulang berdasarkan jadual yang ditetapkan tanpa kesedaran - bangun pagi-sollah subuh-tidur-makan-pergi sekolah-belajar-rehat-belajar-balik rumah,. Bukankah itu digelar robot? Sedangkan hidup kita ada misi dan visinya - untuk mencapai syurga Allah dengan redha Allah - dengan melihat konsep yang luas.

4. Pengaruh suasana sekeliling

Ini juga antara faktor yang besar. Contohnya di U. Kuliah mula pukul 10 pagi. Seperti umumnya
student akan tidur pagi selepas subuh. Andai kita juga mula terikut suasana yang begitu, kita juga jadi begitu. Jika begitu, bagaimana nak istiqomah tak nak tidur selepas subuh. Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain.

AKHIR KATA

Titisan air pabila berterusan mampu menjadi takungan

Biarlah kita amalkan sedikit tetapi istiqomah berbanding amal banyak kemudian berhenti sebelum penamatnya. Perbanyakkan amalan kita melalui kefahaman yang benar. InsyaAllah, kita mudah kerjakan segala perintah Allah.

Wallahu a'lam..

Tuesday, June 14, 2011

PENGABDIAN yang abadi


Terus menjadi hamba kepada yang abadi

Bismillah..Dengan nama Allah saya terus gagah menulis..

Alhamdulillah saya rafa'kan ke hadrat Ilahi. Sebab apa? Mengikut tafsiran Ustaz Syed Qutb dalam penulisannya Fi Zilalil Quran ada menyebut tentang ayat kedua surah Al-Fatihah iaitu Alhamdulillahi rabbil 'alamin dan menghuraikan mengenai 'alhamdulillah'. Alhamdulillah adalah satu kesyukuran yang amat besar kepada Allah kerana tanpa-Nya tiadalah kewujudan segala makhluk di muka bumi atau di langit termasuklah kita, hamba yang lemah ini - manusia.

Jadi, perlu untuk kita merasainya dengan benar-benar kefahaman bagi membuktikan dalam kehidupan. Tidak ada lagi yang diminta-Nya sebagai pembuktian terima kasih melainkan untuk mengabdikan atau memperhambakan diri kepada-Nya Yang Maha Kuasa ke atas segala-galanya.

Seperti biasa, laman ini akan berkongsi dengan anda tentang satu perkara. Hari ini, saya cuba kongsi mengenai 'pengabdian yang abadi'. Mungkin ramai dan tahu tentangnya. Tetapi, ini adalah perkongsian dari saya. Andai ada sebarang pandangan boleh kongsikan bersama.

MUQADDIMAH

Pengabdian. Berasal dari 'abd' yang bermaksud hamba. Jadi, pengbdian ialah penghambaan kepada sesuatu. Yang dikatakan tempat penghambaan ialah sesuatu yang kita berharap, meminta, bekerja dan memberi khidmat kepadanya dengan nilai kita menjadikannya ia tempat segala-galanya kerana keberadaan tahap disisinya adalah rendah.

Dalam konteks ini, seorang yang dijadikan hamba kepada majikannya. Itu juga dipanggil penghambaan. Tetapi ia berbentuk kepada penghambaan kepada manusia. Kita boleh ambil contoh dari seorang hamba semasa zaman dahulu. Sebab apa dia perlu ada penghambaan kepada manusia sedangkan dia juga berupa manusia?

Ya. Kerana keberadaan kedudukannya yang rendah -miskin, susah dan sebagainya. Inilah sebabnya terjadi sedemikian. Dia memerlukan harta dan tempat berlindung. Dengan menjadi hamba kepada majikan dia beroleh harta yang dihajati. Bukan banyak tetapi sekadar mampu meneruskan kehidupan dengan ada pengharapan. Majikan pula tidak akan beri kepada hamba tersebut tanpa apa-apa khidmat atau sumbangan kepadanya. Jadi, hamba itu perlu bekerja terhadap majikan tersebut dengan harapan diberi sedikit ganjaran. Terpulang kepada majikan mahu memberi ganjaran dengan kuatiti yang bagaimana atau tidak.

REALITI
Realiti sekarang telah diwarnai oleh Jahiliyah

Ok. Sekarang kita boleh kaitkan dengan realiti sekarang. Zaman sekarang, apa yang manusia tergila-gilakan atau melabelkan dalam kehidupan mereka sebagai idola? Artis, pelakon, pemain bola, barat's style dan apa-apa. Apa yang manusia kehendaki dengan mereka sehingga menobatkan mereka sebagai ikutan atau inspirasi? Mungkin inginkan ketenangan, kepuasan, tanpanya terasa keresahan dan sebagainya. Betulkah? Jom kita lihat situasi.

Perlawanan bola contohnya. Adakah satu kesalahan bagi menyaksikan perlawan tersebut dan hukumnya? Tidak kan dan hukumnya harus. Tetapi andai dengannya kita meninggalkan yang wajib, bagimana pula? Sudah pasti ia mampu jatuh kepada hukum haram. Sebabnya? Mengutamakan yang harus daripada wajib. Apa pula puncanya? Mungkin kerana tergila-gilakannya atau penyerahan jiwa pada ketika itu adalah kepadanya. Jadi, boleh tidak kita takrifkan dia menjadikan bola itu idola kerana memperhambakan diri kepada bola.

Kenapa jadi sedemikian, saya hanya melihat saja. Sekarang kita balik kepada maksud idola. Ada berpendapat idola membawa erti kepada tempat serahan dan pujaan. Ertinya di situ, kita mengutamakannya lebih daripada yang lain. Sama tidak dengan situasi tadi. Mm, fikir sendiri.

Sama juga dengan mengidolakan pemain, artis, penyanyi, pelakon atau sebagainya. Ada hadis yang mafhumnya berbunyi,

"Barangsiapa mengikut sesuatu kaum (golongan) maka di akhirat dia tergolong daripada golongan tersebut"


PENGABDIAN YANG ABADI

Jadilah hamba yang Rabbani

Abadi. Membawa erti satu jangka masa yang kekal tiada penghujungnya. Jadi, untuk menjadikan pengabdian kita abadi perlu untuk kita tahu apa yang abadi atau kekal. Siapa lagi jika buka pencipta kita, betul? Allah jawapannya.

Bagaimana caranya?

1. Jadikan Allah tempat penyerahan

Serahlah segala jiwa raga kita kepada-Nya tanpa ada penyerahan kepada yang lain. Allah yang menjadikan makhluk sudah pasti tahu apa yang terbaik. Jadikan Allah sebagai "ilah" kita - Dialah segala-galanya.

2. Berilah khidmat kepada-Nya dengan pengharapan

Dia Allah memberi kita macam-macam nikmat. Semua yang ada merupakan nikmat daripadanya. Ingin berkata kasih dan sayangnya Allah kepada hamba-Nya, Dia tidak meminta apa-apa melainkan jadikan Allah sebagai "ilah" dan tempat pengabdian makhluk kepada-Nya.

Jadi, itulah khidmat kita kepada-Nya. Berilah khidmat dengan mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Guide line pun telah disediakan - Al-Quran dan As-Sunnah.

Ingat! Tidak cukup sekadar tahu apa yang diperintahkan tanpa amalan, tahu tentang segala larangan dengan perbuatan dan jadikan ia sebagai teori dan pelajaran. Tetapi ikutlah syariat-Nya dengan penuh kefahaman, amalan dan pengharapan. InsyaAllah ia dikira 'ibadah. Mudahan redha Allah bersama.

AKHIR KATA

Mungkin sekadar itu dahulu dari saya. Ayuh sama-sama kita jadikan Allah tempat pengabdian abadi. Mudahan Syurga yang dijanjikan Allah itu idaman kita.

Wallahu a'lam..

Sunday, June 12, 2011

Satu dua macam-macam dan saya


Bismillahirahmannirrahim..

Alhamdulillah, still lagi Dia Allah beri nikmat kepadaku. Firstly, saya suka mengajak untuk kita sama-sama perbaiki mind set kita agar tak terkeluar dari landasannya yang betul - apa tujuan hidup di muka bumi? Ya, tidak asing dan tidak bukan lagi hanya untuk berubudiyah kepada Allah. Semua telah diketahui umum seperti yang termaktub dalam kitab mulia Al-Quran,

"Tidak Aku(Allah) jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"
-Surah Adz-Dzariyat, 56-

Ingat! Ayat ini bukanlah untuk seseorang yang istimewa dan terkenal saja ya seperti ustaz, guru, daie, pengetua atau apa-apa orang yang berjawatan besar. Tetapi untuk semua makhluk yang bernama Jin dan Manusia. Jadi, inilah landasan kita. Yang faham terus hadamkan dalam kehidupan, yang kurang sama-sama tingkatkan dan yang belum jadi tugas untuk kita mengajak ke landasan Ilahi.

Satu dua macam-macam yang saya dapat


Hari ini, 12 Jun 2011 - sudah seminggu berada di negeri orang. Berada di Kampus Gong Badak itulah saya. Jadi, post kali ini saya nak coret tentang macam-macam dan saya. Apa tu? Kurang faham? Tak faham? Mm..saya pun susah juga untuk memahami dan memahami orang lain. Kejap ya.

1. Macam-macam persediaan untuk ku siapkan di alam kampus.

Tarbiyah Dzatiyah penting bagi diri

Bagi insan yang masih lagi menuntut ilmu dan dalam perjalanan persiapkan diri untuk menuju negeri yang abadi. Sebelum sampai ke sana, perlu untuk kita persiapkan diri di negeri yang sementara ini - dunia.

Jadi, di alam kampus ini antara tempat yang banyak pada persiapan dan persediaan. Preparation yg first ialah perlengkapan hati, jiwa, fizikal, mental dan rohani. Mudah kata, pertamanya perlu pada tarbiyah dzatiyah (didikan diri dalam memantapkan diri sendiri). Tidak ada tarbiyah dzatiyah sukar untuk tempuh halangan dan cabaran yang menimpa. Perlu untuk saya sedia proses itu. InsyaAllah, selepas adanya persediaan yang utama itu, tersusunlah dengan persediaan yang seterusnya.


2. Macam-macam cabaran yang mendatang.

Perlu ditempuh dengan berstrategi

Perlu ada preparation sudah tentu adanya cabaran dan ujian. Kalau tidak ada, tidak perlulah persediaan kan. Jadi, antara cabaran keberadaan saya di sini yang perlu ditempuh ialah:

-bergaul dengan rakan baru yang datang dari berbagai negeri.
-mengharungi suasana IPT yang berbeza jauh dengan suasana sekolah.
-mencari rakan yang boleh dijadikan sahabat.
-merentasi dunia IPT di sini tanpa sahabat sesekolah.
-dan macam-macam lagi lah..

Yang terpenting ialah dapatkan redho Allah dan berkat ilmu dan ibu ayah.

Akhir kata

Berpesan pada diri saya agar terus tabah mengaharungi segala macam-macam itu berlandaskan ajaran Islam yang benar.

(sebenar nak peringatka diri yang sering terlupa ini..)

Wallahu a'lam..

Sunday, June 05, 2011

CHANGLUN dalam kenangan

Segala yang berlalu adalah kenangan

Bismillah..

Dengan nama-Nya hamba cuba menulis..

Hari ini, 5 Jun 2011. Telah berada ku di negeri Terengganu. Esok adalah hari pendaftaran untuk ku ke alam lain dimana diri ini akan mengharungi satu alam yang baru - iaitu IPT. Tidak disangka betapa pantasnya masa berlalu sehingga merasakan bagai semalam baru bertemu. Tetapi, dalam keadaan hari tidak mengira jam, terdapat nostalgia yang tidak dapat ku lupakan. Changlun. Itulah tempat peninggalan kenangan ku di sana.

Hari demi hari terus berlalu. Segala tindak laku terus dikenangkan. Walaupun hanya berada buat beberapa bulan, sungguh terasa manis pahit hidup di sana. Berkenalanlah hamba ini dengan berapa orang yang datang dari macam-macam negeri. Hidup bersama, tidur bersama, tinggal bersama, suka duka bersama, tempuhi dugaan dan cabaran bersama dan berbagai lagi bersama. Tidak dapat ku lupakan hidup bersama di sebuah pekan kecil itu. Cuma tidak pasti adakah mereka juga merasa apa yang ku rasa.

Siapakah orang itu?

Mm..Mereka itu ialah Mohammad Azhar Hilmi bin Mohamad Fadzil, Muhammad Syahmi bin Ibrahim, Ahmad Al-Bashir bin Ismail dan Fitri Zakwan bin Zaid. Itulah orangnya. Mereka semua terdapat kelebihan tersendiri walaupun mereka bersederhana sahaja. Hidup bersama dengan mereka telah banyak mengajar erti kehidupan ku untuk hidup sendiri.


(maaf tidak dapat ku kongsi perwatakan mereka)

Berjalan kaki aktiviti mengisi masa

Bermacam perkara yang unik telah kami lalui. Antaranya ialah berjalan kaki sejauh hampir 2 km. Entah bagaimana aktiviti yang pelik itu boleh dilakukan hampir setiap minggu. Pada mulanya, Pada bulan pertaman, boleh dikatakan hampir setiap hari kami berjalan bersama. Tetapi lama kelamaan, kemalasan telah menyelaputi diri. Tiap-tiap hari bertukar menjadi minggu, kemudian minggu kepada bulan.

Bukan ada tujuan besar untuk berbuat demikian, hanya seronok berjalan bersama untuk memenuhi keperluan dan kehendak hidup bujang di sana. Kadang-kadang, berjalan kaki sejauh itu sekadar ingin berteman sahabat menonton perlawanan bola. Ada kala, sekadar ingin ambil duit di bank. Dan ada kalanya ingin mengisi perut yang kosong. Jika difikirkan faedah atau tidak, pasti akan rasa banyak membuang masa. Tapi, itulah aktiviti yang mengisi masa hidup bersama. Itulah yang mengeratkan lagi ukhuwah kami.

Fuhh, memang kenangan hidup di sana.

Perpisahan yang ada penawarnya

Bermula bulan 4 (tak silap la), saat perpisahan sudah bermula. Di dahului dengan peepisahan dengan seorang sahabat yang pengirang telah pun pergi bagi meneruskan pengurusan pengajiannya. Beliau ialah Mohammad Azhar Hilmi bin Mohamad Fadzil. Bermula dari itu, tinggallah kami berempat. Tidak lagi berlima.

Kemudiannya, dituruti pula oleh saudara Fitri Zakwan bin Zaid. Perwatakan yang bersahaja dan sederhana tetapi agak penghibur. Beliaulah tempat pengirang di saat suasana muram. Beliaulah banyak menjadi tumpuan bahan jenaka. Perpisahan dengannya telah membuat kami hilang seorang lagi insan yang sudah banyak tempat bergelak tawa dan bergurau senda.

Tetapi, tidak beberapa lama kemudiaannya, Allah telah menggantikan kedua-dua insan itu dengan insan lain. Berjasa, baik hati, rendah diri dan bersederhana adalah peribadinya. Insan itu ialah Pak Cik Abdul Rahman dan Mak Cik Liza (parent kepada seorang pelajar At-Toyyibah, Awatif)

Umie dan Pak Long adalah bahasa diri mereka

Pak Long a.k.a Pak Cik Rahman

Umie a.k.a Mak Cik Liza

Bermulanya hidup bertiga, membuatkan hubungan kami dengan mereka lebih dekat dan rapat. Adakalanya mereka mengajak kami tidur bermalam di rumah mereka dan satu dua masa mereka memperlawa kami berjalan dan makan bersama di beberapa tempat. Memang benar pepatah da mengatakan, musafir mampu terjali ukhuwah dan kenal mengenal.

Tidak cukup sekadar itu, mereka berbahasakan diri mereka dengan panggilan yang lebih mesra iaitu Pak Long (Pak Cik Rahman) dan Umie (Mak Cik Liza) dan menganggap kami anak-anak mereka. Selepas dari itu, keakraban lebih rapat terjalin antara kami dan mereka. Panggilan itu membuat kami begitu terasa kemesraan dan kasih sayang.


Malu dan segan

Agak segan dan malu sudah pasti pada diri ku. Yalah, mereka banyak membantu dan memudahkan urusan kami di sana. Mereka juga adalah insan yang banyak memberi semangat dan nasihat untuk kami. Tetapi, selepas perpisahan dengan hamba yang peramah - Ahmad Bashir, mahu atau tidak tinggallah antara diriku dengan Syahmi. Jika ada apa-apa, tidak diri ku, tentu Syahmi adalah insan yang perlu terus menghubungkan silaturrahim dengan mereka Walaupun agak segan tersemat pada diri kami, perlu untuk kami mengakis sifat tersebut dari menyelubungi diri ini.

Akhir

Nak diceritakan tidak terungkap untuk ku mengata. Tambahan dengan menulis. Banyak perkara yang ku pelajari di sana. Dan semua itu telah menjadikan kenangan untukku. Ada masa dan peluang, InsyaAllah akan disambung. Setakat itu dahulu dari insan dan hamba ini.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan setiap perpisahan pasti ada kenangan. Moga semua itu diredhai-Nya..

Wallahu a'lam...