PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Sunday, July 17, 2011

NISFU SYA'BAN dan pandangan terhadapnya [update]

Bulan yang sering diperbualkan

Bismillah..Daku cuba mengisi sedikit masa untuk peringatan bersama..

Hari ini 16 Jun - semua kita sedia maklum bahawa malam ini malam yang sering diperkatakan iaitu Malam Nisfu Sya'ban. Jadi ramailah antara kita tiba sahaja hari ini seolah berubah perwatakan dan peribadinya. Tambahan pabila malam menjelma. Yang tidak pernah datang surau atau masjid pakat pergi. Yang bercakap kurang sopan pun mengurangkan pepatahnya. Yang jarang nampak membaca dan berzikir pun kembali membuka Al-Quran dan bacaan zikir yang lain.

(bagi yang faham apakah malam Nisfu Sya'ban lah)

FADHILAT NISFU SYA'BAN

Hadis,

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)."

(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

REALITI

Jom kita lihat masyrakat sekarang. Maksudnya saya nak cuba ajak fikir tentang fahaman orang kita bila tibanya Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan. Khususnya masuknya 15 Sya'ban. Apa yang mereka fikir?
(ini bukan nak ketengahkan kemalayuan ya..)

1. 15 Sya'ban hari buku kita diangkat.
2. Siapa yang ingat bulan ini, api neraka tak sentuhnya.
3. Amalannya baca yaasin 3x serta pohon doa.
4. Maaf memaafi antara satu sama lain.

dan banyak lagi.

Ok. Saya nak cuba kongsikan mengenainya.

Ada benar dan ada salahnya dalam memperihalkan 15 Sya'ban.

Malam 15 Sya'ban. Hari yang dikira sebagai buku kitab ditutup dan diangkap. Mm..itu boleh diterima. Tapi masalahnya tentang amalannya.

1. Mengenai hadis "barangsiapa yang mengingatkan kepada sesama manusia akan kehadiran bulan ini, maka api neraka haram baginya". Wallahu a'lam hadis itu didarjat mana. Tapi bagi saya sentiasalah saling peringat-memperingat dalam lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Bukankah itu lebih baik dari kita memfokuskan kepada sesuatu masa dan keadaan. Kita bukan ingin membuat, mengajak dan memperingati kebaikan hanya kerana sebab ada hari tertentu.

2. Mengenai amalan membaca Yaasiin sebanyak 3 kali. Amalan membaca Al-Quran memang baik dan mulia. Tambahan surah Yaasiin adalah ibu Al-Quran. Tidak salah membacanya. Cuma yang salahnya cara kita meletakkan niat membaca Yaasiin disebabkan sesuatu perkara adalah disebabkan ia perkara sunat.

Dalam hal tersebut tidak pernah jumpa dan dengar lagi kesahihan hadis yang memperihalkan tentang amalan pembacaan Yaasiin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Sya'ban. Wallahu a'lam.
(mungkin diri saya tidak cukup ilmu lagi).

3. Amalan yang mulia iaitu maaf memaaf antara satu sama lain. Tidak salah meminta maaf daripada orang lain. Itu satu amalan yang dianjurkan Islam. Jadi, teruskanlah beramal tanpa mengira masa dan keadaan. Bukan hanya disebabkan adanya 15 Sya'ban pakat semua minta maaf. Hari lain lakukan semula kesalahan. Itu suatu fenomena yang salah tangapan.

SALAHKAH?

Bagi saya tidak. Kita semua faham bahawa 15 Sya'ban merupakan hari buku amalan diangkat. Jadi, bukanlah kita nak pamerkan Allah dalam keadaan amalan kita buruk, bukan? Sebab itu semua pakat jadi baik. Takut-takut masa buku diangkat amalan yang dilakukan tidak baik. Ini bukan hipokrit tapi adab.

Cuba bayangkan kita dapat jemputan nak menghadap orang besar antara manusia - Raja atau Sultan. Bila tiba sahaja masa yang dijanjikan, kita pun pergi menghadap. Fikir logik manusia yang normal, bukanlah nak pamerkan dan persembah kat raja atau sultan dalam keadaan buruk , compang camping dan buah tangan pun kosong? Mesti kita akan pamer yang terbaik, kan? Jadi, cam tu lah kita.

TAPI..

INGAT! Kita bukan nak buat kebaikan sehari sahaja. Dan lakukan Ibadah pun dalam jangka masa tertentu. Tapi kita nak setiap masa yang diberi Allah diisi dengan perkara kebaikan dan dikira Ibadah kepada-Nya. Jadi, tidak salah untuk lakukan segala amalan yang baik itu pada hari ini. Yang penting NIAT perlu dijaga. Agar tidak salah landasan yang benar.

PANDANGAN SAYA

Tidak salah jika kita gunakan masa Nisfu Sya'ban sebagai NOKTAH BIDAYAH - iaitu masa untuk kita mula untuk berubah ke arah kebaikan. Tapi, jangan jadikan sebab nisfu sya'ban kita jadi baik.

KATA ULAMA'

Mungkin ada yang sukar memahami apa yang hendak saya sampaikan, bukan. Jadi, sebagai akhir kalam saya selitkan pula dengan pandangan dari sheikh besar lagi masyhur mengenai Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalam-amalan khusus nisfu sya'baan:

Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:

(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).

(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383).


Itu sahaja dari saya untuk peringatan diri sendiri yang alpa ini.

Wallahu a'lam..

No comments: