PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Sunday, June 05, 2011

CHANGLUN dalam kenangan

Segala yang berlalu adalah kenangan

Bismillah..

Dengan nama-Nya hamba cuba menulis..

Hari ini, 5 Jun 2011. Telah berada ku di negeri Terengganu. Esok adalah hari pendaftaran untuk ku ke alam lain dimana diri ini akan mengharungi satu alam yang baru - iaitu IPT. Tidak disangka betapa pantasnya masa berlalu sehingga merasakan bagai semalam baru bertemu. Tetapi, dalam keadaan hari tidak mengira jam, terdapat nostalgia yang tidak dapat ku lupakan. Changlun. Itulah tempat peninggalan kenangan ku di sana.

Hari demi hari terus berlalu. Segala tindak laku terus dikenangkan. Walaupun hanya berada buat beberapa bulan, sungguh terasa manis pahit hidup di sana. Berkenalanlah hamba ini dengan berapa orang yang datang dari macam-macam negeri. Hidup bersama, tidur bersama, tinggal bersama, suka duka bersama, tempuhi dugaan dan cabaran bersama dan berbagai lagi bersama. Tidak dapat ku lupakan hidup bersama di sebuah pekan kecil itu. Cuma tidak pasti adakah mereka juga merasa apa yang ku rasa.

Siapakah orang itu?

Mm..Mereka itu ialah Mohammad Azhar Hilmi bin Mohamad Fadzil, Muhammad Syahmi bin Ibrahim, Ahmad Al-Bashir bin Ismail dan Fitri Zakwan bin Zaid. Itulah orangnya. Mereka semua terdapat kelebihan tersendiri walaupun mereka bersederhana sahaja. Hidup bersama dengan mereka telah banyak mengajar erti kehidupan ku untuk hidup sendiri.


(maaf tidak dapat ku kongsi perwatakan mereka)

Berjalan kaki aktiviti mengisi masa

Bermacam perkara yang unik telah kami lalui. Antaranya ialah berjalan kaki sejauh hampir 2 km. Entah bagaimana aktiviti yang pelik itu boleh dilakukan hampir setiap minggu. Pada mulanya, Pada bulan pertaman, boleh dikatakan hampir setiap hari kami berjalan bersama. Tetapi lama kelamaan, kemalasan telah menyelaputi diri. Tiap-tiap hari bertukar menjadi minggu, kemudian minggu kepada bulan.

Bukan ada tujuan besar untuk berbuat demikian, hanya seronok berjalan bersama untuk memenuhi keperluan dan kehendak hidup bujang di sana. Kadang-kadang, berjalan kaki sejauh itu sekadar ingin berteman sahabat menonton perlawanan bola. Ada kala, sekadar ingin ambil duit di bank. Dan ada kalanya ingin mengisi perut yang kosong. Jika difikirkan faedah atau tidak, pasti akan rasa banyak membuang masa. Tapi, itulah aktiviti yang mengisi masa hidup bersama. Itulah yang mengeratkan lagi ukhuwah kami.

Fuhh, memang kenangan hidup di sana.

Perpisahan yang ada penawarnya

Bermula bulan 4 (tak silap la), saat perpisahan sudah bermula. Di dahului dengan peepisahan dengan seorang sahabat yang pengirang telah pun pergi bagi meneruskan pengurusan pengajiannya. Beliau ialah Mohammad Azhar Hilmi bin Mohamad Fadzil. Bermula dari itu, tinggallah kami berempat. Tidak lagi berlima.

Kemudiannya, dituruti pula oleh saudara Fitri Zakwan bin Zaid. Perwatakan yang bersahaja dan sederhana tetapi agak penghibur. Beliaulah tempat pengirang di saat suasana muram. Beliaulah banyak menjadi tumpuan bahan jenaka. Perpisahan dengannya telah membuat kami hilang seorang lagi insan yang sudah banyak tempat bergelak tawa dan bergurau senda.

Tetapi, tidak beberapa lama kemudiaannya, Allah telah menggantikan kedua-dua insan itu dengan insan lain. Berjasa, baik hati, rendah diri dan bersederhana adalah peribadinya. Insan itu ialah Pak Cik Abdul Rahman dan Mak Cik Liza (parent kepada seorang pelajar At-Toyyibah, Awatif)

Umie dan Pak Long adalah bahasa diri mereka

Pak Long a.k.a Pak Cik Rahman

Umie a.k.a Mak Cik Liza

Bermulanya hidup bertiga, membuatkan hubungan kami dengan mereka lebih dekat dan rapat. Adakalanya mereka mengajak kami tidur bermalam di rumah mereka dan satu dua masa mereka memperlawa kami berjalan dan makan bersama di beberapa tempat. Memang benar pepatah da mengatakan, musafir mampu terjali ukhuwah dan kenal mengenal.

Tidak cukup sekadar itu, mereka berbahasakan diri mereka dengan panggilan yang lebih mesra iaitu Pak Long (Pak Cik Rahman) dan Umie (Mak Cik Liza) dan menganggap kami anak-anak mereka. Selepas dari itu, keakraban lebih rapat terjalin antara kami dan mereka. Panggilan itu membuat kami begitu terasa kemesraan dan kasih sayang.


Malu dan segan

Agak segan dan malu sudah pasti pada diri ku. Yalah, mereka banyak membantu dan memudahkan urusan kami di sana. Mereka juga adalah insan yang banyak memberi semangat dan nasihat untuk kami. Tetapi, selepas perpisahan dengan hamba yang peramah - Ahmad Bashir, mahu atau tidak tinggallah antara diriku dengan Syahmi. Jika ada apa-apa, tidak diri ku, tentu Syahmi adalah insan yang perlu terus menghubungkan silaturrahim dengan mereka Walaupun agak segan tersemat pada diri kami, perlu untuk kami mengakis sifat tersebut dari menyelubungi diri ini.

Akhir

Nak diceritakan tidak terungkap untuk ku mengata. Tambahan dengan menulis. Banyak perkara yang ku pelajari di sana. Dan semua itu telah menjadikan kenangan untukku. Ada masa dan peluang, InsyaAllah akan disambung. Setakat itu dahulu dari insan dan hamba ini.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan setiap perpisahan pasti ada kenangan. Moga semua itu diredhai-Nya..

Wallahu a'lam...



1 comment:

diariperjalanan said...

Indahnya ukhuwwah ini!