Bismillah..
Pendahuluan
Alhamdulillah, hari Dia masih diberi peluang untuk terus menjalani kehidupan di dunia ini. InsyaAllah pada hari tidaklah mahu saya bercoret terlalu panjang. Cukup sekadar ada peringatan untuk saya.
Tsunami jepun tiada siapa yang menyangkanya berlaku
Dunia hari kian tiada haluan. Pelbagai kejadian sana dan sini berlaku tanpa henti. Baru-baru ini, tsunami Jepun telah melanda yang memakan beribu-ribu orang. Tidak kurang pula dengan gempa bumi dan letusan gunung berapi. Semua adalah peringatan dari Dia yang Maha Esa. Tapi malangnya, sedikit sahaja manusia yang berfikir dan mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa sebegitu.
Itu baru sedikit sahaja peringatan dari Allah, bukan lagi Hari Kebangkitan atau Kiamat. Dan kita pun tidak tahu bila ia akan berlaku. Mungkin tahun depan atau 10 tahun lagi atau 100 tahun lagi atau 1000 tahun lagi atau beribu-ribu tahun lagi. Semuanya tidak ada dalam genggaman kita. Bila sampai masa dan ditakdirkan berlaku maka berlakulah ia. Tiada lagi taubat dan kompromi untuk kita. Penyesalan pada masa itu hanya tinggal penyesalan.
Dengan kesempatan diberi oleh Allah kepada kita. Ayuhlah sama-sama kita renung kembali diri kita. Adakah kita selama ini telah dan sedang mengumpul bekalan untuk menghadap-Nya? Jika ya, apakah ia bertepatan apa yang dikehendaki oleh-Nya?
Jawapannya tentu mencari MARDHOTILLAH (redha Allah). Bagaimana hendak mendapat redha Alah itu? Ya, lakukanlah apa yang dikendaki-nya dan tinggal apa yang dilarangi-Nya, ikut apa yang disyariatkan oleh-Nya dan lakukanlah amal-amal hanya kerana Allah. InsyaAllah kita mendapat redha Allah.
Sebab apa perlunya kita kepada Allah?
Kerana dengan kita mencari mardhotillah kita akan diberi oleh Allah rahmat dan barakah. Rahmat adalah kunci kepada kita untuk masuk ke syurga-Nya dan barakah adalah nikmat yang cukup dicari oleh manusia. Tida semestinya umur kita panjang kita boleh masuk syurga dengan amalan murni kita. Hanya dengan kita mendapat rahmat dari Allahlah kita mampu masuk syurga-Nya. Jadi, rugilah kalau kita lakukan segala kerja tetapi tiada redha Allah yang kita dapat.
Pastikan kita berada dalam genggaman-Nya
Akhir kalam, sama-samalah kita berdoa dan harapkan agar redha Allah bersama-sama dengan kita dan dengannyalah Allah benarkan kita memasuki syurga. Jadikanlah mardhotillah idaman kita. Carilah ia bukan hanya sekadar menanti.
Carilah ia bukan menanti
Walahu a'lam..
p/s - sekadar perkongsian untuk diri ini bila ia terasa kosong dan dikelilingi Jahiliyah
3 comments:
muhasabah bersama
tsunami
satu lg petunjuk dr ALLAH
adakah kita mengerti
jiks belum
itu tandanya belum mendapat redha ALLAH
wallahualam
salam suhaib,
suka dgn penulisan anta,
walaupun ringkas,
ttp cukup bermakna sbg peringatan santai.
moga Allah kasih.
~ MQ ~
to MQ:
jgn ckp gitu Qawiem, ana x la sehebat penulisan lautan rabbani..
byk lg yg perlu dbelajar dr anta..
Post a Comment