PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Tuesday, May 03, 2011

Usah hidup seperti SANG KELKATU

Letaklah Dunia di tangan dan Akhirat di jiwa

Bismillah saya cuba untuk terus menulis..

Kali ini saya untuk kongsikan riwayat sang kelkatu yang mudah tertipu. Moga analoginya Sang Kelkatu ini boleh dijadikan ibrah dalam kehidupan kita yang mempunyai satu matlamat iaitu mengejar MARDHOTILLAH.

ARASY DUNIA

Pernah tak anda mendengar 2 pekataan tersebut. ARASY DUNIA?

Dalam lagu Hafiz Hamidun?

Ya, betul. Ia sebuah lagu dendangan Hafiz Hamidun feat bersama Ali (ex XPDC). Walaupun lagunya agak keras dan musiknya menyusuk ke telinga begitu tajam tetapi makna lagunya itu membawa seribu satu makna.

Saya berkongsi tentang lagunya bukan sebab saya peminatnya yang fanastik. Cuma untuk kita sama-sama renung maksud senikata lagunya. Harap anda semua tidak tersalah sangka kepada saya.

HIDUP INI BAGAIKAN KELKATU

Buruan yang dikejar hanyalah sia-sia

Kelkatu. Sejenis serangga kecil yang biasa kelihatan di dalam rumah ketika hujan mula merenjis bumi ini. Tambahan keberadaan kita di kampung. Terlalu banyak kelkatu yang cuba memasuki rumah. Begitu gigih kesungguhannya. Andai ada sedikit lubang yang mampu ia masuk (seperti celah pintu), ia tetap teruskan perjalanan untuk masuk dalam rumah.

Jika tidak di rumah, kita juga boleh melihatnya di tepian lampu jalanan. Begitu banyak sekali kelkatu yang akan menghurung sedikit cahaya lampu. Selagi mana ada cahaya, di situlah tempat perjuangannya untuk terus berjuang.

Untuk apa ia berlaku sedemikan?

Ya. Hanya memenuhi kenikmatan yang sementara. Mencari cahaya lampu. Bak kata tok nenek kita, "kelkatu itu ingat cahaya lampu sebagai cahaya bulan". Tetapi malang, semua itu hanya tipuan mata sahaja.

Apakah pengakhirannya?

Mati. Itulah jawapannya. Begitu kegigihan dan kesungguhan tetapi pengakhirannya tiada keuntungan yang diperolehi dan makna yang tersimpan. Beberapa saat setelah mencapai kenikmatan sementara (cahaya lampu), ia jatuh mati ke tanah jua.

Dan itulah sunnatullah ciptaan Allah untuk kita jadikan Ibrah.

IBRAH UNTUK KITA?

Itulah kehidupan kita. Kadang-kadang kita tersasar dipujuk nafsu yang selalu menipu. Matlamat yang dikejar mahu dicepatkan sehingga matlamat yang sebenar telah berubah arah. Ukhrawi dikejar Duniawi yang diperolehi. Itulah maksudnya.

Jadi, akhir kalam perlu sama-sama kita sedar bahawa DUNIA ini merupakan alat untuk capai tempat abadi. Dunia hanya tempat singgahan mengutip nilaian hakiki untuk bertemu-Nya nanti. Dan perlu pertahanan IMAN dan TAQWA untuk tempuhi segala rintangan yang menghadang.

WASPADAlah dengan Dunia dan pujuk nafsu dan syaitan yang menyesatkan.



Wallahu a'lam..

Ini lirik lagunya..

(Ali ex-XPDC)
Hidup bagaikan kelkatu terbang
Gelap malam aku resah
Dalam kegelapan mendamba
Sinaran cahaya berlimpahan
Nyala nyala nyala yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati….

(Hafiz)
Hidup ini medan kau beradu
Entah untung entah rugi
Pujuk nafsu selalu menipu
Kata hati kadang tak pasti
Gengam mentafsir makna
Liku ujian atau musibah…

(Ali ex-XPDC & Hafiz)
Hidup bagaikan kelkatu terbang
Gelap malam aku resah
Dalam kegelapan mendamba
Sinaran cahaya berlimpahan
Cari cari cari yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati…

(Hafiz)
Tandus rasa hilang hidayahnya
Sepi dari titis rahmat

(Ali ex-XPDC)
Layu hati dihembus pawana
Tinggal hanya kalbu yang usang
Kosong tiada sinaran iman di jiwai
Pudar samar bintang bulan mula timbul
Hancurlah runtuhlah segala angan indah
Rona rona bagai sang dunia
Kerana jalanmu tidak pun wujud
Makin kejar makin menjauh
Kadang jatuh kadang tersungkur
Hingga lara….

(Hafiz)
Hidup ini medan kau beradu
Entah untung entah rugi
Pujuk nafsu selalu menipu
Kata hati kadang tak pasti
Gengam mentafsir makna
Liku ujian atau musibah…

(Ali ex-XPDC & Hafiz)
Arasy Dunia …. (2x)

2 comments:

diariperjalanan said...

Hidup bagaikan kelkatu terbang
Gelap malam aku resah
Dalam kegelapan mendamba
Sinaran cahaya berlimpahan
Nyala nyala nyala yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati....
Analogi yang menarik !

SZ said...

>diariperjalanan

ya. betul tu..