PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Sunday, May 15, 2011

Jadilah kita sebagai 'IBADUR RAHMAN


Menjadi hamba Allah yang setia

Bismillahirrahman nirahim..

Alhamdulillah, saya syukur kepada Sang Pencipta diriku ini. Tanpa-Nya siapalah diriku. Dialah pemberi nikmat kepadaku dan Dialah segala-galanya buat saya dan anda semua.


PENDAHULUAN

Tujuan berdirinya kita di muka bumi ini tiada lagi untuk menjadi hamba Allah yang sejati. Rugi andai kata tiada terpahat pada diri insan akan mengejar penyempurnaan tujuan kehidupan ini. Allah telah berfirman,

"..Tidaklah Aku(Allah) menciptakan Jin dan Manusia untuk berubudiyah kepada-Ku.."
-Surah Adz-Dzariyat, 56-

Dalam memperolehi sasaran menjadi Sang Hamba kepada-Nya, kita sebagai Hamba perlulah mengetahui apa yang dikehendaki oleh Sang Pencipta kita untuk kita aplikasikannya. Barulah kemuliaan disisi-Nya ada nilai.

Apakata kita nisbahkan kepada pen. Tiada tujuan lain bagi pencipta pen melainkan kegunaan pen sebagai pena (alat untuk menulis) berdasarkan ciri-ciri yang ada pada benda ciptaannya itu. Jika tidak mampu memenuhi ciri-ciri sebagai pen - mampu menulis dsb, tidaklah diberikan nama benda itu sebagai pen. Betul kan?

Ya. Jadi, begitu juga kita. Tujuan kita adalah menjadi HAMBA ALLAH dan pasti ada ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta kita. Jom kita melihat apakah ciri-ciri yang ditetapkan itu berdasarkan kata-kata Allah dalam Kitab-Nya surah Al-furqan ayat 63-77

CIRI-CIRI 'IBADUR RAHMAN:

1. RENDAH DIRI
2. PEMURAH (walau dicemuh dia tetap membalas dengan kebaikan)
3. QIAMMULLAIL
4. TAKUT PADA NERAKA ALLAH
5. BERSEDERHANA (bijak men'transfer'kan material kepada pahala)
6. TIDAK MEMBUNUH (kecuali apa yang dibenarkan-Nya)
7. JAGA KEHORMATAN (tidak berzina)
8. TAUBAT NASUHA
9. TIDAK BERSUMPAH PALSU
10. TIDAK MELAKUKAN PERKARA SIA-SIA
11. MENGAMBIL PERINGATAN (dari ayat-ayat Allah)
12. JADIKAN ISTERI DAN ZURIAT SEBAGAI PENYENANG HATI

boleh rujuk surah Al-Furqan ayat 63-77..semoga kita mendapat ibrah daripadanya.. untuk lebih memahami boleh anda baca huraian daripada Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya '12 PERIBADI CEMERLANG IBADURRAHMAN : ciri yang Allah sebut 1500 tahun lalu'


PENUTUP


Ayuh transfer harta benda kepada pahala

Sebagai khatimahnya, saya ingin mengulng satu kata-kata dari As-Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi..

"..kita perlu tukar harta benda kepada pahala..pahala boleh dibawa mati (berjumpa Allah) tetapi harta benda tidak boleh dibawa mati .."

Wallahu a'lam..

2 comments:

diariperjalanan said...

Ibadurrahman !

permata16ma3 said...

assalamualaikum..
hanya perkongsian..
"Sesungguhnya di dalam hati terdapat kekotoran yang tidak akan hilang,melainkan dengan menerima perintah Allah swt,di dalam hati terdapat kebuasan yang tak akan lenyap,melainkan dengan berjinak dengan Allah swt,di dalam hati terdapat kedukaan yang tak akan pergi melainkan dengan gembira dan benar dalam melaksanakan perintah Allah swt,di dalam hati terdapat keresahan yang tak akan tenang,melainkan berkumpul hanya kerana-Nya..
-Ibnu Qayyim Al-Jauziah-

Semoga Allah Redha...
insyaAllah...