PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Wednesday, April 18, 2012

Umur 2 tahun saya sungguh bermakna

Bismillah. Alhamdulillah.

Hari ini. saya sedikit kelapangan. Dalam keadaaan cuaca pun renyai-renyai sahaja. Guruh pula sekali sekala menyinggah. Sebagai alunan lagu oleh Sang Pencipta. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar!

Mungkin ada hikmah disebalik itu semua. Secara tidak sedar, jiwaku melanun jauh kebelakang. Apa yang difikir, adalah saat-saat yang berlalu. Yang berlalu tidak pernah putar semula. Ia tetap berlalu dan tinggal kenangan.

(Bersastera sikit.. hihi.. sebagai mukadimah orang kata)

Ok lah, insyaAllah, hari ni saya nak kongsi tentang peristiwa silam atau lampau yang pernah dihadapi. Ya. Kita semua pernah jadi baby, jadi kanak-kanak, jadi budak sekolah dan sehingga sekarang dan inilah kita, kan?

Tapi, bagi saya, apa yang saya lalui amat cukup bernilai. Dan mungkin anda juga berasa sedemikian. Saya syukur apa yang telah saya lalui. Ada yang pahit, ada yang manis. Tapi kali ni nak kongsi yang pelik bagi saya. Erm.. Macam mana tuh?

2 TAHUN

Gambar hiasan

Bila saya tengok baby dan budak kecik saya akan nisbahkan dengan diri saya. Tambah-tambah bila umur tu lingkungan 2 tahun. Tambah sekarang zaman IT, asyik-asyik bukak fb nampak budak kecik dan baby. Saya amat dan sangat ingat dengan angka dan perkatan ini. Sebab apa? Sebab ada maksudnya. Pada umur itulah saya baru boleh berkata. Hihi..

Lambatnya? Ya, memang sangat lambat. Saya ingat lagi ayat ummi ayah saya berkata kepada saya dan masih segar dalam ingatan,

"Suhaib, kamu tahu tak yang kamu tu baru boleh cakap umur 2 tahun?"

( Panggilan 'kamu' itu adalah ganti nama panggilan perbualan ibubapa saya dengan saya. Walaupun majoriti orang utara sini lebih mesra dengan panggila 'aku' dan 'hang' tapi keluarga saya tidak dibiasakan dan tak dibenarkan. Jika bukan istilah 'kamu' pun, mereka akan guna nama atau panggilan mesra 'abanglong').

Pada mulanya saya agak tak mengerti. Saya ingat ia sudah normal dan biasa. Tapi, lepas cek-cek balik, tanya pandangan orang dan cari maklumat, rupanya umur itu memang sangat lewat.

Tapi ingat, apa yang saya sebutkan tadi yang saya boleh cakap bukanlah semua tau. Cuma..

"Yah.. Yah.."

Hanya singkatan bagi perkataan 'ayah'. Aduhai. Perkataan 'ummi' belum lagi. Huhu..

Dok berapa lama baru lah dapat sebut "mi". Singkatan pada 'ummi' pula. Tambah-tambah perkataan lain.

IKUT KAJIAN

Perkembangan percakapan

  • Bayi baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan
  • Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan
  • Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)
  • Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)
  • Enam hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak)
  • Lima hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya
  • Enam hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan
  • Tujuh hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul
  • Sembilan hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah)
  • 10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya
  • 11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)
  • 14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan
  • 16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak)
  • 18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’
  • 16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan
24 bulan sama dengan 2 tahun kan? Cuba bandingkan? Amat ketara.. Apa-apa pun saya amat syukur sebab masih boleh bercakap sehingga sekarang. Mungkin yang ada senasib. Jadi, jom ucap syukur alhamdulillah.

(Ish.. Ish.. lambat benar rupanya).

UMMI AYAH AMAT RISAU

Apa tidaknya. Sudahlah anak sulung. Kemudian, tak boleh bercakap. Memang risau. Tidak seorang pun ibubapa yang nak sebarang ketidaksempurnaan kepada anak-anaknya, bukan? Begitulah yang terjadi pada saya.

Ikut cerita, bila jumpa kawan-kawan umi ayah saya akan berbunyi camni,

"Suhaib, dulu masa kecik-kecik, ayah umi suhaib sibuk cari rawatan. Ke sanalah, ke sinilah. Sehinggakan sampai KL. Tak tetap sama. Tak boleh bercakap. Akhir-akhir kat alor star jugak jawapannya.."

Ikut cerita dari tok mi (nenek) saya pula,

"Suhaib, dulu ayah dengan mak hang sangat risau kat suhaib. Takut-takut, hang tu tak boleh cakap. Ke hulu hilir cari ubat. Tapi, nak kata rezeki kat belah-belah sini jugak. Kat kedah nu.."

Ikut cerita umi ayah saya,

"Suhaib umur 2 tahun baru boleh cakap. Tu pun alhamdulillah lepas cek kat PPU (Pusat Pakar Utara), doktor kata nampak gaya macam boleh cakap dan tak ada tanda-tanda bisu sebab bunyian kat telinga suhaib tu masih ada tidak balas. Dan doktor bagi masa ujian perkembangan.."

(*PPU. Sekarang ni KMC a.k.a Kedah Medical Centre, Alor Setar, Kedah)

Erm, risau benar umi ayah saya. Dah la lahir tak boleh bercakap. Jika Allah tak izinkan saya, na'uzubillah jadi orang bisu agaknya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih umi ayah.

BILA UMUR BESAR
Masa saya umur darjah enam

Kemudian, umur pun mula meningkat sedikit demi sedikit. Tapi, begitulah. Proses percakapan tetap lambat. Sehingga ada adik beradik (saudara mara) kata macam ni,

"Amboi, dulu kecik-kecik nak dengar suara pun payah. La ni, erm.."

"Dulu nu, nak dengan suara hang cakap pun susah.."

"Suhaib, dulu bukan main tak boleh cakap bila sembang. Nak dengar suara pun payah, sekarang dah dengar suara dia.."

Sehinggakan, tak silap saya darjah enam pun masih payah nak bercakap. Bukan di hadapan khalayak ramai. Dalam kalangan adik-beradik (saudara mara) pun susah.

Tapi, tak dinafikan. Sehingga kini pun payah juga sebenarnya nak bersuara. Proses percakapan tu satu hal. Tapi hal sekarang ni 'malu'. Kes lain. Hik3.. Apa-apa pun baik lah dari dulu.

Sekarang, alhamdulillah umur masih panjang. Tapi peristiwa 'pelik' ni tak dapat saya lupakan. Ia sungguh bermakna bagi kehidupan saya. Moga Allah rahmati saya dan umi ayah yang membesarkan saya serta kalian semua.

Alhamdulillah..

Wallahu a'lam..

2 comments:

Munirah Zulkafli said...

Pertamanya ! Tahniah ^^. anjakan paradigma dari anda..tahniah juga buat umi n abi yg tak putus asa untuk terus berusaha demi anak kesayangannya..perkara ini bukan 'pelik' kerana ianya boleh terjadi lebih kurang 5% ! Situasi anda sme dgn adik saudara ana..ye kebiasaannya mmg ahli keluarga akan khuatir dgn keadaan ini dan pelbagai ikhtiar yg di lakukan..sesungguhnya ia kuasa Allah..kunfayakun maka jadilah.. sesuangguhnya Allah sebaik2 perancang ^_^ syukru ilaAllah

SZ said...

sy syukur sebab tgolong dalam golongan terpilih.. :)