PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Thursday, April 19, 2012

Papan gelongsor dan saya


Bismillah. Alhamdulillah.

Erm. Sekarang diri ni masih terngiang-ngiang masa lalu yang cuba diputar semula. Namun, ia tetap menjadi kenangan buat diri. Bila fikir, tidak semua yang dapat. Dan itu bermakna 'aku orang terpilih'. Pilihan dari Dia untuk saya.

Perasaan mengimbau masa mula menerpa. Lagi tentang diri yang entah dikategorikan macam mana. Sebelum ini adalah berkaitan dengan umur 2 tahun baru mula bercakap satu suku kata. Mungkin ada yang senasib dengan saya. Dan anggaplah kita adalah orang yang Allah pilih. Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.

DI SEBALIK TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Best kan mainnya? Tapi saya sebenarnya ada cerita disebalik taman permainan kanak-kanak. Bukannya cerita kehilangan atau apa-apa yang buruk yang berlaku tapi suatu keadaan yang membuat diri ini agak kelucuan seketika. Papan gelongsor tersiratnya. Ya. Itulah objeknya. Tapi bagi saya ia tetap mengingat tentang satu perkara. Walaupun saya tidak sedar tapi ia tetap berlaku pada diri ini.

Melihat kanak-kanak lain seronok bermain papan gelongsor, tapi saya ketika itu senasib juga. Seronok. Memang masa saya itu apabila kanak-kanak jumpa taman mainan, terus menerpa. Berlari. Bermain. Dan seronok dirasa.

Sekali sekala bila bersembang dengan umi ayah saya pasti akan keluar satu kata-kata jika ia bersabit dengan papan gelongsor.

"Suhaib masa kecik-kecik tu bukan reti main papan gelongsor. Orang lain turun dari papan gelongsor biasa ja, dia (suhaib) menerap"

Dan bila saat itu dikenang, apa yang mengembirakan saya adalah senyuman dan ketawa kecil dari umi ayah. Ada la juga terasa sebab itu sindiran tapi ia cukup berharga. Sebab tak semua orang macam saya.

Jujurnya saya tak ingat apa yang saya buat bila bermain di taman mainan. Yang saya ingat macam-macam saya buat. Main sana la, pancat sini la, lompat-lompat situ la dan sebagainya. Tapi bukti yang saya ini bersifat 'pelik' tu ada dalam rakaman video ayah saya. Maklumlah ayah saya suka rakam gelagat anak-anaknya semasa kecil. Habis semua kantoi. Aduh.

Lawak ada juga. Melihat gelagat saya. Kalau budak kecik 2-4 tahun tak apa juga. Ni dah mula nampak besar panjang dah. Aduh. Saya oh saya!

Cuba untuk membayangkannya semula..

Saya dengan penuh keyakinan memanjat binaan papan gelongsor. Dengan penuh semangat pantas mengatasi semua kanak-kanak lain untuk mendapatkannya. Kelihatan sedikit 'star' untuk turun melalui corong papan gelongsor yang berwarna warni seperti gua pendek. Mahupun jua papan gelongsor yang lurus tapi seronok. Saya berdiri di kemuncaknya dan tiba-tiba mula mengalih kebelakang kemudian menerap di permukaan papan luncur itu. Bergayakan 'superman' tapi turun ke bawah dalam keadaan tangan di atas kaki di bawah. Berluncurlah saya dengan gaya itu sendirian.

(Saya cuba bayangkan semula ketika satu masa dahulu gelagat itu ditayang semula oleh ayah saya di TV rumah menggunakan pita)

Ish.. Ish.. Apalah yang saya buat. Sungguh saya orang yang terpilih sebab tidak semuanya sama macam saya. Hihi.. ^^

Wallahu a'lam..

No comments: