PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Thursday, February 24, 2011

Peluang yang bernilai


Peluang berada di hadapan dan perlu kita dapatkannya.

Bismillah..dengan-Mu saya menulis..

Peluang. Apa pandangan tentang perkara itu? Jika hendak dikatakan manfaat dari peluang yang ada cukup besar. Tapi dengan syarat kita pandai dan bijak menggunakan peluang tersebut. Sedar tak kita bahawa dari peluang tersebut terdapat juga kesan buruknya. Ayuh kita teliti sedikit perkongsian dari saya.

PENDAHULUAN

Peluang perlu dicari dan diambil

Peluang. Ramai yang sudah berjaya apabila dia pandai menggunakan peluang yang terbentang di depan matanya. Tetapi ada pula yang tersungkur sepi bila peluang yang ada dia biarkan berlalu begitu sahaja. Bukan itu saja, malah ada orang yang terlemas bila peluang yang ada dia salah menggunakannya. Apa yang penting di sini, kita sebagai orang yang memahami apa itu Islam perlu berfikir dan menggunakan peluang yang ada dengan bijak, rasional dan berfikir panjang. Mudahan hasil peluang itu adalah kejayaan yang mendapat keredhaan dan rahmat Allah.

PELUANG YANG DICARI

1. Peluang yang memberi manfaat.
Peluang memberi manfaat iaitu kejayaan

Kita sekarang sedang mengharungi suatu alam pertengahan hanya sebagai tempat persinggahan sementara. Sama seperti R&R di tepian lebuh raya. Orang ramai berduyun berhenti di situ sekadar mengumpul tenaga dan akan beredar di situ bila keperluan sudah selesai ditunaikan. Begitu juga dengan perhentian dunia kita ini, segala peluang yang terhampar perlu kita manfaaatkannya. Usahlah peluang itu dibiarkan dan dipandang enteng buat kita.

Macam mana kita nak pastikan peluang itu bermanfaat? Mm, sebelum itu perlu kita tahu masa yang berlalu tidak bisa dipanggil semula. Tetapi masa yang mendatang bakal kita tempuhi. Dan masa yang bakal menjelma itulah yang dikatakan peluang. Bermulanya saat ini sehinggalah ajal dipanggil. Oleh itu, sama-sama kita manfaatkan peluang yang sentiasa terbentang.

2. Peluang yang memberi saham kita di hari Akhirat

Ya, ini satu lagi hasil yang kita mahu dari peluang yang ada. Peluang yang memberi saham. Apa maksud itu? Cuba bayangkan kita melabur sejumlah wang di bank atau di sebuah syarikat, dan wang yang anda labur itu telah digunakan untuk perniagaan. Jika perniagaan itu berjaya sudah pasti mendapat untung dan diberikan beberapa peratus kepada anda akibat anda sebagai pelabur kepada mereka. Sudah pasti anda akan gembira dan seronok bila wang masuk tanpa usaha yang banyak. Begitulah dengan kehidupan kita. Sedikit wang dikeluarkan atau sedikit kebaikan dilakukan hanya kerana Allah dana kemudiannya ada penerusan daripada individu tertentu dengan usaha kita itu, dengan izin Allah pahala kita akan berlanjutan walaupun jasad tiada lagi berpijak di bumi nyata ini.

Tetapi perlu juga diingatkan, sekiranya ada individu-individu yang meneruskan amalan kita yang buruk akibat daripada contoh peribadi yang mazmumah maka saham unutknya pun akan dapat. Untuk itu, perlulah difikirkan panjang. Dapat saham Akhirat yang menguntungkan, Alhamdulillah tetapi dapat saham Akhirat yang merugikan, diminta lindung darinya (na'uzubillahi min zalik).

HALANGAN

Dalam mengumpul peluang semaksima yang mungkin ada juga halangan dan cabarannya. Antaranya:

1. Peluang yang mengambarkan natijah syara' (hasil yang baik di sisi Islam) tapi hakikatnya buruk bagi dirinya. Dan semua itu adalah kecerdikan iblis yang berpengalaman menghasut manusia. Contohnya, berinteraksi dengan bukan mahram berlebihan sehingga mampu mengeluarkan alasan-alasan seakan-akan syara' tetapi tidak.

"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.."
-surah Al-Baqarah, 216-

2. Peluang yang memberikan natijah (hasil) yang baik tetapi kesudahnnya membawa impak (kesan) yang buruk pada kita. Contohnya, rasuah, judi, contoh teladan yang tidak baik, jadikan role model kita orang tidak beriman kepada Allah dan sebagainya.

PENUTUP

Sebelum kita mula menggunakan peluang perlulah berfikir sejenak, adakah yang kita lakukan Allah benarkan. Jika pastikan Allah benarkan perlulah meletakkan syara' nombor one. Sama-samalah kita peringat-meperingati agar amalan yang kita lakukan semuanya mendapat rahmat dari Allah.

Wallahu a'lam...

No comments: