PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Friday, January 16, 2009

Boikot!!

klik di gambar

Di sini ada sedikit produk barangan yang telah dikeluarkan oleh pihak Yahudi dan sekutunya. Kita telah disarankan untuk memBOIKOT produk-produk mereka dengan cara tidak membeli barangan yang telah mereka keluarkan. Bersama membantu Palestin dan Islam itu sendiri...
Sekian wassalam..

Satu HADIAH buatmu Palestin




Qunut Nazilah..
Kan ku hadiahkan untukmu di sana
Kerna ku tahu aku tak mampu berjumpa denganmu
Ini sebagai bantuan ku di sini
Moga Tuhan terima doa Si Hamba yang lemah



Qunut Nazilah..
Doa ini pernah di pohon oleh seorang yang mulia
bernama Muhammad rasul Allah
Sewaktu perang Al-Ahzab
Beliau pergi bermunajat pada Mu Allah
Selama 3hari 2malam berseorangan
Meminta pertolongan dariMu
Agar tentera Al-Ahzab dikalahkan



Qunut Nazilah..
Kan ku lakukan untuk saudaraku di sana
Yang tak pernah dalam damai dan aman
Kerna satu kaum telah memasuki watanmu
Dengan haram dan kejam
Zionis Yahudi Laknatullah namanya
Kerna merekalah saudaraku terkorban
Tercedera dibom dan ditembak



Qunut Nazilah..
Ini lah hadiah buatmu disana
Palestin bumi Anbiya'
Terimalah Ya Allah
Terimalah Ya Allah
Ameen Ya Robal 'Alamin....






*p/s: Boleh klik di gambar untuk menjelaskan lagi bacaan anda.

Thursday, January 15, 2009

Bagaikan Holywood..

Belakangan ini, pelbagai idea yang terkeluar dari minda lemah saya. Harapan menulis cerita yang berlaku di sepanjang cuti akhir tahun 2008 tidak tertunai apabila satu cerita bagaikan mimpi terjadi di bumi anbiya'. Gaza..Satu pertempuran yang berlaku di sana amatlah dahsyat sekali. Pihak zionis Israel laknatullah telah memperlakukan orang islam bagaikan binatang untuk disembelih.Di kaca televisyen telah menyaksikan rakaman penduduk di Gaza. MasyaAllah..Itu baru di kaca TV bukan di tanah sana lagi. Sehingga kini, perang Gaza telah mencapai hari ke-19 yang mengorbankan lebih 1000 orang maut dan lebih 4ooo org cedera. Ini adalah angka yang besar kepada orang yang merasai saudara-saudaranya telah dibunuh. Alasan pertama yang digunakan adalah untuk menghentikan roket peluru yang digunakan oleh Hamas tetapi orang yang tidak berdosa pula menjadi sasaran tentera zionis itu manakala pemimipin Hamas entah ke mana.











Apa tindakan kita apabila mendapati saudara seagama ditimpa sedemikian rupa? Adakah kita perlu berdiam diri sahaja? Saya pasti jawapan yang dikeluar oleh semua pihak 'tidak'. Tetapi mana pergi pula bantuan yang dikeluarkan kita? Bantuan yang mampu ditunaikan oleh setiap individu adalah tindakan memBOIKOTkan setiap barangan yang telah dikeluarkan oleh syarikat dari Israel dan sekutunya, Amerika. Selain itu, kita mempunyai cara yang lebih baik iaitu berDOA. Doa adalah senjata utama orang mukmin tidak harus kita lupainya. Saya pasti cara ini adalah cara yang terbaik untuk kita membantu saudara kita di sana yang tidak pernah hidup dalam kedamaian.

Sedikit dari saya untuk berkongsi pandangan serta soalan. Firman tuhan telah membuktikan bahawa Islam akan menang jua. Jangan lupa DOA kepada yang Maha Esa agar Islam kembali bersatu. Sekian, Wassalam

p/s: anda juga boleh melayari laman web khas utk palestin di http://haluanpalestin.haluan.org.my/
http://palestinkini.info/