PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Saturday, March 14, 2009

4 istilah dalam Al-Quran

Petikan dari buku yang berjudul Empat Kalimah Dalam Al-Quran yang ditulis oleh Abul A'la Al-Maududi.

Dalam buku ini, 4 istilah atau kalimah utama telah disebut. Istilah-istilah itu ialah Al-Ilah, al-Rabb, Al-`Ibadah dan Ad-Deen. Perkataan tersebut adalah istilah pokok dalam Al-Quran dan merupakan titik-tolak dan tujuan sekaligus. Maka titik-tolak atau dasar dan tujuan Al-Quran yang utama itu ialah:-

1. Bahawasanya Allah SWT adalah satu-satunya Illah (yakni Tuhan Yang Maha Esa)
2. Bahawasanya Allah SWT adalah satu-satunya Rabbul Al-Amin (yakni Pemilik dan Penguasa utaman seluruh alam semesta dan segenap Penghuninya. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan.
3. Bahawasanya segala kegiatan dan ketaatan sayugianya diperuntukan Allah (yakni disesuaikan dengan ketentuanNya)
4. Dan hanyalah Allah semata yang membuat Deen (agama/ tatacara hidup)

Jelaslah sudah bahawa barangsiapa ingin memperdalamkan ilmunya (pengetahuan dan fahaman) tentang isi Al-Quran itu hendaklah terlebih dahulu faham benar erti dan maksud keempat istilah tersebut. Dan sesiapa belum faham akan definasi Al-Ilah, Al-rabb, Al-`Ibadah dan Ad-deen iyu, maka dia akan menganggapkan Al-Quran sebagai buku cerita dari manusia zaman dahulu. Kerananya, sulit baginya untuk melaksanakan Deen-ul-Lah (Deen Allah) itu. Mustahil baginya untuk menjunjung tiggi akan Kalimatullah. Ini semua disebabkan kerapuhan Aqidah dan Imannya. Akan tetapi, kerana kaburan pandangannya tentang tauhid, maka tanpa disedar dia memperbanyakkan tuhan, Illah dan Rabb dalam kelakuannya sehari demi sehari. Ia akan terumbang-ambing oleh situasi dan terkendalikan oleh hawa-nafsu dan emosi, serakah, dengki dan sebagainya. Tanpa sedar, bahwa dia telah melanggar batas-batas tauhid dan terjerumus ke dalam jurang kemusyrikan. Dan alangkah amarahnya apabila anda menegurnya dia telah keluar dari Islam. Keluar dari Deen-ul-Lah atau Kalimatullah kerana telah mempersekutukan Allah dalam Uluhiyah dan RabubiyahNya. Semua itu disebabkan oleh kekaburannya dalam memahami erti atau maksud dari kata Illah dan Rabb.


...Itulah sedikit petikan yang perlukan kita ketahui. Hendak lebih lanjut, bacalah buku ini. Mungkin anda akan memahaminya...

Saturday, March 07, 2009

Istilah

Alhamdulillah, bersyukur kepada Pencipta sekalian alam kerana masih lagi memberi peluang kepada saya untuk menambah lagi post dalam destinasibaru.blogsot.com ini. Selawat dan salam juga saya tujukan kepada Rasul Muhammad dan keluarga baginda serta tak lupa kepada para sahabat. Pada kali ini saya bersua dengan berkongsi mengenai penggunaan istilah. Tujuan saya berbuat demikian adalah untuk kita saling memperingati antara jiwa insan yang mudah alpa ini.

Acapkali kita mendengar kekejaman zionis yahudi yang telah berlaku sekian lama. Adakah kita kita sedari zionis Israel telah memperdayakan kita dengan menamakan tanah haram mereka huni itu dengan Negara Israel? Apa yang ingin kongsikan pada kali ini adalah mengenai pernamaan Israel itu. Nama Israel sebenarnya nama gelaran bagi nama nabi Allah Ya’kub (as). Dengan penuh kebijaksanaan zionis mereka telah meletakkan tanah haram mereka dengan nama Israel. Begitulah realiti era globalisasi kini, tipu helah tanpa kita sedari telah menjadikan kita sebagai daging bahaman mereka. Cuba kita mengambil contoh ini, kita selalu memperkatakan Israel begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Walaupun ayat tersebut boleh dikatakan ringkas tetapi mempunyai kesan yang mendalam pada diri kita selaku hamba kepada Yang Esa ini. Andai kita menukarkan istilah Israel itu kepada Nabi Allah Ya’kub (as). Seolah-olah kita telah menghina nama nabi Allah tersebut dengan mengatakan baginda begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tepuk dada tanya iman, fikirkanlah!

Selain itu, istilah tuhan dengan rabb. Tuhan sebenarnya merujuk kepada sembahan seseorang kepada sesuatu. Tetapi rabb hanya untuk orang mengakui Allah sebagai sumber pengabdian. Maka dengan itu, kita telah lihat perbezaan antara 2 istilah yang hampir sama maksudnya. Sedarkah kadang-kadang kita telah mengunakan istilah tuhan kepada sandaran bagi Allah dalam kehidupan seharian kita? Ini juga merupakan salah satu senjata atau cara yang digunakan bagi melemahkan dan merosakkan lagi aqidah kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah beristighfar dengan meminta ampun dari Allah. Firman Allah juga telah menyebut bahawa setiap manusia berbuat kesilapan(kesalahan) tetapi perlu kita sedari orang paling baik adalah orang yang meminta ampun (bertaubat).

Wallahu A’lam..