PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Tuesday, May 15, 2012

15 Mei - Tanah Palestin kita dicabul


Sekadar info buat teman/rakan/sahabatku sekalian.. Jom cakna Palestin!

Hari ini mungkin kita seronok bergembira tapi kita lupa mereka di sana.

Hari ini mungkin kita seronok senda sendawa tapi mereka di sana senyum pasrah..

Hari ini mungkin kita sekadar tahu nasib kita tetapi tidak tahu apa itu nasib yang mereka timpa..

Sedar atau tidak hari ini 15 Mei. Tanggal yang sangat mempengaruhi pelbagai perubahan. Nasib, hak dan kemanusiaan mereke telah dicabul. Itulah Nakhbah Palestin. Tahun ini, tanggal 15 Mei 2012 telah menjangkau 64 tahun tanah kita dirampas. Pelbagai rusuhan dan kekejaman telah melanda nasib saudara kita di Palestin.

Tanggal inilah, sebuah rejim Zionis telah merampas dan mengisytihar negara Palestin kita sebagai negara haram Israel. Mungkin ramai yang tidak tahu dan kini cubalah kita mengambil tahu.

Mereka bukanlah orang asing, tetapi saudara seaqidah kita. Ya. Mereka tidak berkata apa-apa tetapi tidakkah malu kita sebagai saudara mereka tidak mengendahkan nasib di sana. Kalau saya cukup malu, anda?

Monday, May 14, 2012

TRAVELku di cuti sem

Cepat masa berlalu, Dulu cangan-angan, kini kenyataan..

Bismillah. Alhamdulillah.

Tak sangka, cepat masa berlalu. Pejam celik dah hari baru. Cuti yang dulunya apabila dikira 2-3 bulan dan tinggal seminggu. Memang pantas. Kalah kereta f1 di sepang. Erm.. Apa yang penting sama-sama kita doakan moga Allah terima segala amal kita selama ini. Amin.

SUATU KETIKA DAHULU

Masa di sekolah menengah. Saya pernah terfikir bila masanya saya akan dapat menjelajah ke setiap negeri di Malaysia. Hitung punya hitung, tidak dapat jawapannya. Susah sebenarnya nak menghitung dan merancang semua ini. Apa tidaknya, punca atau assabab penjelajahan tidak ada. Hendak dikatakan ziarah adik-beradik atau saudara-mara, semuanya ada berada di negeri-negeri utara. Perlis-kedah-perak. Jadi, asyik-asyik main pusing dalam negeri-negeri itu sahaja. Erm. Kalau dah ada jauh sedikit, adalah di Selongor. Tu pun tidak kerap ke sana. Jika dinisbahkan dengan kesemua jari yang ada di tangan, pasti tidak penuh.

Dengan izin Allah, saya telah ditempatkan belajar di negeri Terengganu. Secara tidak langsung, hajat saya untuk menjejak kaki di situ telah tercapai. Dengan izin Allah juga, cuti sem yang ada dalam masa beberapa bulan saya telah berjaya menghabiskan 'tawanan'. 

Dalam beberapa minggu saya berada di rumah, saya dapat panggilan.

"Suhaib, jom p kelantan?"

"buat apa?"

"jalan-jalan.. kita pegi naik kereta"

Terkedu kejap. Betul ka? Selalunya pergi jalan-jalan dengan famili. Tetapi, kali ini hanya dengan sahabat-sahabat sebaya. Erm, pengalaman baru.

credit to: Abdul Salam Abd Wahab dan Mohamad Akmal bin Abd Hamid (teman sekereta)

GAMBAR KENANGAN 










ALLAH MAHA PERANCANG
Tidak sangka buat kali kedua, di hujung cuti Allah izin dapat bersama dengan sahabat-sahabat untuk merantau jauh sedikit dari itu. Johor. Itulah negeri kemuncaknya. Awal perancangan hendak pergi johor untuk ziarah seorang sahabat se'batch' yang sedang sakit. Hendak dikatakan perancangan Allah sungguh cantik, perjalanan itu disusun dengan mampu 'menjajah' kesemua negeri-negeri di semenanjung.

Pendek kata, Perjelajahan kami ini bermula dari Alor Setar (Kedah)- Ipoh (Perak)- Bangi (Selongor)- Pedas (Negeri Sembilan)- Ulu tiram-Skudai-Simpang Renggam (Johor)- Kuantan (Pahang)- Gombak-Shah Alam (Selangor)- Kuala Kangsar (Perak)- Nibong Tebal (Penang)- Merbok (Kedah)- Perlis..

Perjalanan yang sungguh mengajar pelbagai erti. Susah senang bersama. Sebuah perjalan yang pada mulanya ada ujian dan diakhiri dengan ujian juga. MasyaAllah. Subhanallah.

Sebelum penjelajahan bermula, Allah uji dengan sedikit kemalangan jalan raya. Walaupun tidak melibatkan nyawa, tapi mempengaruhi beberapa masalah teknikal. Maksudnya dari segi masalah kewangan dalam membiayai kerosakan yang dihadapi di bahagian hadapan kereta (Unser). Itulah ujian pertama kami dapat sebelum melangkah kaki. Terpaksa kami 'delay' sehari perjalanan kerana kenderaan di masukkan ke 'wad'.

Hikmah : Mungkin hikmahnya untuk lebih bersedia membuat persediaan. Dan mungkin Allah nak mengajar kami erti Qada' dan Qadar-Nya. Walaupun baru sehari sahaja servis kereta tapi apabila kuasa Allah kata nak jadi, maka jadilah.

Itu baru sebelum perjalanan. Setiba di Johor pula, satu lagi ujian adalah dari segi kewangan. Saya selaku bendahari jaulah cukup rasa bersalah. Sedangkan duit yang dikumpul oleh setiap ahli jaulah sudah separuh habis dengan minyak dan tol. Apa yang merisaukan kami, perjalanan kami bukan sekadar itu. maksudnya pulang semula ke tempat asal melalui jalan sama tetapi 'jalan lain' dengan melalui pahang.

Hikmah : Mungkin Allah ingin mengajar erti keyakinan kepada-Nya dengan sebenar-benarnya tetapi dengan syarat berusaha.

Takdir Allah buat kami adalah di penghujung jaulah. Setiba di MATRI, Perlis. Waktu ketika itu tengah malam, tanpa memikirkan apa-apa, kami terus berehat di Musolla. Pada keesokkan harinya. Allah izin pintu kenderaan terkunci dengan kunci di dalamnya. Ikhtiar punya ikhiar tidak berjaya. Sampai 3 kedai (mekanik+kunci) telah dicari di sekitarnya. Hendak dikatakan Allah permudahkan, Allah hantar seorang ustaz di MATRI yang ada sedikit kemahiran berkaitan itu. Tidak sampai seminit telah berjaya dibuka. Alhamdulillah.

Hikmah : Mungkin Allah ingin sekali lagi mengajar erti tawakal tanpa usaha, sia-sia dan usaha tanpa tawakal, rugi. Apa yang Allah hendak kami pelajari adalah usaha + tawakal = untung.

Walaupun perjalanan itu pelbagai rintangan yang mendatang, tapi banyak pengetahuan yang ditimba. Bukan sekadar ilmu duniawi bahkan ilmu ukhrawi.

credit to : Ikhwan Nasri (Masul), Umar Hanif Jamalludin (Setiausaha), Muhamad Suhaib Ahmad Zahir (Bendahari), Ammar Abu Kasim (driver/pilot), Hasan Salimi Zarullail dan Azhar Hilmi Mohd Fadhil..

..dan semua yang turut terlibat secara tak langsung ya.

Ni antara post sahabat jaulah kami,
Alhamdulillah. Selesai program jaulah kami "Le Tour de Malaysia". Bermula dari Kedah berakhir di Perlis. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat.

- Pakcik Nasri [Kedah] -Penginapan dan makanan
- Pakcik Abu Kassim [Kedah] - Kenderaan
- Pakcik Radhuan [Kedah] - Perancang aktiviti dan sumbangan
- Abg Muhammad Fadhli [Ipoh] - Sarapan dan pengisian
- Amirul Hakeem AC [Bangi] - Makan tengah hari
- Dr Arba'ai [Johor] - Penginapan, makanan dan pengisian
- Naim Arba'ai [Johor] - Luangkan masa bersama kami
- Dr Baharudin [Johor] - Pengisian dan minum petang
- Muhd Aiman [Johor] - makan malam
- Pakcik Bashir dan Abdul Muizz [Kuantan] - Makan tengah hari dan pengisian
- Wan Omar Mokhtar [Selangor] - Makan malam
- SMIK [Selangor] - Penginapan
- Pakcik Amran [Kuala Kangsar] - Makan tengah hari dan pengisian
- Pakcik Zarullail [Kedah] - Pengisian
- MATRI [Kedah] - Penginapan
- Pakcik Zahir [Perlis] - Sarapan

JAZAKALLAHUKHAIRAN KATHIIRA.
Semoga Allah redha dengan segala pekerjaan yang telah kita lakukan.

//Satu dugaan, 1001 pengajaran a.k.a pengetahuan. Kadang-kadang terasa seronok pula bila dapat dugaan. (tapi selepas jumpa solusinya.. ^_^)


GAMBAR KENANGAN














AKHIR KATA

Kesimpulan yang dapat saya buat adalah:
  1. Saya secara tidak langsung berjaya memburu cita-cita duniawi ini untuk cuba menjejak kaki di seluruh Malaysia (walaupun Melaka hanya sekadar lalu sahaja namun hakikat Melaka pernah saya sampai sewakt kecil dulu tetapi tidak ingat).
  2. Saya dapat berjumpa dengan teman-teman se'batch' yang dahulu sama-sama belajar di MATRI. Walau tidak semua tapi cukup bermakna.
  3. Bukan sekadar perjalanan yang kosonng tetapi diselangi dengan Tarbiyah yang cukup indah.
(banyak yang hendak dikongsi lagi tetapi disebabkan terlalu banyak sehingga buntu nak tulis apa.. erm..)

Moga Allah redha.. Amin..

Wallahu a'lam..