PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Friday, May 27, 2011

BARAA' BIN MALIK - Seorang sahabat yang dirasuk KEIMANAN



Terus menegakkan panji Ilahi walau ditentang dan dimusuhi

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama-Nya saya cuba menulis

Pertama, utama dan selamanya saya berpesan pada diri yang sering alpa agar kembali merafa' setinggi kesyukuran kepada Ilahi yang tidak putus memberi nikmat kepada hamba-Nya. Kemudiannya ditambah pula kenikmatan merasai Iman dan Islam kepada hamba-Nya yang terpilih. Alhamdulillah.

Setelah beberapa waktu saya tidak mengupdate laman ini InsyaAllah kali ini saya cuba berkongsi mengenai tentang seorang sahabat nabi Muhammad SAW yang telah menjiwai nikmat IMAN sehingga sanggup bertaruh nyawa demi Islam. Semuanya berpunca dari KEIMANAN yang merasuk mereka. Mudahan kita mampu mencontohinya sedikit sebanyak.

PENDAHULUAN

Pernahkah mendengar atau tahu tentang apa itu rasuk?

Ya, rasuk seperti orang kita selalu faham. Rasuk dengan Jin. Mungkin ada yang berpengalaman merasai atau melihat. Setidak-tidaknya pernah mendengar, bukan?

Bagaimanakah keadaannya ketika sedang dirasuk?

Seperti ada sesuatu yang sedang mengawalnya. Segala tindakan bukan lagi terkeluar dari fikiran manusia. Hati, pemikiran, gerak tubuh badan dan perkataan dikawal oleh benda yang masuk dalam tubuh dan jiwa. Bukan lagi dari manusia.

Mm..Macam itulah sahabat-sahabat Rasulullah dahulu. Kes rasuk muncul sejak dulu lagi. Tapi, mereka buka secara individu. Bahkan secara berkelompok besar. Sehingga dilabelkan satu generasi yang dirasuk.

Cuma bezanya zaman sekarang apabila sebut sahaja rasuk mesti kaitkan dengan hantu dan jin. Tapi, mereka dulu (merujuk sahabat-sahabat Rasulullah) pula dirasuk oleh KEIMANAN yang benar kepada Allah. Mereka buat apa semuanya kerana Allah dan yakin balasan bagi orang beriman adalah SYURGA.

Apabila Rasullah berkatakan sesuatu sama ada berbentuk jaminan atau kenyataan, mereka terus mengerjakannya. Tanpa berlegah-legah dan banyak songeh, mereka terus melaksanakan. Sebab mereka yakin apa yang dikatakan Rasulullah adalah benar dan sebenarnya datang dari Allah.

MasyaAllah..

KISAH BARAA' BIN MALIK R.A

Baraa' bin Malik. Beliau merupakan saudara kepada Anas bin Malik R.A - khodim Rasulullah. Beliau seorang sahabat Rasulullah SAW yang sungguh tinggi keazamannya dan sangat gagah di medan peperanagan. Kejaguhannya tidak diragui. Walaupun beliau bertubuh sederhana dan kurus tidak menjadikan alasan baginya untuk terus menegakkan panji-panji Islam. Sehingga ada pepatah yang mengatakan 'badannya hanya tinggal tulang' yang membawa maksud betapa kurusnya beliau. Ketekadan beliau untuk memburu Jannah telah menyebabkan beliau tidak pernah tinggal peperangan sejak peperangan Uhud. Beliau juga salah seorang sahabar Rasulullah yang telah dirasuk oleh IMAN.

AL-KISAH MUJAHID YANG KUAT TEKAD UNTUK KE JANNAH-NYA


Tercatatlah kisah masyhur pada beberapa pertempuran..

Kisah yang biasa dan popular diceritakan adalah semasa penyertaan beliau dalam peperangan menentang Musailamah Al-Khadzab yang mendakwa dirinya sebagai nabi. Itu menandakan panggilan jihad memanggil. Lantas orang-orang yang dirasuk iman segera menyahutnya termasuklah Baraa' bin Malik. Pertemuan antara dua pasukan telah menjadi pertempuran. Berlakulah sebuah pertempuran yang sangat sengit antara puak Islam dengan puak Musailamah Al-Khadzab. Kekuatan musuh yang agak kental telah melemahkan semangat tentera orang Islam.

Kemudian, segera beliau menjerit, "Wahai manusia, Demi Allah tiada lagi Madinah buatku, dan di depanku adalah Jannah!". Segera beliau memukulkan kudanya dan menuju ke tengah-tengah pasukan pihak lawan. Sekali beliau menyerbu ke dalam pasukan pihak lawan, diibarat seperti terjadinya lorongan-lorongan kerana ramainya tentera kufar yang gugur. Akibat dari itu, semangat tentera Islam kembali bangkit menyala api yang hampir terpadam buat beberapa ketika.

Ternampaknya kebangkitan semangat tentera Muslimin, tentera Musailamah kembali berundur dan masuk ke dalam benteng pertahanannya. Selepas semua pihak lawan masuk ke dalam kubunya, mulalah peperangan 'pengecut' yang hanya serang dari atas kubu menggunakan panah. Berfikir seketika Baraa' akan strategi yang perlu digunakan untuk tentera Muslimin masuk ke dalam kubu tersebut. Kerana, jika tidak tidak berbuat sesuatu kemungkinan besar tentera Muslimin akan kalah dalam peperangan tersebut gara pertarungan teknik 'pengecut' pihak lawan.

Bersuara Baraa' yang meberi isyarat kepada sahabat-sahabat yang lain untuk menawarkan dirinya untuk dilemparkan masuk ke dalam kubu tersebut bagi tujuan membuka pintu utama kubu. Bagaikan tidak logik dibuatnya tetapi itulah natijah selepas keimanan merasuk dirinya demi mengharapkan balasan Syurga abadi. Para sahabat pun melemparkan dirinya yang bertubuh sederhana dan kurus masuk ke dalam kubu.

Selang beberapa ketika pintu utama terbuka yang membawa maksud kejayaan Baraa' membukanya. Terdapat beberapa kesan luka semasa perlemparan dirinya sebentar tadi akibat daripada busir panah dan tetakan semasa pembukaan pintu tersebut. Kemudian, segera tentera Muslimin bertempur dan Allah berikan kemenangan buat pihak Muslimin. Dilaporkan oleh Khalid Al-Walid bahawa tidak kurang dari 100 kesan luka pada badan Baraa' semasa Khalid mengubatnya.

CUBAAN SETERUSNYA MEMBURU JANNAH

Walaupun pertempuran tersebut memihak kepada Islam namun beliau tidak berjaya membawa gelaran syahid pada medan tersebut. Beliau tidak putus asa lagi untuk mencapai cita-cita murninya itu - memburu Jannah.

Baraa' tidak putus asa lagi. Beliau terus mencari..

Muncul pula beliau pada suatu peperangan yang lain yang menyembah api. Kali ini lebih dahsyat, kelengkapan pihak lawan begitu lengkap. Dipendekkan cerita, saudaranya yang disayangi, Anas bin Malik R.A telah terkena sauh yang panas (alat senjata pihak lawan yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan kemudiannya dileparkan kepada kaum Muslimin. Sesiapa yang terkenanya pasti melekat pada sauh tersebut dan hancur luruh kulitnya).

Terlihat Baraa' akan saudaranya itu, segera dia berpaut pada sauh tersebut dan cuba melepaskan saudaranya. Dalam menghadapi kesakitan teramat, beliau berjaya membebaskan Anas tetapi dirinya kali ini tidak dapat diselamatkan. Beliau gugur syahid pada pertempuran itu. Berlumuran darah yang wangi telah membasahi bumi. Tamatlah riwayat Sang Pemburu Jannah yang telah dirasuk IMAN.

Wallahu a'lam..

Rujukan:

1) Ustaz Muhtad - yang acap kali mengulangi cerita sahabat Rasulullah Baraa' bin Malik sehingga terlintas untuk saya menulisnya semula dalam laman ini.

2 comments:

saiful said...

insyaAllah post yg menarik..

SZ said...

>saiful

jzk..Allah izinkan