PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Thursday, November 26, 2009

Rehlah Tarbawi bersama sahabat #2

HARI KEDUA REHLAH

Seusai solah Subuh berjemaah di Musolla, seperti biasa kami isikan pagi kami dengan perkara yang mengikatkan hati ini dengan Penciptanya. Dalam pukul 9.00 pg, tetiba dengar satu panggilan salam. Bila dilihat dari tabir jendela, pelajar SMAKL yang datang ke mari. Walaupun dalam keadaan hujan begitu lebat, mereka tetap ingin datang bertemu juga. Terpaksalah kami menyambut tetamu jauh yang datang.

Ikhwan layan tetamu jauh yang datang menziarah


Dalam pukul 9.45 pg kami mula berangkat keluar dari bumi wakafan buat beberapa hari. Sebelum bertolak ke Jitra, sahabat saya telah menjemput kami ke rumahnya untuk sarapan pagi (jimat lagi duit..hehe). Dalam pukul 10.30 pg kami mula bermusafir ke Jitra untuk menghadiri majils walimatul urus Abg Fadhli Md Diah. Sebelum tiba di destinasi tersebut, kami berhenti seketika di rumah murabbi iaitu Us Muhtad Yusoff. Sudah sekian lama tak bertemu dengannya. Hampir jam menjangkau 12.15 tgh hari, kami menyambung pengembaraan. Mengantuk yang telah membuatkan saya tertidur dalam kereta telah memendekkan perjalanan. Buka mata sudah sampai di dewan di mana berlangsungnya majlis tersebut. Rasanya lama sungguh berada di sana kerana salah satu sahabat saya terlibat nasyid. Agak exclusive juga majlis tu. Makanan yang dihidangkan pelbagai jenis termasuklah pencuci mulut iaitu mutabak dan laicikang.

Singgah di rumah Hazmin

Singgah rumah Us Muhtad Yusoff

Asnawi sedap menjamu selera

Dari kanan: Abg Akhyar, Abg Hafiz dan Azhar Hilmi

Abg Fadhli dengan zaujahnya, Husni Zaim


Dalam pukul 2@3 ptg, kami bertolak ke homestay tok chik Azhar di Alor Star. Sesampainya di sana kami terus berehat kumpul tenaga untuk program petang iaitu bermain bowling di City Plaza. Tetiba saya terjaga dari mimpi, terlihat Asnawi masih belum memejamkan matanya. Pada masa itu, jam menunjukkan 5 ptg, kami terus bersiap ke City Plaza. Walaupun kami bermain hanya 1 pusingan sahaja tapi ia telah membuatkan 1001 kenangan dan pengalaman buat diri saya. Di situ Abg Firdaus telah mengutip mata tertinggi dan telah berjaya melakukan strike beberapa kali. Biar tubuh kecil tapi keyakinan untuk menjatuhkan semua pin-pin berjaya dilakukannya. Berseronok seronoklah juga, perintah Allah jangan dilupa. Untuk menunaikan kewajipan, kami singgah di Masjid Zahir, Alor Star. Seusai keperluan rohani dilakukan, kami berangkat ke RFC di Shahab Perdana. Disinilah tempat makan malam kami buat hari itu. Bulan mula menunjukkan hari sudah melangkau ke tengah malam. Kami pun berangkat pulang ke homestay . Sebelum tidur, telah diadakan satu refleksi buat kami dimana peringatan telah dicurahkan. Inilah membuatkan jiwa kami terisi dengan bahan tarbawi.

Bergambar sejenak seusainya bermain bowling

Di Masjid Zahir, Alor Star

Di RFC di Shahab Perdana

Bergambar di luar RFC


No comments: