Dunia yang fana boleh membawa kehancuran keikhlasan kita
Bismillahirahmanirrahim..
Sudah lama tidak menambah post yang baru. Tapi, apa-apa pun saya bersyukur pada-Nya kerna masih beri kepada saya peluang pada kali ini. Dalam merendah dunia yang begitu fana ini, perlu untuk kita mempersiapkan diri dalam pelbagai perkara terutamanya niat. Yalah, buat baik orang puji atau perli, buat perkara buruk orang suka atau keji. Jadi dalam berhadapan situasi begini tidak kira dalam respons yang positif atau negatif perlu untuk kita persiapkan diri.
Setiap yang berlaku bermula dengan niat. Dan setiap niat itu pasti ada halangan. Begitulah hakikatnya. Sebab itulah NIAT KEIKHLASAN perlu dijaga. Senang atau susah untuk menjaganya perlu kita berhadapan. Nak tak nak sahaja jawapannya. Jika kita berasa bekalan untuk berjumpa ALLAH itu hanya dikira pabila amal kita yang ikhlas, maka jagalah NIAT. tapi jika sebaliknya, wajib untuk jita fikir -fikir kembali dengan sedalam-dalamnya.
Macam mana hendak jaga niat?
Jadilah seperti penjaga parking atau orang kita panggil guard. Sebab apa dengan dia pula? Tidak semua penjaga parking itu beriman?
Sentiasa bersederhana dalam mengerjakan tugas
Itu bukan satu persoalan unutk kita cuma analogi untuk kita ambil. Penjaga parking - setiap hari berpuluh-puluh kereta akan masuk ke kawasan penjagaannya dan dia dapat menikmati adanya kereta yang banyak sama ada besar, kecil, berjenama atau tidak. Tidak ada padanya ketika itu riak, takbur, bongkak dan angkuh tetapi terasa zuhud, rendah hati dan bersederhana. Dan setiap hari juga berpuluh-puluh kereta akan pergi meninggalkannya tetapi tidak ada kecewa untuknya. dan dikala itu dia tidak pula berasa susah hati, gelisah dan kecewa. Itulah perasaan seorang penjaga parking yang setiap hati bertempuh dengan keadaan yang sama.
Kita, adakah berkeadaan sepertinya - sentiasa berada dalam keadaan yang sama walau ada halangan menimpa? Pabila dipuji kita bersyukur dan bersenang hati, pabila teruji kita bersabar dan berlapang dada. Pabila mempunyai rezeki yang melimpah kita bersederhana dan tidak bongkak. Dan pabila mendapat kesenangan kita mendamba kasih-Nya lagi. Untuk mencapai kesemua itu bermula dengan niat yang IKHLAS.
Apa itu niat IKHLAS?
Ikhlas merangkumi maksud membuat sesuatu tindakan hanya kerana-Nya yang Satu. Seseorang yang mempunyainya tidak akan terasa susah hati jika tidak mendapat pujian daripada manusia. Dia tetap terus lakukannya seperti kebiasaannya. Orang seperti ini tidak mendahagakan harta, pangkat, nilai dan darjat. Tetapi pabila mendapat salah satu daripada nikmat Allah, dia berasa itu rezeki dan ada ujian disebaliknya.
Hati yang ikhlas sahaja Allah akan mengira amal baiknya
Akhir kalam, sama-samalah kita menjaga NIAT hati kita supaya IKHLAS itu terjaga.
Wallahu a'lam..setakat itu perkongsian dari saya moga terisi
2 comments:
salam ziarah...
alhamdulillah..
seronok baca setiap pengisian dari blog anta ini...
semoga kekalkannya..
mabrukk..
>permata16ma3
jzk krn sudi jg ziarah blog yg bsederhana nih..
Post a Comment