PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Thursday, July 14, 2011

Apa yang aku MILIKI!

Hamba kerdil merenung sejenak

Bismillah diri lemah ini mulakan..

Hari malam begini begitu tenang dibuatnya. Keletihan pulang dari bandar masih hangat dirasa. Meneman teman yang ingin pulang ke kampung halaman. Alang-alang aku pun membeli tiket dengan tujuan yang sama - pulang ke rumah. Bukan manja tapi ada hal yang perlu dilaksana. Dan bukan juga aku berada tapi ada perkara perlu dikerja.

Aku dan potensi

Tiba-tiba aku terfikir sejenak tentang satu perkara. Apa yang ada pada aku?

Bagi aku setiap orang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Itu sudah tidak dapat dinafikan oleh semua orang. Kata manusia memang begitu. Tetapi yang sukar adalah untuk mencari dimanakah peluang untuk meletakkan potensi dan kelebihan yang dikurnia itu seiring dengan apa yang Dia kehendaki.

Semakin jauh perjalanan semakin rasa diri aku ini semakin lemah dan rendah. Apa tidaknya, ke sana aku pergi, ke sini aku pergi masing-masing aku dapat melihat kelebihan yang tersirat dan tersurat yang mereka miliki. Walaupun kekadang kelihatan bersahaja dan sederhana bagai tiada kelebihan, tetapi hakikatnya dia mempunyai sesuatu yang tidak aku miliki.

Benar. Maha Kuasa hanya pada-Mu Ya Allah, menjadikan manusia begitu unik sekali.

Pabila aku renung sejenak, suara hati kecilku bersuara sebentar.

"Apa yang ada pada ku ya! Berilmuan! Tidak. Aku tidaklah sehebat orang lain. Berkempimpinan. Bukan juga. Ramai lagi yang lebih hebat daripada aku. Seorang pengurus yang hebat! Lagi bukan. Dengan diri aku pun kekadang terabai. Pandai dalam bidang IT! Tidak juga. Asas pun baru merangkak..."

Merenung dan terus aku merenung. Semakin hari semakin terasa diri ini terlalu kerdil di sisi orang lain. Itu bukan lagi dengan-Mu, Allah.

"Jadi, apa yang ada pada aku ya!"

Itu kenyataan dan persoalan yang masih aku fikir dan renung. Satu persoalan yang sukar untuk dibuat keputusan. Dan satu persoalan yang perlu difaham selepas memahami persoalan "Siapakah aku sebenarnya?". Aku tahu aku di sisi-Nya hanya hamba dan Dia beri kepada aku tanggungjawab memimpin membawa diri dan orang lain kepada-Nya. Tapi, jika potensi dan kelebihan diri aku pun tidak tahu, bagaimana aku nak guna peluang untuk sebarkan dalam kehidupan bahawa Islam satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.

......

(Itulah antara salah satu dialog aku dengan aku suatu masa). Moga diri ini terus ditetap-Nya atas jalan yang benar.

Wallahu a'lam..

No comments: