PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Sunday, October 11, 2009

Islam Umat Yang Satu



al-Ustaz Sa’id Hawa dalam kitabnya “Al-Islam” telah menyenaraikan beberapa faktor besar yang menjadi pengikat yang kuat menyatukan dan memperkasakan umat Islam iaitu:

1. Umat Islam adalah satu dalam `Aqidah –iaitu `Aqidah tauhid berpaksikan (La ilaha illallah).

2. Umat Islam adalah satu dalam `Ibadah (`Ubudiyah) hanyasanya kepada Allah Swt dan semua jenis `Ibadah dilakukan semata-mata kerana Allah.

3. Umat Islam adalah satu dalam Akhlak dan Syakhsiyah berpandukan (bercontohkan) kepada Akhlak dan Syakhsiyah Rasulullah SAW.

4. Umat Islam adalah satu dalam Dustur (perlembagaan) dan peraturan hidup berdasarkan kepada ajaran wahyu Allah (Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW)

5. Umat Islam adalah satu dalam kepimpinan berdasarkan kepimpinan Rasulullah SAW.

6. Umat Islam adalah satu dalam sejarah –terikat dengan sejarah orang-orang yang beriman dan Islam sejak zaman nabi Adam sampailah kezaman nabi Muhammad SAW, terikat dengan mana-mana masyarakat Jahiliyah dan orang-orang yang tidak beriman (bukan Islam).

7. Umat Islam adalah satu dalam jalan hidup sepertimana yang telah disebut dalam Surah al-Fatihah, ayat terakhir. Jalan yang lurus merupakan jalan para nabi dan rasul, jalan para sahabat dan solihin, bukan jalan yang dimurkai dan bukan jua jalan yang sesat.


Demikanlah antara faktor besar umat Islam adalah satu. Sekiranya difahami, disandari dan dihayati maka (insyaAllah) umat Islam akan lahir sebagai umat yang padu dan perkasa yang tidak mudah digugat dan tidak boleh dipermain-mainkan atau diperalatkan oleh musuh-musuh Islam seperti yang telah terbukti dalam sejarah genarasi awal Islam dibawah pimpinan dan bimbingan Rasulullah SAW. Mereka besatu-padu ibarat satu jasad (satu tubuh). Daripada Nu’man bin Bashir RA dalam sabda baginda menyebut;

Maksudnya:
“Bandingan orang beriman dalam kehidupan berkasih-sayang, belas kasihan dan simpati sesama mereka adalah seperti satu jasad. Apabila satu daripada anggotanya mengadu sakit maka anggota-anggota lain daripada jasad itu turut (simpati) dengan berjaga malam dan rasa demam” (Au kama qala Rasulullah SAW)

HR Imam Bukhari dan Muslim

Dalam realiti hari ini, gambaran umat Islam sebagai satu jasad seperti yang di gambarkan oleh Rasulullah SAW itu sudah tidak wujud lagi disebabkan perpecahan demi perpecahan sedang melandaumat Islam hari ini bahkan terdapat setengah penguasa negara yang diperintah oleh orang Islam bersegonggol dan bekerjasama dengan musuh-musuh Islam sendiri seperti yang berlakunya di Palestin, di Iraq dan juga di Afghanistan yang tertipu dengan pembohongan dan tipu-daya musuh Islam bagi menghalalkan mereka bertindak ganas keatas kumpulan-kumpulan umat Islam yang dilabelkan mereka sebagai “penganas”, sedangkan hakikatnya mereka adalah pejuang dan mujahid Islam yang dizalimi serta dinafikan hak mereka.

Keratan khutbah `Eid Fitr 1430 H
Disampaikan oleh: al-Fadzil Ustaz Omar bin Hj Salleh

No comments: