PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Sunday, December 20, 2009

Tujuan Hidup Manusia


Setiap hari, kita diberi nikmat dari Allah dengan kita dihidupkan kembali selepas daripada dimatikan sementara (tidur). Tidak pula dengan itu, Dia telah menambah dengan nikmat untuk bernafas dan menghirup oksigen. Tetapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu nikmat Iman dan Islam. Dengan kasih sayangNya, Dia telah memberikan kita nikmat-nikmat yang tidak terhitung buat kita semua. Begitulah pemurah dan penyayangnya Allah buat hambaNya. Apa yang dimintaNya dengan Dia memberi semua nikmat sehingga semua anggota badan kita diberi pinjaman dariNya? Adakah Dia ingin meminta ganti dengan nilai nikmat-nikmat tersebut?

1. BERIBADAH KEPADA ALLAH

Tidak sama sekali jawapan itu. Yang dimintanya ialah menyuruh kita berubudiyah (beribadah) kepadaNya. Sebab itulah harus kita jadikan setiap masa kita sebagai Ibadah. Ternyata dalam KitabNya telah menyebut;

“Dan tidak Aku(Allah) ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka berubudiyah(beribadah) kepadaKu”
Surah Adz-Dzariyat, 56

Secara tidak langsung atau tidak sedar inilah tujuan hidup kita di atas muka bumi Allah. Apa yang berlaku setiap masa pada diri, semestinya kita jadikannya Ibadah. Nak tak nak, niat perlu dijaga supaya tujuan hidup kita tidak tergelincir dari landasannya. Bagaimana pula hendak menjadi segala amalan atau perbuatan kita Ibadah? Jawapannya ialah pastikan semua amalan atau perbuatan kita seharian;

~ Ikhlas keranaNya (Allah).
~ Menepati ketetapan Syara’ (Syariat Islam).

2. MENJADI KHALIFAH

Selain itu, apa lagi? Apa lagi jika bukan untuk menjadi khalifah (pemimpin) di muka bumiNya. Inilah tujuan Allah menciptakan Jin dan Manusia dan semestinya menjadi tuuan hidup kita. Memang besar mas’uliyah (tanggungjawab) yang diberi kepada kita sehingga jika diletakkan di atas bukit sudah pasti hancur kerana tidak mampu memikulnya. Cuba kita berbalik kepada KalamNya kembali;

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku(Allah) hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi”…..”
Surah Al-Baqarah, 30

Lihat! Inilah tujuan-tujuan utama kita dihidupkan oleh Allah. Tetapi pada hari ini berapa ramai yang tidak mengambil dan mengetahui akan tujuan kewujudan mereka di muka bumi ini.

Renung-renungkanlah, sesungguhnya peringatan ini buat diri saya terlebih dahalu dan selebihnya anda. Semoga peringatan yang ringkas ini dapat memberi faedah kepada anda!

Wallahua’lam..

No comments: