PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Saturday, August 13, 2011

Kesaksian KASIH seorang ibu di sebuah jamuan


Bismillah hamba lemah ini cuba berkongsi..

Sedikit pengalaman hari ini

"Suhaib, nanti ko bagitau orang lain tau kata kita nak bertolak pukul 6 petang nih"

Peringatan dan pesanan dari seorang kawan satu kos di UniSZA. Hari ini, kelas subjek English telah buat satu iftar bagi meraikan cadangan pensyarah kami - Madam Noor Azma. Tidaklah terlalu gempak atau besar iftar tersebut tapi ala sederhana lagi santai sahaja. Tempatnya pula di luar bumi UniSZA - Seberang Takir. Restoran bernama Seri Jenerih telah menjadi saksi jamuan kami di sana. Jadi, dia telah mengurus sebahagian besar tugas iftar ini - makanan, transport dan kewangan.

"Ok, nanti aku bagitau orang lain. Transport camna?"

Balas pernyataan yang diberi dengan persoalan untuk mendapat kepastian.

"Laki naik 2 kereta sewa dan satu kereta Rafiq. Pompuan diorang kata dah ada transport.."

"Ok lah. Nanti aku bagitau laki kos kita yang lain"

Sedikit perbualan telah berlaku di masa matahari sedang baru memuncak di atas. Tapi, tiada terasa bahangnya kerna berada di dalam bilikku.

**********

Jam menunjukkan hampir 6.00 petang. Sudah bersemuka antara ahli jamuan iftar English di bawah bangunan Khansa' - nama blok yang kami menginap. 2 buah kereta kancil telah berada di hadapan blok berserta sebuah kembara hijau Rafiq - teman sekos aku.

Beberapa masa kemudiannya, sampai sudah 3 buah kereta kesemuanya ke tempat yang telah dirancang untuk berbuka puasa bersama. Didapati pihak perempuan telah awal sampai daripada kaum Adam.

Sedang duduk menghadapkan badan di meja hidangan berlapik tikar getah kuning tanpa hidangannya, aku terperasaan sesuatu. Tidak kesemuanya yang hadir ke majlis tersebut. Walau apapun tidak mengapalah, cukuplah dengan siapa yang sudi hadir. Terasa sedih adalah juga. Tapi, nak buat bagaimana, perkara sebegini tidak bolah dipaksa.

Dalam keadaan seronok berborak. Mucul seorang perempuan bersama keluarganya yang berpakaian sederhana sahaja - dirinya, suami dan anak kecil yang baru mampu boleh berjalan anak. Itulah pensyarah aku di UniSZA. Sudah sampai rupanya dia. Semua bangun berdiri dan menuju ke arahnya untuk bersalaman. Pihak lelaki dengan suaminya dan pihak perempuan dengan dia. Tapi si anak kecil menjadi rebutan kedua-dua pihak. Tersenyum sendirian juga aku ini.

**********

"Allahu akbar..allahu akbar!"

Kedengaran azan dalam radio yang dipasang melalui handset kawan aku seorang lagi. Memberi isyarat kepada teman sebelah aku, Hamid bagi membaca doa berbuka puasa. Dia bangun buat kali kedua selepas mengiringi bacaan doa sejahtera lagi pengharapan -Doa Rabitah.

Beberapa ketika selepas itu..

"Amin.."

Semua tangan menyapu muka masing-masing menandakan tamat bacaan doa. Masing mengambil segelas air untuk mendahului iftarnya. Ada sebahagian terus lahab memakan yang ada di hadapan. Di hati kecil tahu pasti ada yang tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan dengan bayaran duit sebanyak RM10.

Tetapi, dikala semua insan sibuk merai segala makanan yang serba sederhana di hadapan, terdapat seorang ibu di hujung meja sibuk memberi makanan kepada anak kecilnya yang masih mentah itu. Cukup sekadar berbuka dengan setenguk air bagi membasahi kerongkongnya. Lalu terus dia melayani anaknya semula. Satu per satu dia melayan. Di situ tersirat pada wajahnya pengorabanan dan kasih sayang seorang ibu. MasyaAllah.

Menghadap semula wajahku hadapan makanan. Makan dan terus makan. Sekali dua terpaling pada keadaan wanita tersebut. Masih dia melayani anaknya. Hampir sahaja sehidang nasi yang disediakan itu habis, baru dia memulakan buka puasa yang sebenarnya. Wanita itu ialah pensyarah Englishku.

"Mungkin begitulah yang ibu aku buat kepada aku dahulu ya. Aku tidak tahu semua perkara itu. Aku juga tak sedar beberapa banyak lagi pengorbanan yang telah ibuku curahkan kepadaku"

Dalam hati aku berkata sejenak. Memang benar itulah hakikat seorang ibu. Biarlah dirinya mengalami sedikit kesusahan dan terpakasa melakukan pengorbanan tetapi biarlah hidup anaknya bahagia dan senang. Besar sungguh pengorbanan yang ibu telah curahkan. Apa yang berlaku adalah sedikit baru, entah berapa banyak lagi yang masih belum aku ketahui.

"Ya Allah, ampunilah segala kekhilafan aku terhadap kedua ibu bapaku. Letakkanlah mereka di tempat yang layaki. Yakni Syurga yang abadi. Ameen.."


Wallahu a'lam..

1 comment:

Munirah Zulkafli said...

kasih ibu xmengenal erti penat dan putus asa..ibu selalu berusaha utk memenuhi segale kehendak kita..jadi hagailah ibu mu..balaslah jasa mereka dgn membuat mereka megukirkan senyuman manis dgn kejayaan kita :) bitaufiq wan najjah ..