PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Tuesday, March 01, 2011

3 pesanan Imam Al-Ghazali untuk PEMUDA

Bismillah..dengan nama-Mu saya cuba untuk menulis..

Sedikit Pendahuluan

Gambar kenangan di Ipoh

Alhamdulillah, baru-baru ini (dalam seminggu yang lalu) saya dan beberapa sorang sahabat saya (Azhar, Ikhwan, Fitri, Ammar, Shatibi dan Bashir) baru sahaja pulang sebagai perantau di negeri orang dan kini selamat sampai di negeri masing-masing. Setelah beberapa hari merantau ke negeri orang, banyak pengalaman, pengisian dan input yang kami timba di sana.

Perancangan asal hanya meneman 4 orang sahabat kami bertukar menjadi suatu program yang menarik. Begitulah kehendak Allah Yang Maha Perancang, Dia telah menyusun kami dengan pelbagai perancangan yang sungguh bermakna. Walaupun sahabat-sahabat kami di sana (perak) cuba merancang untuk kami aktiviti-aktiviti, tetapi semuanya berlawan arah. Hampir kesemua perancangan tidak menjadi dan digantikan pula dengan program yang lain. Dan itu yang saya rasa lebih baik dan bermakna untuk kami.

Apa yang membuat hati saya tetarik adalah semasa hari terakhir saya di sana. Ketika itu kami mengadakan sedikit program santai di Gunung Lang Perak. Sedikit perkongsian telah dikongsikan oleh pengerusi KBHI sendiri (Abang Fadhli Razali) tentang pesanan Imam Al-Ghazali kepada pemuda.

Apa yang dibicara..

Pemuda sebenarnya memerlukan 3 perkara, dan ketiga-tiga ini sungguh berat untuk pemuda jika ia benar-benar hayati dan amalkan. 3 perkara yang perlu pemuda ada ialah:

1. Hati yang bersyukur.


Firman-Nya dalam Al-Quran,

"..jika kamu bersyuur nescaya Kami(Allah) akan tambah nikmat untuk kamu dan jika kamu kufur azab-Ku amat pedih"

Bertepatanlah dengan diri kita. Bersyukur senang disebut tapi susah diamalkan. Fiil manusia yang ego dan kekadang lupa akan nikmat sering memahami erti syukur ketika masa yang senang, lapang dan tenang. Susah untuk kita aplikasikan semasa sedikit ujian menimpa.


2. Lidah yang berzikir.


"..dengan mengingati Allah jiwa-jiwa akan menjadi tenang"

Begitulah firman Allah. Sering didengar tetapi sukar untuk diamalkan. Bila ujian mendatang bermacam-macam perkara yang negatif terkeluar daripada mulut kita. Semuanya gara-gara perasaan amarah yang kuat dan dibelakakangi nafsu yang terus menyokong perasaan tersebut sehingga meninggalkan iman.

3. Jasad yang bersabar.


Sama juga seperti 2 perkara diatas. Susah diamalkan ketika diri diuji. Mampu bersabar ketika ujian yang datang mudah. Tetapi ujian yang sukar ditempuh menyukarkan jasad untuk bersabar. Firman Allah,

"..sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bersabar"

Penutup

Itulah 3 perkara yang perlu bekalkan oleh kita sebagai remaja dan pemuda. Ayuh sama-sama kita perlahan-perlahan mengamalkan 3 perkara tersebut dan berusaha untuk jadikan ia malaqah dalam diri kita. InsyaAllah apabila kesemua perkara yang dipesankan olah Imam Al-Ghazali itu diamalkan dalam kehidupan, kita akan menjadi seorang pemuda yang sejati. Pemuda yang mampu memikul amanah dan melaksanakan syariat Allah di muka bumi.Dan pemuda beginilah yang ditunggu-tunggu oleh ummah untuk kita memimpin.

Wallahu a'lam..

No comments: