PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Saturday, August 13, 2011

Kesaksian KASIH seorang ibu di sebuah jamuan


Bismillah hamba lemah ini cuba berkongsi..

Sedikit pengalaman hari ini

"Suhaib, nanti ko bagitau orang lain tau kata kita nak bertolak pukul 6 petang nih"

Peringatan dan pesanan dari seorang kawan satu kos di UniSZA. Hari ini, kelas subjek English telah buat satu iftar bagi meraikan cadangan pensyarah kami - Madam Noor Azma. Tidaklah terlalu gempak atau besar iftar tersebut tapi ala sederhana lagi santai sahaja. Tempatnya pula di luar bumi UniSZA - Seberang Takir. Restoran bernama Seri Jenerih telah menjadi saksi jamuan kami di sana. Jadi, dia telah mengurus sebahagian besar tugas iftar ini - makanan, transport dan kewangan.

"Ok, nanti aku bagitau orang lain. Transport camna?"

Balas pernyataan yang diberi dengan persoalan untuk mendapat kepastian.

"Laki naik 2 kereta sewa dan satu kereta Rafiq. Pompuan diorang kata dah ada transport.."

"Ok lah. Nanti aku bagitau laki kos kita yang lain"

Sedikit perbualan telah berlaku di masa matahari sedang baru memuncak di atas. Tapi, tiada terasa bahangnya kerna berada di dalam bilikku.

**********

Jam menunjukkan hampir 6.00 petang. Sudah bersemuka antara ahli jamuan iftar English di bawah bangunan Khansa' - nama blok yang kami menginap. 2 buah kereta kancil telah berada di hadapan blok berserta sebuah kembara hijau Rafiq - teman sekos aku.

Beberapa masa kemudiannya, sampai sudah 3 buah kereta kesemuanya ke tempat yang telah dirancang untuk berbuka puasa bersama. Didapati pihak perempuan telah awal sampai daripada kaum Adam.

Sedang duduk menghadapkan badan di meja hidangan berlapik tikar getah kuning tanpa hidangannya, aku terperasaan sesuatu. Tidak kesemuanya yang hadir ke majlis tersebut. Walau apapun tidak mengapalah, cukuplah dengan siapa yang sudi hadir. Terasa sedih adalah juga. Tapi, nak buat bagaimana, perkara sebegini tidak bolah dipaksa.

Dalam keadaan seronok berborak. Mucul seorang perempuan bersama keluarganya yang berpakaian sederhana sahaja - dirinya, suami dan anak kecil yang baru mampu boleh berjalan anak. Itulah pensyarah aku di UniSZA. Sudah sampai rupanya dia. Semua bangun berdiri dan menuju ke arahnya untuk bersalaman. Pihak lelaki dengan suaminya dan pihak perempuan dengan dia. Tapi si anak kecil menjadi rebutan kedua-dua pihak. Tersenyum sendirian juga aku ini.

**********

"Allahu akbar..allahu akbar!"

Kedengaran azan dalam radio yang dipasang melalui handset kawan aku seorang lagi. Memberi isyarat kepada teman sebelah aku, Hamid bagi membaca doa berbuka puasa. Dia bangun buat kali kedua selepas mengiringi bacaan doa sejahtera lagi pengharapan -Doa Rabitah.

Beberapa ketika selepas itu..

"Amin.."

Semua tangan menyapu muka masing-masing menandakan tamat bacaan doa. Masing mengambil segelas air untuk mendahului iftarnya. Ada sebahagian terus lahab memakan yang ada di hadapan. Di hati kecil tahu pasti ada yang tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan dengan bayaran duit sebanyak RM10.

Tetapi, dikala semua insan sibuk merai segala makanan yang serba sederhana di hadapan, terdapat seorang ibu di hujung meja sibuk memberi makanan kepada anak kecilnya yang masih mentah itu. Cukup sekadar berbuka dengan setenguk air bagi membasahi kerongkongnya. Lalu terus dia melayani anaknya semula. Satu per satu dia melayan. Di situ tersirat pada wajahnya pengorabanan dan kasih sayang seorang ibu. MasyaAllah.

Menghadap semula wajahku hadapan makanan. Makan dan terus makan. Sekali dua terpaling pada keadaan wanita tersebut. Masih dia melayani anaknya. Hampir sahaja sehidang nasi yang disediakan itu habis, baru dia memulakan buka puasa yang sebenarnya. Wanita itu ialah pensyarah Englishku.

"Mungkin begitulah yang ibu aku buat kepada aku dahulu ya. Aku tidak tahu semua perkara itu. Aku juga tak sedar beberapa banyak lagi pengorbanan yang telah ibuku curahkan kepadaku"

Dalam hati aku berkata sejenak. Memang benar itulah hakikat seorang ibu. Biarlah dirinya mengalami sedikit kesusahan dan terpakasa melakukan pengorbanan tetapi biarlah hidup anaknya bahagia dan senang. Besar sungguh pengorbanan yang ibu telah curahkan. Apa yang berlaku adalah sedikit baru, entah berapa banyak lagi yang masih belum aku ketahui.

"Ya Allah, ampunilah segala kekhilafan aku terhadap kedua ibu bapaku. Letakkanlah mereka di tempat yang layaki. Yakni Syurga yang abadi. Ameen.."


Wallahu a'lam..

Friday, August 05, 2011

RAMADHAN = MADRASAH Mukmin


Bismillah saya cuba meneruskan perkongsian yang serba kekurang semoga bermanfaat..

Hari kita di bulan Ramadhan terus berlalu pergi satu persatu. Kekadang terasa sedikit penyesalan terhadap diri kerana tidak mampu menggunakan hari-hari di bulan ini dengan begitu baik. Semoga amalan yang sedikit ini diterima oleh Yang Maha Esa sebagai ibadah.

InsyaAllah, kali ini saya dapat sesuatu yang mana bagi saya cukup manfaat. Tapi, apa gunanya jika saya ada sedikit pengetahuan tanpa perkongsian dengan ANDA, bukan? Jadi, saya cuba kongsi dengan kalian apa yang saya dapat. Mungkin pernah didengar tapi jadikan peringatan bersama. Semoga saya dan kalian dapat sesuatu untuk diaplikasi dalam kehidupan.

PENDAHALUAN


Tahukah ada pepatah yang mengatakan RAMADHAN sebagai MADRASAH?

Ya, saya tahu.

Tapi adakah kita faham apa maksudnya itu?

Mm..

Ok, saya cuba kongsi ya. Apa yang terbayang difikiran tentang madrasah a.k.a sekolah @ universiti @ institusi?

Terdapat padanya objektif-objektif tersendiri untuk mencapai matlamat digaris.

Ada prasyarat untuk mencapai kejayaan.

Ada kurikulum tersendiri bagi menjayakan objektifnya.

Dan ada hasil yang akan diperoleh sekiranya berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.

Mm..betul-betul.

Jadi samalah dengan Ramadhan. Jom kita lihat satu persatu.

KRITERIA MADRASAH MUKMIN

MATLAMAT:
  • Mejadikan insan-insan bertaqwa
  • Melahirkan pekerja-pejerja yang cemerlang dari segi semua aspek
PRASYARAT:
  • Beriman

OBJEKTIF:

Khusus
  • Melahirkan insan-insan baru yang bertaqwa dan Allah redha dengannya
Umum
  1. Mendidik jiwa dan rohani
  2. Mendidik jasmani dan kesihatan
  3. Mendidik kemahuan dan kesabaran
  4. Mendidik untuk lebih memahami nilai kenikmatan
  5. Mendidik untuk merasai kesusahan orang lain
  6. Dll
KURIKULUM (bagi tiap hari):
  1. Solat terawikh
  2. Taubat
  3. Sedeqah @ zakat @ infaq
  4. Sabar
  5. Doa dan munajat (dengan penuh pengharapan semoga Allah beri yang terbaik)
  6. Muhasabah diri dan mujahadah
  7. Cari malam lailatul Qadr (*bonus untuk ummat Nabi Muhammad sahaja)
  8. Puasa (dalam erti kata luas dan sebenar)
  9. Membaca AlQuran (baca+dekat+tadabbur+hayati)
HASIL (insyaAllah dapat pabila cukup kurikulum untuk capai objektif, akan lahir insan SOLEH + TAQWA)
  1. Ikhlas kerana Allah
  2. Muraqabatullah (merasai keberadaan Allah setiap masa)
  3. Kemahuan dan kesabaran terjaga dan terdidik
  4. Insan berwibawa
  5. Jiwa berubudiyah kepada Allah

KESIMPULAN
  1. Didiklah diri untuk mejadi hamba Rabbani bukannya hamba Ramadhani. Bulan Ramadhan hanya sebagai tempat mengembalikan tenaga a.k.a tempat charge bateri kita untuk dibawa bekal di bulan-bulan lain.
  2. Gunakanlah ruh perubahan dan semangat melakukan amal makruf nahi mungkar yang ada di bulan ini sebagai pembakar untuk berubah kearah kebaikan.
  3. "Orang paling rugi adalah orang yang keluar Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan" -hadis-
(BERUBAH + IMAN = PERUBAHAN BERKEKALAN, InsyaAllah)


Wallahu a'lam..

Tuesday, August 02, 2011

Pesanan DIRI untuk HATI dalam bulan Ramadhan

Bismillah daku mula berkongsi..

Berkatilah kami di bulan Ramadhan

Hari ini dah masuk hari ke3 Ramadhan. Macam mana amalan kita setakat sekarang? Apa khabar iman dan amalan di bulan ini? Harapnya kita dapat lakukan amalan yang terbaik dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada-Nya. InsyaAllah.

Jadi, dalam masa yang singkat di saat mata hampir terpejam lena, cuba untuk kongsi sedikit peringatan untuk diri tentang Ramadhan. Kita pun sudah maklum bahawa kita berada di bulan Ramadhan, bukan? Tapi adakah sebarang tindakan kita terhadapa bulan Ramadhan. Dan bagaimana pula amalan kita setakat sekarang - kekal, bertambah atau berkurang?

Hati kecil sila fikirkan ya!

Hati, diri ini nak suruh kamu fikir satu kata-kata, boleh? Mudah dan senang saja. Tidak perlu buat banyak kerja tapi renung - kemudian fikir + respon + bertindak. Boleh ya hati?

Jom sama-sama fikir!

"Penentu kestabilan momentum amalan adalah dengan iman bukan pada umur dan zaman"

Tersirat:

Semangat muda memang begitu tinggi. Serah saja tugas dapat laksanakan. Tengok orang beramal terdetik juga nak beramal. Nampak orang baik terasa nak jadi baik. Tapi apabila keseorangan apa yang terjadi? (Wallahu a'lam)

Sebab itu perlu jadi IMAN sebagai tonggak perubahan. Berubah sebab apa? Iman yang tolak dan terdetik untuk berubah. Baru betul begitu. Jadi sama-sama kita letakkan IMAN dihadapan. Tambahan di dalam bulan Ramadhan, mudah tertarik dengan ajakan untuk beramal dan melakukan kebaikan. Jadi, teruskan niat murni itu. Jadikanlah Ramadhan noktah bidayah atau titik mula melangkah perubahan. Pastikan kita meletakkan IMAN dihadapan. Moga kita beramal adalah dasar imana menolak dan semoga Dia tetapkan IMAN kita. Ameen.


(Sebenarnya post kali ini hanya kebetulan saja. Entah tiba-tiba terdetik nak tulis malam ni. Tapi hakikat adalah keizinan-Nya).

Wallahu a'lam..