PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Friday, March 30, 2012

Sudah 2 tahun R:16N berpisah


Bertemu semula,

Tapi kali ini tidaklah ingin nak bercoret panjang. Cuma sekadar mengimbau kembali saat saya bersama mereka. Mungkin ini lebih untuk diri sendiri. Tapi kalau anda ingin turut serta tidak mengapalah.

Aku mula mengimbau semula,

Sekarang
Sudah 2 tahun saya tidak bersama mereka. 
Semuanya berpecah mengikut halatuju tersendiri. 
Ada ke sana, ada pula situ. 
Ada yang masih berada dalam negeri dan ada pula yang sudah terbang jauh pergi. 
Ada yang masih berpijak di bumi, dan ada yang sudah berangkat pergi..
menuju ke hadrat Ilahi. 
Semuanya Dialah yang mengatur.

Semua ditemu bersama di suatu tempat.
Dimana dibina mereka yang dulunya ingin melihat masa hadapan.
Mereka membina dengan keringat.
Mereka berkorban masa dan wang ringgit.
Tidak lain hanya untuk kami.
Untuk bersama membangun negeri.
Demi redha Allah yang dicari.

Disana kami disuburkan dengan tarbiyah.
Membesar kami dengan tarbiyah.
Menjaga kami dengan tarbiyah.
Disuap kami dengan tarbiyah.
Namun, kami tetap berasa terkongkong, jemu dan pasrah.
Kerana masih belum mengerti betapa bernilai isi tarbiyah itu.
Dan kini di luar, teringat semula saat-saat itu semua.
Dengan menjadikannya sebagai bekalan mengharungi dunia.
Itulah lubuk tarbiyah kami.

Sekarang,
Semuanya sudah berenggang tubuh.
Berjauhan mata.
Bagai bulan dan bumi.
Masing-masing masih berkelihatan tetapi tidak bersama disisi.
Sehingga sampai satu masa yang diizin Ilahi.
Waktu yang masih belum diketaui.
Sebagai rahsia pengikat Ukhuwah menuju Ukhrawi.
Namun disitu, satu ikatan telah terbina.
Penyebab kami tetap bersama.
Walau dimana kami berada.
^^


2 comments:

Syahadatulhaq said...

cubalah wujudkan R16N itu di destnasi baru yang anda berada sekarang.. memang x akan sama sama sekali namun setidaknya mereka yg tidak pernah merasai nikmat berukhwah itu, akan turut merasainya.. wallahua'lam

SZ said...

tersirat maksud anda..
inssyaAllah..