PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Monday, March 10, 2008

Antara Wasiat Imam Hassan Al-Banna


1) Apabila mendengar azan, maka
bangunlah solat serta-merta walaupun dalam
keadaan apa sekali pun.

2) Bacalah al-quran, tatapilah buku2
ilmu, pergilah ke majlis ilmu, amalkan
zikrullah serta jangan buang masa
dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3) Berusahalah untuk bertutur bahasa
arab kerana bahasa arab yg betul itu
adalah
satu-satunya syiar islam.

4) Janganlah bertengkar dalam apa-apa
perkara sekali pun kerana pertengkaran
yang kosong tiada memberi apa-apa
kebaikan.

5) Janganlah banyak ketawa kerana hati
yang sentiasa berhubung dengan ALLAH
itu sentiasa tenang lagi tenteram