PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Sunday, October 11, 2009

ISLAM dan IMAN Asas kehidupan Muslim


Acapkali kita mendengar perkataan Islam dan Iman. Jika bagi di sekolah saya sudah muak dengan dua perkataan ini. Apakah kita mengerti dengan sebenar-benarnya makna Islam dan Iman? Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada untuk dikongsikan bersama dengan anda semua.

Dalam buku yang berjudul Asas-asas Islam yang telah dikarang oleh S.A.Maududi telah menghuraikan beberapa perkara asas dalam Islam yang mesti difahami oleh seseorang individu yang bergelar muslim. Pada bab pertamanya, beliau telah menghuraikan makna Islam. Apakah itu Islam? Yang dikatakan Islam ialah sesuatu perkara yang menundukkan diri dan mematuhi segala perintah dan larangan yang ditetapkan oleh Allah itulah yang dipanggil Islam. Ini bermaksud, Islam mengajar kita untuk tunduk patuh segala perintah dan larangan Allah yang telah disyariatkan kepada semua manusia yang menjadikan Islam sebagai deen yang dianuti.

Dengan itu, kita boleh menggambarkan bahawa Islam bukanlah sesuatu amalan yang khusus malah ia merangkumi segala aspek kehidupan kita dalam langkah untuk berubudiyah kepada Allah Swt. Dari pandangan masyarakat sekarang, Islam hanya terbatas di beberapa keadaan sahaja antaranya solah di masjid, berpuasa di bulan Ramadhan, lidah mengucapkan dua kalimah syahadah dan sebagainya. Padahal Islam adalah satu Deen yang sempurna(syumul) dan lengkap(kamil) yang dilaksanakan oleh orang mengakui Allah sebagai Rabbnya tidak kira masa, tempat dan apa jua keadaan sekalipun.

Dalam konteks iman pula, iman merupakan sesuatu perkara yang diyakini tentang wujudnya Allah sebagai Rabb , terdapat bagi Allah sifat-sifat dan zat-zatNya dan segala perkara ghaib. Oleh itu, wajib bagi manusia hendaklah menyakini akan wujudnya Allah. Jika tidak, mustahil baginya untuk dia mentaati dan mengikuti segala yang disyariatkan oleh Islam kepadanya. Begitu juga dalam dia mengenal sifat-sifat Allah. Jika dia tidak kenal, bagaimanakah dia boleh menolak daripada menundukkan kepalanya di hadapan bukan Allah? Begitu juga beriman dengan perkara-perkara ghaib. Jika tidak, mustahil baginya untuk dia menyakini segala perkara yang tidak wujud di mata kasarnya.

Apabila Islam dan Iman difahami, kita dapat lihat bahawa dari dua elemen penting tersebut wujudnya 4 golongan iaitu:

1. Dia beriman dengan dorongan Iman menghasuti jiwanya dalam dia mentaati Allah Swt. (Muslim dan beriman)
2. Dia beriman tetapi Iman tidak mendorongkannya untuk taat patuh dan mengikut segala hukum-hukum syara’. (Muslim dan tak beriman)
3. Dia tidak beriman tetapi pergerakan dan perilakunya menggambarkan dia seakan-akan seorang muslim. (Tak beriman tapi ada ciri-ciri Islam)
4. Dia tidak beriman malah dia menyombongkan dengan melakukan perkara-perkara jahat yang berlawanan dengan syara’. Golongan ini merupakan sejahat-jahat manusia, pemberontak yang menimbulkan kebinasaan di muka bumi Allah. (Tak beriman dan tak ada ciri-ciri Islam)

Mungkin setakat itu saja yang dapat dikongsikan. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang pertama iaitu dia beriman dengan dorongan iman yang sentiasa mengawal setiap gerak-gerinya untuk mentaati Allah dan meninggalkan laranganNya.

Wallahua’lam.

No comments: