PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Tuesday, April 10, 2012

Bentuk REZEKI


Bersua semula selepas beberapa lama. Alhamdulillah!

InsyaAllah, dengan kesempatan yang Dia masih beri saya ingin berkongsi satu tajuk. Rezeki. Itulah ia.

Apa khabar semua? Sihat? Semoga dalam keadaan sihat-sihat selalu dan dalam penjagaanNya.

Rezeki. Satu perkara yang bersangkutpaut dalam kehidupan kita seharian. Sedar atau tidak ia akan sentiasa mengiringi kita. Dan kita tidak tahu bila masa rezeki kita. Hanya Dia yang layak dan mengetahui rezeki untuk hambaNya.

Situasi 1

"Weyh, kita dah duk sini punya la lama. Dah 4 jam. Tapi sekor pun tak lekat. Penat ja tunggu. Orang lain pakat balik dapat ikan besar2.. Kita? Hmm..."

"Sabar.. sabar.. rezki tak da lagi.. Benda ni semuakan rezeki.."

Situasi 2

"Perghh! Tak sampai sejam aku dah dapat 2 ekor. Siakap pula tu.."

"Wow.. hebat.. hebat.."

Situasi 3

"Hebat giler kau! macam mane kau bleh dapat pointer 3.5? Aku tengok kau tak de la usaha banyak sangat. Study hard pun dak, Study smart lagi lah tidak."

"Hihi.."

Kekadang rezeki akan muncul tanpa mengira masa dan keadaan. Ada yang sudah usaha tetapi tiada apa yang diperolehi. Dan ada yang baru berusaha tetapi sudah mendapat habuan bagai tidak padan dengan usahanya.

BENTUK REZEKI

Tahukah kita ada beberapa bentuk rezeki yang akan datang kepada kita?

1. Bagai burung

Cuba lihat di awal-awal pagi. Ketika sinar matahari baru nampak cebisan-cebisan sahaja. Akan kelihatan burung-burung keluar dari sangkarnya dan terbang pergi. Jauh dekat entah la. Tetapi. bila senja mula menjelma. Ia akan pulang semula ke 'rumah'nya semula. Sama ada bersamanya ada makanan mahupun tidak.

2. Bagai cicak

 Pernah kan melihat cicak mencari makanannya. Perlu tak ia berjalan jauh-jauh untuk mendapat makanannya? Tidak bukan. Sekadar tunggu di cahaya-cahaya lampu dan menunggu serangga kecil terbang menuju ke lampu. Kemudian, hanya bergerak sedikit dan memanjangkan lidahnya untuk menangkap serangga-serangga itu.

3. Bagai periuk kera

Satu pokok yang sumber rezekinya hanya menunggu makanan pergi kepadanya. Tidak bersusah payah mencari makanan. Sekadar 'menipu' seranga kecil dengan harapan ia (serangga itu) perolehi makanan namun sebaliknya. Ia yang telah menjadi makanan dan rezeki kepada periuk kera. Hanya ada sedikit perangsang kepada serangga kecil menuju kepadanya.

Begitulah kita sebenarnya. Ada yang seperti burung, ada pula seperti cicak dan ada pula seperti periuk kera. Beraneka bentuk rezeki kan mucul.

MAKSUD PERUMPAMAAN
Seperti Burung.

Perlu berusaha. Kekadang jauh perjalanan demi mencari rezeki. Hasil belum pasti akan kecapi mahupun tidak. Hasil yang diperolehi bergantung pada usaha yang dikerjakan. Seperti burung, bukan?


Pendek kata seperti orang bekerja sendiri.

Seperti Cicak.

Rezeki yang datang bukan dari usaha kita sepenuhnya. Sekadar menumpang dan bekerjasama dengan yang lain untuk mendapatkan rezeki. Seperti si cicak yang hanya menumpang usaha si lampu. Dengan adanya lampu sebagai penarik minat serangga kecil menerpanya, si cicak pula yang mendapat rezeki.


Pendek kata seperti orang yang makan gaji. Bekerja dengan orang lain.

Seperti Periuk Kera
Tidaklah berusaha dengan bergerak sana ke mari. Cuma yang perlu hanya tunggu rezeki yang datang. Tidak perlu bersusah paya mencurahkan kudrat tetapi sekadar mengharap pemberian dari yang lain. Seperti periuk kera.


Pendek kata sama ada seperti makan gaji buta dengan curi tulang mahupun menagih simpati.

REZEKI BAWA KEPADA KUFUR ATAU SYUKUR?

Ingat! Dengan rezeki boleh membawa kita kepada 2 bentuk - Kufur atau syukur.

Jika dapat rezeki, kita syukur, ingat Tuhan, habuan kepada usaha yang dicurahkan, tidak sombong, dan tidak rendahkan yang lain, insyaAllah itu adalah natijah(hasil) yang diberi oleh Allah kepada dia.

Namun, jika dapat rezeki, kita lupa padaNya, makin jauh dariNya, merasai itu adalah usahanya sahaja, itu dikira sebagai tanda-tanda yang boleh membawa kepada kufur pada rahmat-Nya. Sedangkan apa yang diperolehi dan diberi adalah kerana adanya kasih-sayang dari Allah.

Kita bagaimana pula? Semoga rezeki yang diperolehi akan menambahkan syukur kita kepada Allah, Ya Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki). ^^

Ingat! Paling penting pastikan rezeki kita adalah HALAL dan TOYYIB (baik)..

Wallahu a'lam..

2 comments:

Qawiem Khairi said...

Salam alaik suhaib.
Satu garapajn idea yang menarik.
Ana mula berkira-kira dengan catatan enta. Mantap!

SZ said...

WS.. x da hebat seperti pelaut rabbani... ^^