PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Sunday, December 20, 2009

Begitukah?

Menjelang abad ke-21, masyarakat dunia makin sibuk dengan kerjaya masing-masing. Bagi remajanya pula sibuk dengan mencari kenalan di laman sesawang yang pelbagai jenis dan bentuk seperti Facebook, Myspace, Friendster, Tagged dan sebagainya. Buat mereka yang dirasuk dengan laman seperti ini, sudah pasti memberi alasan untuk memudahkan berhubung, berkenalan dan sebagainya. Tapi ada kalanya ia boleh disifatkan sebagai satu perkara yang tidak berfaedah. Semuanya bergantung pada tuan punya badan itu sendiri. Masalah yang timbul sekarang, bolehkah bagi seseorang individu Muslim berhubung dengan bukan muhrimnya tanpa sebab? Berapa banyak lagi yang ingin diketahui buatnya akan orang dalam kenalan? Sehingga soal peribadi pun diluahkan begitu saja. Inilah persoalan-persoalan yang perlu kita tanya pada benak fikiran kita.

“Hang tak buat ………(mana-mana laman) ke?”
“Buat apa nak buat?”

“Boleh berhubung dengan kenalan baru..”

“Kenalan baru sama spesies(jenis) ke tak?”

“Dua-dua pun boleh..”
(Fenomena 1)

“Hang tak buat ni rugi oww..boleh kita tahu dia ni sapa..”-menunjuk kepada bukan muhrim.
“Bukan tak boleh ka kita berhubung?”
“Alaa..bukan lebih-lebih pon..sembang besa-besa ja..tak dak apa-apa la..”
(Fenomena 2)

Berdasarkan kedua-dua fenomena di atas, ia menunjukkan seorang individu ingin mempromosikan laman sesawang untuk kenalan kepada kawannya. Mungkin kawannya itu seorang yang berhati-hati dan tidak mengikut secara terburu-buru. Apa yang boleh kita lihat, masyarakat sekarang hanya mengetepikan soal agama iaitu berhubung dengan lain muhrim (jantina). Inilah yang terjadi pada era globalisasi ini. Tidak mustahil ada juga yang memahami agama yang mengikuti laman sesawang seperti ini. Tetapi bagi mereka, tujuan menyertai laman sesawang seperti ini adalah untuk memudahkan interaksi dan komunikasi sesama kawan atau kenalan terhadap sesuatu perkara sambil tidak mengetepikan soal muhrim ini. Cuba anda baca ayat Allah ini;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah, 216

Apa yang anda dapat? Jika tanya pada saya jawapannya ialah tidak semua perkara yang kita suka Dia (Allah) suka. Samalah dengan berhubung dengan bukan muhrim tidak kira di laman sesawang atau di ym. Semua perkara itu seronok buat kita tetapi adakah Allah sukakannya? Tepuk dada tanya iman.

Habis itu, dalam Islam berhubung (berinteraksi) dengan lain jantina tidak dibenarkan? Ya, tidak dibenarkan. Mengapa? Kita berbalik kepada ayat al-Quran:

“..Janganlah kamu mendekati zina..”

Cuba kita hayati sedalam-dalamnya, sungguh kasih Dia kepada hambaNya sehingga memberi nasihat dan peringatan akan perkara yang boleh membinasakan kehidupan kita. Dimanakah berlaku perzinaan melainkan dengan perhubungan terlebih dahulu. Fikir-fikirkanlah! Oleh itu, untuk mengelakkan daripada sebarangan perkara yang disifatkan haram dalam Islam maka syara’ telah meletakkan bahawa hukumnya haram untuk berkenalan dengan bukan muhrim. Ia berdasarkan dalil yang mengatakan pembuat arak akan berdosa sama dengan peminum arak. Dengan itu, bertepatanlah bahawa berhubung, berinteraksi atau berkomunikasi dengan bukan muhrim dikategorikan sebagai zina hati.

Susah la jika begitu seorang ustazah yang ingin mengajar anak muridnya lelaki. Tetapi Islam itu mudah, maka Syara’(syariat Islam) telah meletakkan beberapa masa sahaja untuk berinteraksi antaranya;
• Semasa belajar dan mengajar antara murid dan guru
• Semasa berurus niaga antara sang pembeli dan penjual
• Urusan berkahwin
• Semasa penyelarasan maklumat semasa perbincangan tentang program
Dan sebagainya.

Insya Allah setakat inilah perkongsian dari saya.
Mudahan anda mendapat sesuatu darinya.
Wallahua’lam..

No comments: