PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Friday, May 27, 2011

BARAA' BIN MALIK - Seorang sahabat yang dirasuk KEIMANAN



Terus menegakkan panji Ilahi walau ditentang dan dimusuhi

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama-Nya saya cuba menulis

Pertama, utama dan selamanya saya berpesan pada diri yang sering alpa agar kembali merafa' setinggi kesyukuran kepada Ilahi yang tidak putus memberi nikmat kepada hamba-Nya. Kemudiannya ditambah pula kenikmatan merasai Iman dan Islam kepada hamba-Nya yang terpilih. Alhamdulillah.

Setelah beberapa waktu saya tidak mengupdate laman ini InsyaAllah kali ini saya cuba berkongsi mengenai tentang seorang sahabat nabi Muhammad SAW yang telah menjiwai nikmat IMAN sehingga sanggup bertaruh nyawa demi Islam. Semuanya berpunca dari KEIMANAN yang merasuk mereka. Mudahan kita mampu mencontohinya sedikit sebanyak.

PENDAHULUAN

Pernahkah mendengar atau tahu tentang apa itu rasuk?

Ya, rasuk seperti orang kita selalu faham. Rasuk dengan Jin. Mungkin ada yang berpengalaman merasai atau melihat. Setidak-tidaknya pernah mendengar, bukan?

Bagaimanakah keadaannya ketika sedang dirasuk?

Seperti ada sesuatu yang sedang mengawalnya. Segala tindakan bukan lagi terkeluar dari fikiran manusia. Hati, pemikiran, gerak tubuh badan dan perkataan dikawal oleh benda yang masuk dalam tubuh dan jiwa. Bukan lagi dari manusia.

Mm..Macam itulah sahabat-sahabat Rasulullah dahulu. Kes rasuk muncul sejak dulu lagi. Tapi, mereka buka secara individu. Bahkan secara berkelompok besar. Sehingga dilabelkan satu generasi yang dirasuk.

Cuma bezanya zaman sekarang apabila sebut sahaja rasuk mesti kaitkan dengan hantu dan jin. Tapi, mereka dulu (merujuk sahabat-sahabat Rasulullah) pula dirasuk oleh KEIMANAN yang benar kepada Allah. Mereka buat apa semuanya kerana Allah dan yakin balasan bagi orang beriman adalah SYURGA.

Apabila Rasullah berkatakan sesuatu sama ada berbentuk jaminan atau kenyataan, mereka terus mengerjakannya. Tanpa berlegah-legah dan banyak songeh, mereka terus melaksanakan. Sebab mereka yakin apa yang dikatakan Rasulullah adalah benar dan sebenarnya datang dari Allah.

MasyaAllah..

KISAH BARAA' BIN MALIK R.A

Baraa' bin Malik. Beliau merupakan saudara kepada Anas bin Malik R.A - khodim Rasulullah. Beliau seorang sahabat Rasulullah SAW yang sungguh tinggi keazamannya dan sangat gagah di medan peperanagan. Kejaguhannya tidak diragui. Walaupun beliau bertubuh sederhana dan kurus tidak menjadikan alasan baginya untuk terus menegakkan panji-panji Islam. Sehingga ada pepatah yang mengatakan 'badannya hanya tinggal tulang' yang membawa maksud betapa kurusnya beliau. Ketekadan beliau untuk memburu Jannah telah menyebabkan beliau tidak pernah tinggal peperangan sejak peperangan Uhud. Beliau juga salah seorang sahabar Rasulullah yang telah dirasuk oleh IMAN.

AL-KISAH MUJAHID YANG KUAT TEKAD UNTUK KE JANNAH-NYA


Tercatatlah kisah masyhur pada beberapa pertempuran..

Kisah yang biasa dan popular diceritakan adalah semasa penyertaan beliau dalam peperangan menentang Musailamah Al-Khadzab yang mendakwa dirinya sebagai nabi. Itu menandakan panggilan jihad memanggil. Lantas orang-orang yang dirasuk iman segera menyahutnya termasuklah Baraa' bin Malik. Pertemuan antara dua pasukan telah menjadi pertempuran. Berlakulah sebuah pertempuran yang sangat sengit antara puak Islam dengan puak Musailamah Al-Khadzab. Kekuatan musuh yang agak kental telah melemahkan semangat tentera orang Islam.

Kemudian, segera beliau menjerit, "Wahai manusia, Demi Allah tiada lagi Madinah buatku, dan di depanku adalah Jannah!". Segera beliau memukulkan kudanya dan menuju ke tengah-tengah pasukan pihak lawan. Sekali beliau menyerbu ke dalam pasukan pihak lawan, diibarat seperti terjadinya lorongan-lorongan kerana ramainya tentera kufar yang gugur. Akibat dari itu, semangat tentera Islam kembali bangkit menyala api yang hampir terpadam buat beberapa ketika.

Ternampaknya kebangkitan semangat tentera Muslimin, tentera Musailamah kembali berundur dan masuk ke dalam benteng pertahanannya. Selepas semua pihak lawan masuk ke dalam kubunya, mulalah peperangan 'pengecut' yang hanya serang dari atas kubu menggunakan panah. Berfikir seketika Baraa' akan strategi yang perlu digunakan untuk tentera Muslimin masuk ke dalam kubu tersebut. Kerana, jika tidak tidak berbuat sesuatu kemungkinan besar tentera Muslimin akan kalah dalam peperangan tersebut gara pertarungan teknik 'pengecut' pihak lawan.

Bersuara Baraa' yang meberi isyarat kepada sahabat-sahabat yang lain untuk menawarkan dirinya untuk dilemparkan masuk ke dalam kubu tersebut bagi tujuan membuka pintu utama kubu. Bagaikan tidak logik dibuatnya tetapi itulah natijah selepas keimanan merasuk dirinya demi mengharapkan balasan Syurga abadi. Para sahabat pun melemparkan dirinya yang bertubuh sederhana dan kurus masuk ke dalam kubu.

Selang beberapa ketika pintu utama terbuka yang membawa maksud kejayaan Baraa' membukanya. Terdapat beberapa kesan luka semasa perlemparan dirinya sebentar tadi akibat daripada busir panah dan tetakan semasa pembukaan pintu tersebut. Kemudian, segera tentera Muslimin bertempur dan Allah berikan kemenangan buat pihak Muslimin. Dilaporkan oleh Khalid Al-Walid bahawa tidak kurang dari 100 kesan luka pada badan Baraa' semasa Khalid mengubatnya.

CUBAAN SETERUSNYA MEMBURU JANNAH

Walaupun pertempuran tersebut memihak kepada Islam namun beliau tidak berjaya membawa gelaran syahid pada medan tersebut. Beliau tidak putus asa lagi untuk mencapai cita-cita murninya itu - memburu Jannah.

Baraa' tidak putus asa lagi. Beliau terus mencari..

Muncul pula beliau pada suatu peperangan yang lain yang menyembah api. Kali ini lebih dahsyat, kelengkapan pihak lawan begitu lengkap. Dipendekkan cerita, saudaranya yang disayangi, Anas bin Malik R.A telah terkena sauh yang panas (alat senjata pihak lawan yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan kemudiannya dileparkan kepada kaum Muslimin. Sesiapa yang terkenanya pasti melekat pada sauh tersebut dan hancur luruh kulitnya).

Terlihat Baraa' akan saudaranya itu, segera dia berpaut pada sauh tersebut dan cuba melepaskan saudaranya. Dalam menghadapi kesakitan teramat, beliau berjaya membebaskan Anas tetapi dirinya kali ini tidak dapat diselamatkan. Beliau gugur syahid pada pertempuran itu. Berlumuran darah yang wangi telah membasahi bumi. Tamatlah riwayat Sang Pemburu Jannah yang telah dirasuk IMAN.

Wallahu a'lam..

Rujukan:

1) Ustaz Muhtad - yang acap kali mengulangi cerita sahabat Rasulullah Baraa' bin Malik sehingga terlintas untuk saya menulisnya semula dalam laman ini.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011


HARI ini tanggal 16 Mei. Jadi..

Saya nak buat sedikit ucapan

Kepada siapa?

Ya, tidak lain dan tidak bukan kepada mereka yang bergelar GURU saya..

Tidak kira ketika di tadika atau sekolah

Tidak kira belajar formal atau informal..

Tidak kira di sekolah mahupun di rumah..

Tidak kira tua atau muda..

Semuanya saya menggelarkan mereka guru kepada saya..

Merekalah yang banyak mengenalkanku tentang kehidupan..

Mengenalkan ku siapa empunya pemilik kehidupan..

Dan mengajarku ilmu untuk ku terus menjalani kehidupan..

Jadi, dengan kesempatan sempena hari guru
saya nak ucap
TERIMA KASIH GURU..
kerna sanggup menahan karenah saya selama ini
dengan terus menabur bakti mendidik diri

*(ini bukan bermaksud hari guru hari ini saja ya tetapi hari-hari)

Bersama saya kali ini ada sedikit sajak dedikasi buat guru saya..

Terimalah..

Guru..

Kau lilin kehidupan ku

Di kala aku mencari sinar

Kau menyala api menyuluh kehidupan

Ketika aku di tepian jalan

Kau membimbing ke tengah kehidupan

Untuk aku terus menjalaninya

Dengan penuh keilmuan bukan keegoan


Guruku..

Kau bagai mentari di nun sana

Tanpa mengenal erti perjalanan masa

Sentiasa kau melaksanakan kerja

Memberi petunjuk menuju jalan sebenar

Teladan buat sepanjang kehidupan sejagat


Guruku..

Harapanmu bukan angan-angan

Seperti Mat Jenin yang tak berhenti bercita

Tetapi harapan kau

Suatu kenyataan

Yang akan dijadikan realiti

Membangun ummah yang terlena

Kembali berjaga mengejar cita

Yang terpadam di arus dunia yang fana

oleh : SZ


video

Dedikasi buat ustaz2, ustazah2, cikgu2, teachers dan semua..

Sunday, May 15, 2011

Jadilah kita sebagai 'IBADUR RAHMAN


Menjadi hamba Allah yang setia

Bismillahirrahman nirahim..

Alhamdulillah, saya syukur kepada Sang Pencipta diriku ini. Tanpa-Nya siapalah diriku. Dialah pemberi nikmat kepadaku dan Dialah segala-galanya buat saya dan anda semua.


PENDAHULUAN

Tujuan berdirinya kita di muka bumi ini tiada lagi untuk menjadi hamba Allah yang sejati. Rugi andai kata tiada terpahat pada diri insan akan mengejar penyempurnaan tujuan kehidupan ini. Allah telah berfirman,

"..Tidaklah Aku(Allah) menciptakan Jin dan Manusia untuk berubudiyah kepada-Ku.."
-Surah Adz-Dzariyat, 56-

Dalam memperolehi sasaran menjadi Sang Hamba kepada-Nya, kita sebagai Hamba perlulah mengetahui apa yang dikehendaki oleh Sang Pencipta kita untuk kita aplikasikannya. Barulah kemuliaan disisi-Nya ada nilai.

Apakata kita nisbahkan kepada pen. Tiada tujuan lain bagi pencipta pen melainkan kegunaan pen sebagai pena (alat untuk menulis) berdasarkan ciri-ciri yang ada pada benda ciptaannya itu. Jika tidak mampu memenuhi ciri-ciri sebagai pen - mampu menulis dsb, tidaklah diberikan nama benda itu sebagai pen. Betul kan?

Ya. Jadi, begitu juga kita. Tujuan kita adalah menjadi HAMBA ALLAH dan pasti ada ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta kita. Jom kita melihat apakah ciri-ciri yang ditetapkan itu berdasarkan kata-kata Allah dalam Kitab-Nya surah Al-furqan ayat 63-77

CIRI-CIRI 'IBADUR RAHMAN:

1. RENDAH DIRI
2. PEMURAH (walau dicemuh dia tetap membalas dengan kebaikan)
3. QIAMMULLAIL
4. TAKUT PADA NERAKA ALLAH
5. BERSEDERHANA (bijak men'transfer'kan material kepada pahala)
6. TIDAK MEMBUNUH (kecuali apa yang dibenarkan-Nya)
7. JAGA KEHORMATAN (tidak berzina)
8. TAUBAT NASUHA
9. TIDAK BERSUMPAH PALSU
10. TIDAK MELAKUKAN PERKARA SIA-SIA
11. MENGAMBIL PERINGATAN (dari ayat-ayat Allah)
12. JADIKAN ISTERI DAN ZURIAT SEBAGAI PENYENANG HATI

boleh rujuk surah Al-Furqan ayat 63-77..semoga kita mendapat ibrah daripadanya.. untuk lebih memahami boleh anda baca huraian daripada Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya '12 PERIBADI CEMERLANG IBADURRAHMAN : ciri yang Allah sebut 1500 tahun lalu'


PENUTUP


Ayuh transfer harta benda kepada pahala

Sebagai khatimahnya, saya ingin mengulng satu kata-kata dari As-Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi..

"..kita perlu tukar harta benda kepada pahala..pahala boleh dibawa mati (berjumpa Allah) tetapi harta benda tidak boleh dibawa mati .."

Wallahu a'lam..

Tuesday, May 03, 2011

Usah hidup seperti SANG KELKATU

Letaklah Dunia di tangan dan Akhirat di jiwa

Bismillah saya cuba untuk terus menulis..

Kali ini saya untuk kongsikan riwayat sang kelkatu yang mudah tertipu. Moga analoginya Sang Kelkatu ini boleh dijadikan ibrah dalam kehidupan kita yang mempunyai satu matlamat iaitu mengejar MARDHOTILLAH.

ARASY DUNIA

Pernah tak anda mendengar 2 pekataan tersebut. ARASY DUNIA?

Dalam lagu Hafiz Hamidun?

Ya, betul. Ia sebuah lagu dendangan Hafiz Hamidun feat bersama Ali (ex XPDC). Walaupun lagunya agak keras dan musiknya menyusuk ke telinga begitu tajam tetapi makna lagunya itu membawa seribu satu makna.

Saya berkongsi tentang lagunya bukan sebab saya peminatnya yang fanastik. Cuma untuk kita sama-sama renung maksud senikata lagunya. Harap anda semua tidak tersalah sangka kepada saya.

HIDUP INI BAGAIKAN KELKATU

Buruan yang dikejar hanyalah sia-sia

Kelkatu. Sejenis serangga kecil yang biasa kelihatan di dalam rumah ketika hujan mula merenjis bumi ini. Tambahan keberadaan kita di kampung. Terlalu banyak kelkatu yang cuba memasuki rumah. Begitu gigih kesungguhannya. Andai ada sedikit lubang yang mampu ia masuk (seperti celah pintu), ia tetap teruskan perjalanan untuk masuk dalam rumah.

Jika tidak di rumah, kita juga boleh melihatnya di tepian lampu jalanan. Begitu banyak sekali kelkatu yang akan menghurung sedikit cahaya lampu. Selagi mana ada cahaya, di situlah tempat perjuangannya untuk terus berjuang.

Untuk apa ia berlaku sedemikan?

Ya. Hanya memenuhi kenikmatan yang sementara. Mencari cahaya lampu. Bak kata tok nenek kita, "kelkatu itu ingat cahaya lampu sebagai cahaya bulan". Tetapi malang, semua itu hanya tipuan mata sahaja.

Apakah pengakhirannya?

Mati. Itulah jawapannya. Begitu kegigihan dan kesungguhan tetapi pengakhirannya tiada keuntungan yang diperolehi dan makna yang tersimpan. Beberapa saat setelah mencapai kenikmatan sementara (cahaya lampu), ia jatuh mati ke tanah jua.

Dan itulah sunnatullah ciptaan Allah untuk kita jadikan Ibrah.

IBRAH UNTUK KITA?

Itulah kehidupan kita. Kadang-kadang kita tersasar dipujuk nafsu yang selalu menipu. Matlamat yang dikejar mahu dicepatkan sehingga matlamat yang sebenar telah berubah arah. Ukhrawi dikejar Duniawi yang diperolehi. Itulah maksudnya.

Jadi, akhir kalam perlu sama-sama kita sedar bahawa DUNIA ini merupakan alat untuk capai tempat abadi. Dunia hanya tempat singgahan mengutip nilaian hakiki untuk bertemu-Nya nanti. Dan perlu pertahanan IMAN dan TAQWA untuk tempuhi segala rintangan yang menghadang.

WASPADAlah dengan Dunia dan pujuk nafsu dan syaitan yang menyesatkan.



Wallahu a'lam..

video
Ini lirik lagunya..

(Ali ex-XPDC)
Hidup bagaikan kelkatu terbang
Gelap malam aku resah
Dalam kegelapan mendamba
Sinaran cahaya berlimpahan
Nyala nyala nyala yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati….

(Hafiz)
Hidup ini medan kau beradu
Entah untung entah rugi
Pujuk nafsu selalu menipu
Kata hati kadang tak pasti
Gengam mentafsir makna
Liku ujian atau musibah…

(Ali ex-XPDC & Hafiz)
Hidup bagaikan kelkatu terbang
Gelap malam aku resah
Dalam kegelapan mendamba
Sinaran cahaya berlimpahan
Cari cari cari yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati…

(Hafiz)
Tandus rasa hilang hidayahnya
Sepi dari titis rahmat

(Ali ex-XPDC)
Layu hati dihembus pawana
Tinggal hanya kalbu yang usang
Kosong tiada sinaran iman di jiwai
Pudar samar bintang bulan mula timbul
Hancurlah runtuhlah segala angan indah
Rona rona bagai sang dunia
Kerana jalanmu tidak pun wujud
Makin kejar makin menjauh
Kadang jatuh kadang tersungkur
Hingga lara….

(Hafiz)
Hidup ini medan kau beradu
Entah untung entah rugi
Pujuk nafsu selalu menipu
Kata hati kadang tak pasti
Gengam mentafsir makna
Liku ujian atau musibah…

(Ali ex-XPDC & Hafiz)
Arasy Dunia …. (2x)