PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Saturday, July 09, 2011

Coretan: Hidupku di DESTINASI BARU

Bismillah diri lemah ini mula menulis..

Moga Dia memberkati segalanya dan itulah yang didambakan oleh hamba daripada tuan pemilik hakiki.

Ketenangan dirasai hari ini

Hari ini cuaca sangat mendung di bumi UniSZA. Angin mendayu lembut sehingga menusuk ke kalbu penuntut ilmu di sini. Matahari tidak pula kelihatan menyuluh tanah. Mungkin disebabkan awan kelabu melindung pencahayaan itu. Tidak mengapa, itu bukan persoalan aku untuk menentukan perjalanan alam ini. Tetapi benar sungguh suasana di pagi hujung minggu di sini sungguh sunyi. Entah apa yang dilakukan.

Termenung sendirian pabila teringat masa yang sudah berlalu dan pasti tidak akan berputar kembali. Dahulunya aku dipayungi dan dilindungi. Tapi, sekarang masa aku dilepaskan daripada berada di zon perlindungan. Medan, itulah nama yang sesuai bagi diri aku. Kekadang, jiwa ini cepat luntur disambar ujian dan kekadang, berasa izzah juga dengan Islam yang difahami dan dianuti. Moga itu berkekalan.

Apa keputusan?

Soalan pendek namun sukar diputuskan

"Suhaib, hang dapat mana dan lepas ni hang pi sambung mana..?". Seorang sahabat menyapa bertanya soalan beberapa masa selepas sahaja keputusan UPU keluar. Terasa entah ke mana aku ingin meneruskan pengajian. Andai ikut tawaran memang mendapat UniSZA walaupun ia bukan pilihan pertamaku. Hendak mengatakan menerus pengajian di sekolah lubuk tarbiyahku boleh sahaja, MATRI juga menawarkan pengajian STAM. KTD, ada juga hasratku untuk ke sana. Itu tidak lagi kolej-kolej yang beratur mencari pelajar baru. Itulah jawapan yang aku mampu jawab walaupun masih kabur dipandanganku ketika itu.

Aduh! Susah betul membuat pilihan. Terasa lebih sukar daripada menjawab soalan SPM. Ini soalan berkaitan perjalanan dan bekalan hidup. Hanya Dia sahaja yang tahu mana yang terbaik dan sebaliknya. Dan Istikharah jawapan dan penentu yang terbaik untukku terus menjalani kehidupan.

Hikmah di sini

Kini, alhamdulillah Dia meletakku di suatu tempat di tengah-tengah masyarakat. Dahulunya hanya sekadar dengar dan diberitakan tentang realiti masyarakat, kini aku melihatnya dengan mata kepala sendiri. Benar kata murabbiku di sana, masyarakat hari ini kegersangan disebabkan kabur daripada hakikat penciptaan sebenar. Itulah realiti.

Pabila memahami, terdapat satu lagi tanggungjawab secara tidak langsung diletakkan dibahu setiap insan yang memahami hakikat penciptaan selain daripada tujuan menuntut ilmu. Bukan bermaksud aku adalah orangnya kerana memiliki ilmu yang tinggi atau orang yang hebat tentang agama. Tetapi ini sebenarnya bebanan bagi sesiapa yang faham untuk sampaikan kepada yang lain. Pendek kata kerja kita semua. Tetapi aku perlu ingat, ada dua perkara yang perlu difahami dalam bersama memikul tanggungjawab besar ini:

1. Allah tidak beban kepada hamba-Nya kecuali benar dia mampu lakukannya.
2. Tidak terdaya untuk aku lakukannya keseorangan dan sangat perlu kepada jama'ie.

Tersungkur dari terus melaksanakan tanggungjawab ada masa terjadi dalam hidupku. Hatta kekadang diri ini pula yang merasai kegersangan dan kekosongan jiwa. Tetapi, aku sebagai manusia tidak mahu diri ini semakin luntur. Apatah lagi aku sebagai seorang yang mengaku Muslim tidak mahu hari ini lebih buruk daripada semalam. Perlu aku kepada resolusi. Tarbiyyah Dzatiyah jawapannya dalam mentazkiyatun nafs dan berdampingan dengan insan-insan yang memahami hakikat kehidupan. Itulah sumber kekuatan aku dalam keadaan tiada kenalan yang berpendidikan sama dengan aku di MATRI. Satu sahaja yang aku yakin, Allah berhak memberi taufiq hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia ingin dengan memahami Deen-Nya. Jadi, tidak perlu dikhuatir dengan perkara itu. Allah Maha Kuasa berhak menjadikan apa-apa sahaja yang dikehendaki. Sebab itu, aku tidak perlu pelik ada insan-insan di sini jauh lebih hebat dalam hakikat kehidupan dan perjuangan.

Penutup bicara

Masih dalam perjalanan menuju kejayaan hakiki

Kini, umurku di UniSZA sudah menjangkau lebih dari sebulan. Dan perlu faham perjalananku dalam menamatkan pengajian di sini bukanlah suatu jangka masa yang pendek dan singkat. Perlu untuk aku kepada kekuatan jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Apa yang dihajati aku adalah untuk dapat terus bertistiqomah dalam menjalani syariat Allah dan berdoa daripada jatuh dalam persimpangan menjurus kekaburan.

Wallahu a'lam..

Nukilan dari hamba yang dambakan cinta-Nya
di bilik blok Khansa', UniSZA
9/7/2011

4 comments:

Munirah Zulkafli said...

semoga Allah memberkati niat murni yang telus dari hati terus berjuang demi meneggakkan islam insyaAllah akan mendapat kebahagiaan yang diinginkan..

SZ said...

I.Allah..
itulah yg diharpkan oleh setiap insan..

ShinhyunNorbi said...

Assalamuaikum.. sy ni tersesat nk cari blog kawn.. harap jgn salah faham..

SZ said...

ws..
x ap...tapi apa kaitan ngan salah faham..
pening2..