PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Tuesday, March 27, 2012

FB dan KITA

Bertemu kembali.

Alhamdulillah kerana diberi lagi kelapangan waktu untuk mengisi dengan perkara yang insyaAllah manfaat. InsyaAllah, kali ini saya akan satu topik yang tidak cukup asing lagi bagi kita. Facebook a.k.a FB. Ya. Itulah perbincangan kita pada kali ini.

(maaf kali ini semuanya biru putihnya banyak, jangan salah faham ya)

FB

FB adalah singkatan bagi Facebook. Satu perkataan yang mudah disebut, diketahui, diguna dan didiari dengannya. Andai ditanya kepada kanak-kanak kecil pasti dia akan mengetahui perihalnya serba sedikit. Apatah lagi apabila ditanya dengan remaja dan mahasiswa. Terang-terang tahu akan perkara ini. Itulah betapa besarnya pengaruh facebook kepada kita.


Mungkin ramai yang cekap menggunakannya tapi tidak tahu sejarah ringkasnya. Dan tidak bermaksud untuk berkata anda tidak tahu. Jika direnung sudah 8 tahun facebook ini bertapak di dunia it ini. Pada mulanya diasaskan oleh Mark Zulkerberg dan beberapa kawanya untuk tujuan sosial dan perhubungan di alam maya dan kini makin digunapakai oleh hampir setiap orang tanpa mengira latar belakangnya apa dan siapa. Hatta dari pemimpin hingga ke orang bawahan ada akaun facebook ini. Kuasanya telah memakan beberapa laman sosial yang lain seperti friendster, tagged, skype, twitter dan lain-lain. Itulah kuasa pengaruh facebook.

FB dan Pencerah


Memandangkan kita turut terlibat dalam rangkaian sedemikian, jadi ia berkait dengan soal 'kita'. Tapi, timbul pula satu persoalan.

Pertama: Persoalan

"Eh, kau buat facebook ka? Tak boleh doh.. Ko bukan tak tau, orang Israil dalangnya. Cuba kau tengok siap pembuatnya?"

"Bahaya tau hang dok bubuh gambar la.. Tulis-tulis kata la.. Nanti depa (orang israil) boleh tau"
Maklumlah. mulut orang namanya, bukan? jadi, dah mulut orang, payah la nak tutup. Pandangan pula bukan sama kesemuanya.

Itu kata mereka. Dan kata saya, tidak salah untuk kita buka akaun facebook. Eh, apa ni? Ya. Tiada salahnya. Sebabnya...

Jika kita fikir logik..

1. Kalau nak cari produk yang orang Islam sendiri buat macam facebook ni (yang banyak kelebihan dan semudah ini) manakah hendak cari?

2. Kalau nak kata bahaya, kenapa tokoh-tokoh besar juga menggunakannya? Mengapakah wujudnya akaun dan page PM, tok guru itu dan ini, ahli politik itu dan ini, dan sebagainya? Bukankah ia boleh mengancam gerak kerja mereka andai anda kata bahaya?

3. Apakah saluran maklumat yang lebih mudah, baik dan cepat berbanding facebook?

Mungkin cukup sudah untuk persoalan. Sudah macam pembela Mark Zulkeberg pula. Maaf bukan ke situ niat saya.

Kedua: Pandangan dan fikiran



Andai kita masih berfikiran tidak relevan menggunakan facebook, maka anda adalah satu pandangan yang cetek. Bukan niat untuk mengherdik atau mengata, tapi ia satu pandangan dari saya. Kenapa?

1. Isu kebangkitan di Mesir, dan tanah arab yang lain. Apa puncanya? Bukankah dari pemuda dan perubahan? Mereka telah menggunakan facebook sebagai salah satu alternatif untuk sebarkan kebenaran dan maklumat yang betul kepada masyarakat. Natijahnya, masyarakat makin sedar akan propaganda, tipu muslihat dan lain-lainnya.

2. Isu Syria. Masih segar dan baru. Andai anda kata facebook satu cara yang tidak boleh diterima maklumat darinya, kenapakah Dr. Yusuf Qardhawi membangkit isu ini dengan berkata, "sekarang zaman semua maklumat dah sampai kepada masyarakat, adanya facebook... mereka dah mula nampak kesembunyian yang selama ini tersembunyi"(lebih kurang beegitu maksudnya)

3. Ramai sahaja orang-orang hebat di dunia Islam ini menggunakan facebook sebagai kaedah mendekati masyarakat. Lihatlah Harun Yahya, penulis yang masyhur lagi segan turut ada satu ruang berkaitan dengannya.

4. Banyak sahaja akhbar-akhbar yang menjadikan facebook sebagai alternatif kepada pembaca akhbar. Sinar Harian, Berita Harian, HarakahDaily, dan banyak lagi. Mereka turut menggunakan sistem ini.

Hasilnya, masyarakat sudah mula pandai memilih dan mengetahui apa itu kebenaran dan apa itu kebatilan.

Ketiga: Bahaya Facebook

Usah diingat kesemua yang ada di facebook adalah baik kesemuanya. Ada sahaja yang kesan buruk di sebaliknya. Antaranya:

1. Sarang maksiat. Di sinilah mudah didapati dosa-dosa yang terselindung dibuka tanpa batas. Soal aurat, soal carut -marut dan maki-hamun, soal fitnah dan gosip, soal gambar-gambar dan video-video negatif usahlah dibicarakan. Begitu mudah untuk kita dapati padanya.

2. Penyebar maksiat. Dengannyalah boleh menjadi pemula kepada terjerumusnya masyarakat ke arah negatif, maksiat dan tidak bermoral. Di sini juga boleh mengakibat institusi kekeluarga hancur punah, mainan sihir dan sebgainya.

FB dan KITA

Dalam mengertikan  hakikat realiti sesama, pada kebanyakkan orang, facebook kini telah menjadi satu tempat luahan rasa, luahan hati dan luahan pengalaman. Mudah kata, saya simpulkan facebook kini adalah "separuh diari hidup kita". Di situlah kita dapat kenal siapakah dirinya.

Seterusnya, sebagai orang Islam pula, yang faham apa itu hakikat kebenaran, hakikat cahaya iman, dan hakikat Islam itu kehidupan sepatutnya..

1. Menjadikan ia peluang untuk kita saling beriteraksi dan komunikasi ke arah kebaikan.
2. Menjadikan medium dan ruang saling memperingati sesama saudara kita dan masyaarakat sekeliling.
3. Menjadikan alternatif untuk kita suburkan Dakwah dan Tarbiyah dalam dada masyarakat.


4. Menjadikan tempat kita mendapat sumber-sumber maklumat yang perlu dikaji terlebih dahulu.
5. Menjadikan tempat kita  berkongsi ilmu pengetahuan.
6. Menjadikan satu cara untuk kita bersatu padu sesama kita.
7. Menjadi satu tempat kita amar makruf, nahi mungkar ^^



PENUTUP

Akhir kata dari saya, orang yang pandai dan bijak menguruskannya dapat membuahkan perkara-perkara yang faedah lagi bermanfaat. Dan dengannya juga dapat dijadikan saham kita di akhirat kelak. Baik pelaburan kita sekarang, maka untunglah saham kita di sana.


Wallahu a'lam..
Hidup dan masa perlu diisi, jikalau tidak ia akan terisi ^^

2 comments:

hafirahmunirahbekate! said...

there is pros and cons in certain things..klu rase ianya tak bagus or selalu fikirkan yg negative try to change it by think positive..ubah persepsi pemikiran..jgn berfikir terlalu jumut..medan FB adalah satu medan interaktif utk berkongsi n menyebarkan dakwah..insyaAllah sesuatu yg kita buat ats niat yg baik..ianya pasti mencapai matlamat yg diinginkan dgn izin Allah ^^. mungkin sekarang kita gunakan sesawang FB..mungkin akn dtg ada tokoh islam sendiri menjadi pencetus network muslim..insyaAllah bi iznillah

SZ said...

>hafirahmunirahberkate!

Betul tu. Hidup perlu jadikan semuanya sebagai peluang. Tambah peluang Dakwah. Ya. Memang terlalu luas. Andai cantik jika semua faham kaedah yang digunakan oleh saidina khalid al-walid r.a. dalam dihunakan dalam realiti skrg. Beliau telah menggunakan kebaikan yang ada pada musuh untuk menentang musuh semula dan menjadi sumber kekuatan mukmin.