PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Tuesday, April 17, 2012

Apabila JARI bersuara

Bismillah.. Alhamdulillah

Dalam keadaan diri kita sesibuk mana pun, mengingati-Nya janganlah dilupa. Ya, masa lupa dari menganti dia lebih banyak dari masa kita mengingati Allah, bukan? Jadi, itulah hakikat manusia yangs ering terlupa tapi sebab adanya Ar-Rahman Allah, Dia tidak pernah lupa pada kita. Allahu akhbar!

InsyaAllah, saya nak kongsi satu analogi. Cuba nak ubah konsep sampaikan maklumat melalui perumpaan pula. ^^

ALKISAH


Pendek kata, mudah cerita beginilah ia bermula..

Pada suatu hari, nak dijadikan cerita jari-jari di tangan seorang pemaisuri berbual. Ada la sedikit gurau senda dalam perbualan mereka. Disebabkan situasi yang tak terkawal, sifat memuji diri mula sedikit demi sedikit resap dalam jiwa mereka. Masing-masing pakat nak 'label'kan diri mereka yang terbaik. Itulah, inilah dan sebagainya.

Tiba-tiba, muncul suara. Masing-masing tercari-cari suara itu. Pabila dikesan, rupanya suara itu adalah suara jari kelingking.

"Hai kawan-kawan, hampa (korang) nak tau tak sapa kalangan kita yang tuan putri suka? Erm.. "

"Akulah!", jawab serentah dalam keadaan berlumba-lumba. Kesemua jari tak nak dilepaskan peluang untuk mencalonkan diri.

"Haha, kalau hampa nak tau, akulah!", kelingking bersuar semula.

"Eh, mana aci. Kau tu kecik ja. Buat apa tuan putri nak suka kau.."
, sindir jari manis.

"Weyh, jangan cakap aku kecik. Aku kecik bukan sebarang kecik tau. Kalau nak tau sebab apa? Meh sini nak bagitau. Kalau hampa pikir-pikir, ketika tuan putri rasa nak cuci telinga ka atau hidung sapa yang tuan raja panggil. mesti aku kan? Hik3. Sebab tu tuan putri suka aku, sebab aku banyak berkhidmat untuknya", balas kelingking tanpa mengalah.

"Tak.. tak.. tak.. Hang punya alasan tak boleh terimalah. Aku rasa, akulah. Sebab, pabila tuan putri nak pakai cincin pasti guna aku aku. Dah la cincin cantik, dari mutiara pulak tu. Dah la mahal harganya. Lepas tu guna khidmat aku pula. Tak macam hang kelingking. Tahi ja dapat!", jari manis bersuara sambil sindir kelingking.

"Ish3.. Apa yang hampa bising-bising nih? Daripada dok bising-bising ni baik bagi aku anugerah 'jari paling tuan putri suka' kat aku. Nak tanya sebab apa? Sebab akulah orang paling tinggi dari hampa semua. Haha..", jari tengah mula mencelah. Modalnya tak berapa ada tapi cuba nak 'label'kan diri yang terbaik.

"Kawan-kawan, jangan nak perasanlah sangat kata diri tu tuan putri suka. Sebenarnya tuan putri tu sukakan aku lagi dari hampa semua tau! Nak bukti, ni dia. Cuba tengok bila tuan putri nak bagi arahan, buat pilihan dan guna kuasa. Sapa yang bagi khidmatnya? Aku kan? Kalau tak dak aku, pasti tak banyak faedah tuan putri dapat..", jari telunjuk turut berbahas. Turut mencari assebab tanpa mengalah.

"Oii.. Dengar sini semua. Hampa dok gaduh sapa hebat itulah, inilah. Cuba tengok pabila tuan putri marah dan tunjuk simbol penumbuk. Sedar tak hampa yang hampa semua dok bawah jari aku?"

Masing-masing tunduk.

IBRAH

1. Perasan

Sedar atau tidak begitulah kehidupan kita seharian. Kekadang kita rasa kita sahaja betul itu dan ini. Tapi, pandangan orang lain berlainan pula. Diri manusia sebenarnya mudah perasan. Sebab itu ia dikategorikan sebagai virus. Bila nak buat baik, datanglah virus ni yang membisik kata orang itu kata begitu la kepada kita dan orang ini pula kata begini la kepada kita. Ada yang positif ada pula yang negatif.

2. Manusia berbeza pandangan

Sebagi manusia yang normal, pasti mempunyai sebarang pandangan. Dan tidak salah kita berbeza pandangan keran kita bukannya dapat sesuatu maklumat dari satu sumber sahaja dan sumber yang sama. Oleh itu, janganlah sebab adanya perbezaan, kita berpecah belah sehingga tiada pegangan atau tersilap mengambil pegangan. Tetapi, carilah persamaan dalam banyak-banyak perbezaan tersebut. Pasti ada persamaannya.

3. Berebut mencari anugerah

Tidak salah untuk berebut dan berlumba-lumba mencari anugerah. Tapi pastikan anugerah yang dikejar adalah anugerah yang mengikut 'citarasa' Allah. Amat rugi kalau kita hanya berebut mencari 'nama' yang diberi manusia tanpa mendapat 'nama' dari Tuan manusia.

4. Ukhuwah

Persahabatan satu ikatan yang tak dapat dipisahkan dari dalam sanubari manusia. Walaupun sesukar mana pun keadaan, berusahalah jangan pecahkan dan leraikan ukhuwah yang terbina.

5. Masing-masing ada kelebihan

Ini adalah point yang penting. Setiap orang ada kelebihan yang tersendiiri. Walaupun tidak sama, tapi ia tetap kelebihan dan kebolehan yang ada pada diri kita. Kekadang pandangan orang terhadap kelebihan kita tidaklah begitu baik tetapi yakinlah ada yang akan menganggap itu adalah baik. Begitu uniknya Allah ciptakan kita.

PENUTUP


Sekadar penutup, ingatlah pesan Nabi Muhammad kepada kita;

Hadis marfuk daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta kamu tetapi Allah melihat kepada amalan dan hati kamu".

Kata Allah pula begini,

"Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian adalah orang yang paling bertaqwa di sisi Allah."
(Al-Hujurat, 13)

"... Dan berbekallah kamu, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa."
(Al-Baqarah, 197)

Maka, kejarlah TAQWA mudahan anugerah ALLAH dikecapi.. ^^

Wallahu a'lam..

No comments: