PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Friday, September 16, 2011

16 September SEJARAH TRAGIS


Bismillah.. Dengan nama-Nya saya terus memanfaatkan masa..

Dunia kini. Pasti tidak terlepas daripada dunia yang lalu. Kemajuan yang diperolehi kita adalah usaha mereka yang hidup pada masa dahulu. Keteknologian yang canggih kini juga adalah daripada usaha mereka yang gigih pada masa dahulu. Perubahan persekitaran kini juga adalah disebabkan perubahan yang telah dimulai pada masa dahulu. Mudah kata, hubungan antara dunia, manusia dan sejarah tidak dapat dipisahkan. Antara mereka pasti berkait.

InsyaAllah pada hari ini saya akan cuba membawa kita untuk mengimbas kembali sejarah yang berlaku pada hari ini - 16 September. Satu tarikh yang cukup penting buat kita semua.

Saya yakin kita sekarang diprovokkan dengan taikh 16 September adalah tarikh buat negara kita terbina dan terbentuk. Ya, wallahu a'lam. Saya tidak tahu akan kesahihannya tetapi itulah yang kita pelajari, bukan? Dengan tarikh itu juga, kita telah diizinkan-Nya negara kita masih lagi hidup aman, tenteram dan damai. InsyaAllah.

Tapi, sedar tak kita ada satu lagi peristiwa yang cukup penting buat kita sebagai seorang Muslim disebalik tarikh 16 September. Jom kita lihat!

16 September 1982 - Tragis yang didiami dan terlenyap

Tarikh bermakna buat kita - tragis saudara seakidah kita disembelih di Shabra Shatila. Sebuah kem pelarian yang telah menempatkan ramai umat Islam dari Palestin. Pada tarikh itulah umat Islam dibunuh beramai-ramai dan disembelih tanpa ada perasan kemanusiaan oleh kaum yahudi Laknatullah dengan arahan terus daripada Menteri Pertahanan Israel pada masa itu, Ariel Sharon.

Peristiwa berdarah itu dikatakan berlaku selama 3 hari - bermula 16 September hingga 18 September. Peristiwa inilah yang menyaksikan pembunuhan lebih 3000 orang awam rakyat Palestin yang mendiami kem pelarian Sabra dan Shatilla (menurut laporan rasmi oleh Amon Kapeliouk, seorang wartawan Israel yang terkenal, namun pihak tentera Israel hanya melaporkan 700 hingga 800 nyawa sahaja, laporan rasmi Palang Merah antarabangsa pula menyebutkan 2,400 pada 22 September 1982). Peristiwa itu berlaku pada tahun 1982. Ianya merupakan satu tindakan keganasan yang tidak pernah terbayang akan dilakukan oleh manusia yang berakal, apatah lagi oleh sebuah kerajaan.

16 September 1982

Keesokannya 16hb September, Ariel Sharon dan Ketua Turus Tentera Israel telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Unit Militia Phalangist Lubnan, mengundang mereka masuk ke kem pelarian Sabra dan kem Shatila untuk membersihkan ‘sarang pengganas’. Mesyuarat tersebut berakhir pada 3 petang. Lewat petang 16hb September 1982, lebih kurang 150 orang unit pertama Militia Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat Israel masuk ke kem pelarian bersenjatakan senapang, pisau dan kapak masuk ke kem pada jam 6.00 petang.


Mereka terus membunuh orang-orang awam terutamanya pelarian ini dengan mengelar leher mereka, membunuh dengan kapak serta menembak mereka. Ramai di kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan ini telah dirogol bergilir-gilir terlebih dahulu. Pada malam yang sama, pasukan tentera Israel menerangkan kawasan kem dengan cahaya api yang membakar menyebabkan kawasan tersebut terang benderang seumpama stadium bola sepak, menurut saksi yang terselamat dari insiden tersebut. Dalam masa beberapa jam pertama itu sahaja mereka telah merogol, membunuh dan mencederakan ramai orangorang awam yang kebanyakannya adalah pelarian Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang telah dikepung di dalam kem-kem tersebut.


Pada jam 11.00 malam, satu laporan telah sampai ke ibu pejabat tentera Israel di Beirut Timur yang mengatakan sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dalam tempoh 5 jam pertama. Di antara 36 hingga 48 jam kemudiannya, Militia Phalangist telah membunuh kebanyakan penduduk yang menghuni kem pelarian tersebut sementara tentera Israel mengawal laluan keluar kem dan terus memberikan sokongan yang maksimum terhadap pembunuhan ini.


17 September 1982
Pada Jumaat 17 September, laluan ke kem Sabra dan kem Shatila masih ditutup namun ada beberapa pemerhati bebas berjaya melepasi sekatan ketat tentera Israel. Di kalangan mereka adalah seorang wartawan dan seorang pegawai diplomat dari Norway, Gunnar Flakstad yang menyaksikan operasi pembersihan yang dijalankan oleh Militia Phalangist yang sedang membuang mayat-mayat dari rumah yang musnah dihancurkan.

18 September 1982
Militia Phalangist tidak keluar dari kem pada jam 5 pagi Sabtu 18hb September sebagaimana yang diarahkan. Mereka terus melakukan pembunuhan sehinggalah mereka meninggalkan kem Sabra dan kem Shatila pada jam 8.00 pagi 18hb September 1982. Para wartawan asing dibenarkan masuk ke dalam kem pada hari Sabtu, jam 9.00 pagi 18hb September yang menyaksikan ratusan mayat masih bergelimpangan di sekitar kawasan kem dan banyak di kalangan mayat ini yang dikelar-kelar anggota badannya. Diantara kata-kata saksi pelarian Palestin yang sempat menyelamatkan diri termasuklah:
”Tentera-tentera tersebut pergi dari satu rumah ke satu rumah dan memberikan amaran akan meletupkan rumah sekiranya mereka tidak keluar dari persembunyian.”
Ada saksi yang terselamat mendengar bahawa tentera Phalangist memberitahu satu sama lain supaya menggunakan kapak sahaja kerana bunyi senapang akan menyebabkan orang ramai sedar dan akan melarikan diri.
"Mereka membunuh abang ipar saya di depan mata kepala saya sendiri, saya melihat mereka menembak kepadaorang ramai. Mereka membunuh kesemuannya dan saya terus melarikan diri"
Tidak diketahui jumlah yang terbunuh secara tepat kerana sumber rasmi dari Israel mengumumkan bahawa ‘hanya’ 700 orang awam terbunuh. Sumber rasmi dari Lubnan pula menjangkakan kira-kira 1900 orang awam terbunuh. Manakala sumber berita Palestin pula mengatakan bahawa di antara 3000-3500 orang pelarian Palestin telah dibunuh, 1000-1500 telah hilang dan kira-kira 1000 orang yang lain telah melarikan diri.

Siapakan arkitek tragedi Sabra dan Shatila ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ariel Sharon yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Dialah pemimpin pengganas yahudi yang pernah berkata:
"Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang Palestin dari Gaza dan Tebing barat ke Jordan - (New York Times, 17hb Mei 1982). "Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati"- (Ha'aretz, 25hb Februari 1983). “Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya”- (“The Accused” BBC- Panorama, 17/6/2001 ).


Tiada tindakankah?

Bukan sahaja tentera Zionis tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan dan pembunuhan, malahan mereka membantu puak militia Palangist dengan tembakan-tembakan cahaya ke udara supaya pembunuhan dapat diteruskan pada waktu malam.



Siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Kahan di bawah arahan pemerintah rejim Zionis pada bulan Februari 1983 memutuskan bahawa Sharon telah bersalah secara langsung kerana membenarkan puak Palangist masuk ke kem-kem tersebut dan seterusnya gagal menghalang pembunuhan ribuan orang awam. Tentera Sharon juga membekalkan senjata dan peralatan kepada Palangist dan menyediakan pengangkutan untuk membawa masuk militia.



Walaupun sikap keji Zionis ini mendapat kutukan dunia, termasuk negara-negara Barat sendiri, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga Majlis Keselamatan PBB terus menunjukkan sikap dingin terhadap desakan supaya menghukum mereka yang ternyata bersalah.

PBB mengutuk tindakan zalim Zionis ini melalui Resolusi 521 (19 September 1982,) namun tidak pernah ada sebarang hukuman dikenakan terhadap Sharon, pemerintah mahupun tentera Zionis. Malahan ramai daripada keluarga mangsa-mangsa pembunuhan itu terpaksa membuat dakwaan secara sendirian ke atas Sharon.

Pada bulan Februari 2003, Mahkamah Tinggi Belgium memutuskan untuk membicara kes jenayah perang ke atas Sharon, tetapi Israel menuduh tindakan tersebut sebagai berbau politik. Pada bulan September 2003, memandangkan tidak seorangpun daripada mereka yang membuat dakwaan ke atas Sharon berbangsa Belgium, Mahkamah Tinggi Belgium terpaksa menggugurkan kes ini.

Mereka yang bersalah terus bebas dan merencana kezaliman demi kezaliman ke atas kemanusiaan, khususnya ke atas rakyat Palestin.

sumber:
http://suraukini.blogspot.com/2010/09/16-september-18-september-1982-umat.html

http://maszleemalik.blogspot.com/2007/09/mengingati-sabra-dan-shatilla-pada-16.html
http://julangkebenaran.blogspot.com/2009/06/sabra-dan-syatila-dalam-kenangan.html
http://akuseekorkuman.blogspot.com/2011/03/peristiwa-hitam-sabra-shatila-1982.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyembelihan_Sabra_dan_Shatila

Sunday, September 11, 2011

CORET cerita di cuti 2 minggu


Bismillah.. Saya mula mengisi laman yang lama telah terbiar..

Apa khabar semua pembaca budiman? Moga-moga kalian senantiasa berada dalam limpah rahmat dan kasih sayang-Nya.

InsyaAllah, kali ini saya tampilkan dengan sedikit kisah tentang saya. Saya percaya di cuti raya yang lalu pasti anda punya kisah tersendiri, bukan? Jadi, apa salah jika saya juga turut berkongsi dengan kalian tentang cuti saya.

Alhamdulillah cuti yang telah diharungi selama 2 minggu yang lalu cukup bermakna buat saya. Tidak tersangka pengaturan Yang Maha Kuasa menyusun memang cantik dan baik. Asal rancangan yang lain tetapi yang terjadi pula berbeza. Macam-macam perkara telah disi dalam cuti saya ini dan hasilnya alhamdulillah.

Hajat berdamping dengan sahabat-sahabat seperjuangan di kala sekolah dulu, alhamdulillah termakbul.

Hajat berjumpa beberapa orang murabbi, cikgu dan guru, alhamdulillah juga tercapai.

Hajat bertemu dengan beberapa kenalan baik dan mesra juga alhamdulillah diperkenankan Allah.

Hanya lafaz alhamdulillah saja mampu diberikan kepada Dia, Allah, Tuhan sekalian alam.

CORET KISAH DI CUTI MID SEM

Ini sedikit coret kisah hidup di cuti mid sem saya. Hehe. Saja kongsi dengan kalian warna-warni cuti saya.

25 Ogos - Mula berangkat dari kampus Gong Badak ke kampung halaman. Bertolak malam. (jam lupa dah)

26 Ogos - Sampai di stesen bas dalam pukul 7 lebih pagi. Agak letih juga sebab dalam bas tak dapat rehat. Petang buka puasa di kampung dekat Anak Bukit Kedah.

27-29 Ogos - Masih lagi hari Ramadhan, seperti biasa berpuasalah di siang hari. Tapi berbuka di rumah. Salah satu hari dapat juga bersama dengan sahabat-sahabat yang akan berangkat belajar jauh di nun sana - Jordan (Nabil, Qawiem, Zulkarnain).

30 Ogos - Hari Eid Fitri Mubarak + Ulang Tahun Ayahanda. Seronok jugalah sebab 2 in 1. Yang bestnya di pagi hari semasa solat di sekolahku dulu, MATRI. Lepas khutbah pakat bersalaman sambil mengucap 'taqabalallahu minna wa minkum'. Memang setiap hari raya akan dijadikan amalan macam itu. Terasa pula Ramadhan dah pergi. Huhu. Semoga amalan diterima oleh-Nya.

First Day raya macam biasa, bersama saudara mara.

31 Ogos - Hari kemerdekaan negaraku. Mm.. tapi tak dapat tandingi kemeriahan dan kegembiraan roh hari yang dikurnia Allah - Eid Fitr. Masih lagi bersama saudara-mara.

1 Sept - Bersama sahabat - Hazmin(UIA). Seronok juga. Kawan 'drive' sampai ke Sungai Petani dari Perlis. Cari rumah kawan tersesat pula di sana. Sori Ihsan noh. Otw balik singgah rumah Ummi Liza pula. Dia buat open house. Segan cukuplah masa tu dengan adik beradik dia. Aduh, ujian dinamakan. Walaupun hanya 2 rumah saja di siang hari tapi cukup bermakna. Macam-macam perkongsian dan cerita sepanjang perjalanan.

2 Sept - Bersama sahabat dari luar perlis pula yang datang ke perlis - Azhar Hilmi(DQ) dan Ikhwan Nasri(KTD). Tiba-tiba, hari ini Allah izin mood famili baik. Dia bagi kereta untuk kami guna untuk pergi ziarah rumah kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Mula lepas Solah Jumaat dalam pukul 3 sampai malam. lebih kurang 6 rumah jugalah dapat berziarah. Mula dari Kangar sampai Alor Star. Tapi, agak sedih sebab tak sempat jumpa kawan-kawan yang nak berangkat ke Jordan malam tu.

3 Sept - Masih seronok ziarah lagi. Tapi tak banyak berjalan sebab ada kenduri.

4 Sept - Hari yang ingat saya pada suatu kejadian. Saya dihidupkan oleh Allah. Yang terkejutnya dalam masa kurang 24 jam berpuluh-puluh mesej masuk untuk 'wish' kat saya. Entahlah berapa banyak tapi lebih dari 50 lah. Termasuklah di fb dan sms. Terharu adalah juga. Nak kata mempromosikan tidak. Mungkin tanda Allah nak beri peringatan.

4 Sept - Ziarah saudara-mara di Kedah.

5 Sept - Bersama sahabat - Bashir dan Syahmi (MK1 MATRI). Pergi ziarah Changlun. Alang-alang tu singgahlah rumah Ummi Liza, Dr Azahar famili (yg xcdent bbrp hr sblm tu) dan Ustaz Muhtad (ustaz di sekolah dulu).

6 Sept - Duduk rumah saja.

7 Sept - Duduk rumah dan ziarah sahabat-sahabat di MATRI

8 Sept -Ziarah rumah Sir Nasir (guru di MATRI) bersama kenalan di MATRI - Marhalah Khassah 1 (Tingkatan 6 bawah).

9 Sept - Bapa saudara dan Mak saudara dari Alor Setar datang ziarah familiku di Perlis. Lepas tu, Ziarah Tok Mi (tok saya di Perlis) buat kali terakhir

10 Sept - Ziarah Pakcik Khusran dan Makcik Zah di rumahnya. Simpati juga melihat keadaan kesakitan Makcik Zah yang telah beberapa tahun alami (parkinson's disease). Malam pula bertolak balik ke Terengganu. Walaupun ada ujian (bas terpaksa 'delay' hampir 3 jam - asal pukul 8.30 tapi baru boleh berolak pukul 10 malam)

11 Sept - Sampai di kampus dalam pukul 7.45 pagi. Beberapa jam lepas tuh dapat pemberitahuan Pakcik Shahidan (suami kepada cikguku, Cg Asmah - sempat berjumpa pada 2 sept) dan beberapa orang pelajar MATRI kemalangan. Takziah buat keluarga yang terlibat.

Info tambahan tentang kemalangan tersebut:
- BroHamzah
- Utusan Malaysia Online
- mStar Online
- Tv3

KONKLUSI

Ini sekadar simple sharing kehidupan saya. Begitulah sedikit sebanyak tentang pengisian masa dengan cuti mid sem saya kali ini. Nak kata dari latar belakang keluarga berada bukan. Tetapi sederhana. Walaupun begitu tetapi keluargaku tetap mengajar tentang pentingnya dan perlunya menjaga persaudaraan sesama manusia (terutamanya saudara-mara dan seislam).

Pelajaran macam mana pula? Hehe.. Bukan nak bagitau kan. Itu bisa diselitkan di masa konsong.

Tapi ingat! Cuti bukan segala-galanya untuk dapatkan yang terbaik tetapi kitalah yang perlu menyusun cuti untuk jadikan cuti kita yang terbaik. Dengan izin Allah.

Mudah-mudahan semua yang dilakukan dikira Allah amal soleh dan baik.

Wallahu a'lam..