PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Saturday, April 09, 2011

Sukar untuk kekalkan niat walaupun sebatang kayu di jalanan


Bismillah..saya mula menulis..

Alhamdulillah, bersyukur kepada-Nya kerana sekali lagi memberi nikmat kehidupan pada saya dan anda. Tidak sekadar itu, Dia memberi kepada kita nikmat kefahaman tentang Deen-Nya yang mulia dan dicampakkan keimanan kepada kita. Mudahan iman kita adalah iman yang benar kepada-Nya. Pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu perkara iaitu sukar untuk kekalkan niat baik.

PENDAHULUAN

Permulaan amalan adalah dengan niat

Setiap insan yang mempunyai sekeping hati dan sekeping hati itulah tempat tersimpannya niat. Niat kadang-kadang mampu dikotakan dan kadang-kadang niat terbabas. Dan ada juga niat berlaku kemalangan. Apa maksud semua itu? Sebenarnya sukar untuk dikupaskan kerana ia satu perkara yang berkaitan dengan diri termasuk penulis ini.

Niat satu perkara yang cukup luas maksudnya, banyak pengertiannya dan berat dikatakan. Kerana itulah Islam sangat mengambil berat tentang niat. Bermula dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Semuanya berkaitan dengan niat. Bahkan penentu amal seseorang itu sama ada dikira atau tidak adalah bergantung pada niatnya.

Niat adalah satu perkara yang terdetik dalam hati sama ada baik atau buruk. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang pasti berlaku dan perlu kepada usaha menjayakannya. Jika sekada hanya niat sahaja tanpa sebarang perilaku kearahnya maka ia dikira niat yang terbabas.

NIAT KITA

Dalam mengejar dan merebut nilaian Allah, niat kebaikan kita perlu dijaga. Walaupun kebajikan kita hanya membuang halanagan di jalanan. Tetapi perkara itu yang sukar dijaga. Sedang berjalan ternampak halangan yang berupa sebatang kayu yang sepanjang lengan terdampar di tengah jalan yang sibuk di sebuah pekan. Dan pada masa yang sama orang ramai berpusu-pusu keluar masuk bandar. Apakah yang terdetik di hati kita. Mudah kata apa niat kita?

1. Membuang halangan di jalan tersebut.

Dengan niat membuang halangan di jalanan adalah selemah-lemah iman. Dengan harapan Allah masih mengekalkan iman kita. Satu lagi mungkin dia fikir panjang. Andai tidak buang halangan tersebut, mungkin ada kecederaan pada orang lain dan boleh mengakibat kesusuhan pada diri saudara yang lain. Mungkin satu lagi perkara yang penyebab dia buang halangan tersebut adalah keyakinan yang tinggi kepada Allah bahawa suatu hari pasti Allah akan balas kebaikan kepadanya pula.

Inilah yang dipanggil mengkotakan niat.

2. Sekadar melihat dan tinggal pergi.

Perkara ini sering berlaku pada diri masyarakat kita. Terutamanya semasa melalui sebuah jalan-raya kemudiannya terdapaat kemalangan di tepian. Semua orang pakat memelahankan kenderaan masing-masing dan sebahagian yang lain berhenti dan mengelinggi tempat kejadian. Seolah seperti mahu menolong tetapi malang sekadar melihat. Itu baru kemalangan yang senang dilihat dan dijadikan perhatian. Jika sebatang kayu tadi bagaimana?

Tentu membiarkan sahaja. pa sebabnya? Kerana dia berasa ada orang yang akan melakukan untuk membuang halangan terssebut. Tetapi, cuba bayangkan jika semua orang bersikap sedemikian, apa yang akan terjadi? sebatang kayu itu terus berada di situ tanpa pengakhiran.

Kelompok yang kedua ini dipanggil niat terbabas dari landasan. Ada niat tetapi niat yang hanya mengharap orang lain lakukan.

3. Hampir membuang halangan.

Yang ini adalah kelompok yang satu pertengahan. Dia mempunyai niat sama seperti kelompok pertama tetapi pancit dipertengahan. Dalam melangkah ke arah halangan tiba-tiba datang satu lagi bisikan - "kalau kamu buang ini kamu dapat kepujian manusia sebab manusia melihat..". Kemudian, terus terbatal niat baiknya kerana bimbang dan takut amal yang dibuat itu adalah kerana manusia.

Ini kelompok yang ketiga iaitu kelompok niat kemalangan diperjalanan. Ada niat tetapi kerana kefahaman tidak ccukup berlakulah sedemikian. Yang sebenarnya terus membuang bukan membiarkan. Jika tidak, takut-takut dia dikira riak.

Kenapa riak?

..kerana riak adalah melakukan sesuatu bukan kerana Allah (ini seperti yang selalu kita faham) dan satu lagi pengertiannya bimbang manusia melihat amalannya. Contohnya, seorang yang rajin bangun malam di masjid tetapi pada suatu hari masjid itu didatangi orang dan dia tidak melakukan amalan bangun malam kerana bimbang orang melihatnya.

KESIMPULAN

Di mana ada niat di situ ada halangan

Perkara niat amat perlu dititikberatkan setiap antara kita. Sebentar tadi hanya sekadar pembuka minda dan sebahagian daripada dugaan hidup kita. Banyak lagi sketsa yang bakal kita hadapi berkaitan dengan niat ini. Jadi, sama-samalah kita berdoa agar Allah kekalkan niat kita dan terima segala amal kita sebelum ini.

Wallahu a'lam..

1 comment:

~ mQ ~ said...

Assalamualaikum suhaib,

kagum la ana ngan tajuk artikel ni,
mantp.
penulisn yg berisi,
penuh makna..

caiyok2!!