PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Saturday, April 30, 2011

Manusia mudah PERASAN

Berdirilah dengan diri anda sebenar. Tidak perlu watak kedua atau ketiga.

Bismillah..dengan nama-Mu saya terus menulis..

Salam pertemuan di laman mudahan ia berkekalan..

InsyaAllah kali ini saya akan kongsikan mengenai PERASAN. ada satu ungkapan, "Orang tidak ada perasan dipanggil orang ramai tidak ada perasaan". Betul atau tidak bergantung pada anda untuk memilihnya.

Bila kita meneliti satu persatu gerak geri kita dalam kehidupan, kadang-kadang ada sifat tidak bertempat datang menyusuri kita ketika kita hendak melakukan sesuatu - malu, riak, seronok, segan dan sebagainya. Apa maksudnya? Tak faham. Sabar sebentar.


Perasan antara manusia dengan manusia

Ok. Saya suka tujukan kepada lelaki sebab saya juga seorang lelaki. Apabila anda hendak membeli minuman di sebuah gerai kemudiannya anda ternampak seorang perempuan yang anda kenal. Apa perasaan kamu?

Mungkin jawapan anda terungkai dalam beberapa keadaan:

bentuk bicara,

"Segan la..dia tu budak sekolah aku doh.."

"Aduh, perempuan ni pula di depan.."

bentuk perlakuan,

(membiarkan perempuan itu membeli dulu dengan alasan ladies first)

(membatalkan niat untuk membeli air tersebut)

(control macho dalam keadaan tangan sedang memperbaiki rambut dan pakaian)

(buat biasa sahaja)

Macam mana nak tangani semua itu berlaku?

Bagi pandangan berdasarkan pengalaman dan kajian saya melihat, ada beberapa faktor antaranya sebab perasan. Bila kita renungi semula, ia satu perkara yang biasa tetapi dilebih-lebihkan sehingga ia dilihat sesuatu yang susah untuk lakukannya. Tetapi, perasaan itu berlebihan sehingga bertukar kepada perasan yang kita ini sekian sekian, itu la dan ini la telah menyebabkan keadaan yang biasa bertukar sukar. Itu yang dimaksudkan perkaran biasa yang diekori sifat-sifat yang tidak sepatutnya berlebih-lebih ada pada ketika itu.

Semua orang pernah jadi sedemikian termasuk saya ketika di sekolah dahulu. Kemudian saya bawa berbincang dengan beberapa orang sahabat saya yang lain. Pabila berlaku sedemikian ada beberapa kaedah boleh kita lakukan antaranya:

1. Diri anda tidaklah cantik dan rupawan.
2. Rasailah diri anda tidak ada yang meminati.

(ini statement sahaja tau)

InsyaAllah ada dua perkara itu, anda akan jalani kehidupan seperti biasa. Tetapi ingat, hakikatnya NIAT yang penting. Ini sebagat supporter sahaja untuk anda. Sebab itulah Islam mengajar ummatnya setiasa menjaga niat lakukan seseuatu bukan kerana yang lain kecuali Dia Allah.

Letakkan Ikhlas dalam diri ANDA

Perasan dengan natijah daripada kelebihan pemberian Allah kepada kita

Ini satu perkara yang penting. Manusia sering tersilap dan terlepas pandang. Perasan dengan natijah daripada kelebihan pemberian Allah kepada kita atau istilah lain suka nisbahkan diri kita dengan hasil daripada kelebihan yang ada. Murabbi saya, Ustaz Muhtad Yusuf ada berpesan kepada saya dan ini sedikit perkongsian beliau dengan saya.

Sebagai satu contoh, anda telah mengadakan satu program motivasi dan ada satu sesi bersama dengan anda. Anda pun mula berkongsi dengan penuh perasaan dari hati ke hati. Sampai satu tahap para peserta ada sebak dan perlahan-lahan mengalirkan air mata. Asal niat memang melalui hati tetapi beberapa minggu kemudian bagaimana? Adakah anda ingin menyimpan pengalaman itu atau cuba mengeluarkan sedikit sebanyak kepada orang ramai (sebagai teladan)?

(Tetapi, bukan bermakna Islam tidak memerlukan orang sedemikian. Islam perlu orang yang mahir bertutur kata. Jadi, jangan pandang enteng kepada mereka yang mempunyai kelebihan sedemikian cuma sekadar contoh).

Ketika itu, kebanyakan manusia sering menisbahkan dirinya dengan kelebihan yang ada padanya. Mungkin pandai bercakap, bertutur melalui penuh perasaan, pergerakan dan gaya penyampaian yang membuatkan para peserta tersebak dan sebagainya. Sedarkah itu semua adalah nikmat daripada Allah kepada kita untuk kita hadapi ujian keikhlasan?

Itu baru sat contoh. Bukan bermakna melalui penyamaian sahaja manusia sering menisbahkan dirinya. Ada banyak lagi jalan manusia mudah perasan dengan pemberian sedikit kelebihan daripada Allah antaranya dan contoh:

1. melalui kebaikan kepada orang ramai (lihat tu, semua itu sebab aku buat ...)
2. melalui kecemerlangan akademik (biasalah, orang rajin usaha dapat la macam aku ni)
3. melalui kejayaan sesuatu perlaksaan (hebat juga aku ni, peserta semua boleh ikut arahan aku)
4. melalui peribadi (buat macam mana aku ni dah hensem, tak hairan la orang ramai nak bergambar dan minta sign dengan aku)

Ingat!

Bila berlakunya perkara-perkara yang setaraf dengannya, checklah diri anda. Hubungan dengan Allah diletak di mana. Perkara-perkara itu tidak dapat dinafikan boleh berlaku dala kehidupan seharian kita. Selitkan sedikit semua itu pemberian daripada Allah. Walaupun pendek sahaja ungkapan tersebut, tetapi ia sedikit sebanyak mengingatkan kita dengan pemberian daripada Allah kepada kita. Kesimpulannya, rasailah pandangan Dia Allah lebih bernilai daripada pandangan makhluk-Nya.

Pandangan manakah yang anda kejar?

Wallahu a'lam..
Sekadar perkongsian melalui pengalaman dan perbincangan.

3 comments:

Syed Ahmad Islami said...

hit the nose.

Nota Cinta Little Mashitah said...

assalamualaikum..
posting yang amat menarik..
memberi kesedaran kepada diri..
teruskan lagi perjuangan pena anta..

semoga Allah redha dengan anta..

::HuurMujahedaa:: said...

soal perasan,berbalik pada hati..Banyakkan Istighfar..
"x jaga hati btul aku ni"