PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Saturday, October 10, 2009

Ujian untukku


Alhamdulillah dengan kesempatan yang ada saya ingin berkongsi mengenai ujian buat diri saya. Sejak belakangan ini, mahadku telah diserang satu virus. Ramai sahabatku telah terkena dan akibatnya matanya berubah menjadi merah. Mm..apalagi kalau bukan sakit mata. Kata doktor, sakit mata satu jangkitan susulan bermula daripada sebelum cuti raya lagi di sekolah itu. Mungkin ini merupakan ujian Allah kepada hamba-hambanya. Dan saya yakin sememangnya itu ujian dariNya.


Sebelum ini saya hanya mendengar dan melihat seorang demi seorang sahabat saya Allah menarik nikmat matanya, tetapi kini baru saya sedar bahawa kesakitan yang mereka alami bukanlah satu kesakitan biasa. Memang nampak matanya merah dan mengecil sedikit tetapi tuan si mata amat berat menerimanya. Walaubagaimanapun, saya jadikan ujian ini sebagai satu slot muhasabah dari Allah kepada saya.
Firman Allah dalam Al-Quran:

“Adakah kamu patut menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum sampai kepada kamu(ujian) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu?..”
Surah al-Baqarah, 214

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup(kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya…”
Surah al-Mulk,2

“Dan seseungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu…”
Surah ali-Imran, 186

Benar Firman Allah itu, berapa banyak orang yang mengaku dia beriman dengan Allah tetapi dia belum diuji tidak kiralah dari segi aspek apa-apa pun. Kebanyakan dari kita apabila diuji dengan kemewahan, dia tak bersyukur dan apabila dia diuji dengan kesusahan pada dirinya dia masih kufur. Kenapa saya kata apabila dia diuji dengan kesusahan dia dek kufur lagi? Jika kita fikir sejenak mungkin tak logik jika kata dia kufur. Tetapi ini memang hakikat bagi seseorang yang apabila dia ditimpa kesusahan kekufuran semakin bertambah. Adakah dengan mengufurkan nikmat Allah amalan kita bertambah? Mari kita lihat antara rugutan dari orang yang ditimpa ujian ini…

“Aduh sakitnya mata aku ni..ahh kenapa aku kena?..”

“Susah giler kalau aku kena sakit mata nih..”

“Hang kena dari sapa?..”
“Dari dia tu la…Dah sakit mata tak mau balik..”

Lihat!! Ini sahaja cukup untuk membuktikan kita masih lagi kufur. Sedangkan Allah turunkan bala ini bukanlah untuk menyalah siapa atau mencerca Allah kembali. Antara sebab terjadi sedemikian kerana ketika dia diuji dia tidak menghubungkan hubungan hati dengan keimanan bahkan nafsu yang mengawal segala pergerakannya. Bak kata pepatah, kalau ikut hati akan mati. Sebab itu apabila ditimpa sesuatu musibah kita perlu check atau muhasabah kembali adakah kita ketika itu iman bersama atau tidak.

Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan kita jadikan sebagai satu stesen untuk mendekatkan hati kita kepada Rabb. Ketahuilah Allah beri seseorang itu ujian mesti ada sebab dan tujuannya. Dengan ujian inilah satu masa yang sangat baik untuk kita sebagai hamba Allah untuk muhasabah yang mana sebelum ini kita menggunakan nikmat Allah itu dengan sebaik-baiknya atau sebaliknya.

Sama-sama kita renungkan..

No comments: