PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Monday, November 30, 2009

GEJALA SOSIAL KINI KIAN MENJADI - Apakah puncanya?

Gejala sosial sekarang sedap dan hangat diperkatakan. Apabila diperkatakan sedemikian, kebiasaan masyarakat akan lebih melihat kepada masalah yang berlaku. Sebagai contoh, kes anak luar nikah, hubungan luar tabi’in, kaum hawa tergadai maruah dan sebagainya. Ini adalah satu masalah yang sangat kritikal dan kian menjadi di zaman dunia mula canggih ini. Hal ini bermula daripada pergaulan bebas yang tidak terkawal. Ramai yang terlibat merupkan anak melayu yang beragama Islam dan berumur remaja. Tetapi, setakat manakah perspektif kita terhadap masalah ini? Apakah puncanya berlakunya sedemikian rupa? Adakah agama dipersalahkan?

Setiap masalah yang timbul pasti ada puncanya dan jalan penyelesaian. Sudah tahu punca baru mudah menyelesaikan. Berbalik kepada masalah ini, bagi pandangan saya terdapat punca utama iaitu:

KEIMANAN TIDAK MENGAWAL

Mengapakah saya mengatakan iman sebagai masalah pusat kepada masalah ini. Kita renung kembali hadis Rasulullah yang bermaksud;
“IMAN bukanlah angan-angan, dan bukan juga omong-omong kosong. Tetapi IMAN adalah sesuatu yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan amalan”

Kita renung hadis ini pula;
“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.”

Daripada kedua-dua hadis kita dapat menyimpulkan bahawa apabila iman merasuk jiwa kita dan mengawal setiap perilaku kita, saya yakin masalah yang dihadapi dunia kini dapat ditangani. Apa yang perlu kita lakukan, kita fahami definisi IMAN dengan sedalam-dalamnya dan lakukan proses yang mendekatkan diri dengan Allah dan sucikan hati daripada karat-karat jahiliyah. Kenapa saya kaitkan dengan hati?

Firman Allah dalam kitabNya, Al-Quran;
“..sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka..”
Surah Ar-Ra’du, 11

Dan para ulama telah mentafsirkan “..apa pada diri mereka..” ini berbalik pada perubahan hati kita. Dan perlu kita ketahui bahawa hatilah merupakan raja kepada anggota badan. Sabda Rasulullah ada menyebut yang bermaksud;

“Dalam jasad terdapat sekutul daging, jika baik seketul daging itu maka baiklah seluruh badanya dan buruk seketul daging itu maka buruklah seluruh badannya, dan ketahuilah bahawa seketul daging itu ialah HATI”
(Au kama qala Rasulullah)

Apabila disebut HATI maka secara tidak langsung berkait dengan KEIMANAN. Jika HATI tidak dikawal oleh IMAN maka NAFSU yang bermahkota pula. Oleh itu, pastikan sesuatu perkara yang dilakukan KEIMANAN yang mengawalnya.

Renung-renungkanlah!
Wallahua’lam..

No comments: